BAB 35

26 3 0
                                    

Aerum masih kaku di tempatnya. Tak berkelip dia memandang Emir yang berwajah serius itu .

"kau cakap apa tadi?" Soal Aerum sekali lagi

"Kahwin dengan aku." Aerum terdiam sekejap sebelum ketawa terbahak bahak.

"Apa yang you mengarut ni Emir? Kahwin? Dengan you? you punya majlis lagi two weeks kan. haish buat lawak la you ni. Cepat la cakap you nak apa sebanarnya ni." Sempat sahaja Aerum tertipu dengan wajah dan cara pertuturan Emir yang serius itu

"Aku tak main main ni. tolong kahwin dengan aku!" Aerum menggeleng kepalanya tak faham. Dia duduk di bangku kosong yang berada di hadapannya.

"tak. Cuba you terangkan betul betul sekarang ni. A i tak faham."

"aku nak kau ganti Wafa untuk nikah nanti." Tenang sahaja Emir mengungkapkan kata itu

"what?! Apa yang you nak maksudkan ni Emir?!" Soal Aerum tak faham.

Emir menerangkan semua yang terjadi kepada Aerum. Sesekali Aerum tergeleng mendengar cerita Emir.

Aerum meraup muka nya kasar sebelum cuba meringkaskan kisah yang di cerita oleh Emir tadi

"so Wafa dapat job offer yang hebat and dia tak dapat nak elak dekat US sama tarikh dengan you guys punya nikah. Lepastu dia nak tangguhkan wedding tu tapi family you tak setuju sebab semua dah siap. and Wafa suruh you cari pengganti sementara?" Aerum bangun dari duduk nya. Dia menggeleng kepalanya laju. dia tak rasa yang semua ini logik.

"Dah tu kenapa you tak suruh je dia tolak offer tu?" Soal Aerum kepada Emir

"tak guna dah semua tu. Dia dah ada kat US tanpa aku tahu. Dia call aku bagitahu semua tu masa dia dah arrive kat sana." Aerum ternganga.

"Okey then you nak ganti macam tu je? Family you ngan family dia setuju dah ke?" Melihat anggukan Emir membuatkan Aerum rasa nak gila. kan ada yang terjun bangunan hospital ni nanti

"So, you nak i kahwin you sekejap. untuk ganti tempat dia macam tu. lepastu lepaskan i macam tu?" Walaupun berat untuk dia tanya tetap dia terpaksa tanya soalan itu untuk menjernihkan semuanya

Aerum tak tahu apa yang dia rasakan sekarang alabila melihat anggukan dari Emir.

"You gila ke Emir?! Kenapa i nak kena kahwin dengan you untuk selamatkan malu you. You ingat i perempuan murahan ke yang you boleh kahwin lepastu cerai kan macam tu? You buat main main dengan perkahwinan ni eyh?! Masa kelas Syariah kat Sekolah dulu you tidur ke hah?! Dah tak tahu hukun?" Aerum geram. Hampir sahaja air matanya menitis

"Mentang mentang la you tahu yang i suka kat you, cintakan you, you boleh pulak gunakan i macam ni?! you're too much Emir Arrayan!" Air mata yang di tahan dari tadi akhirnya tumpah juga namun langsung diseka kasar.

Melihat Emir yang hanya tertunduk diam itu menerbitkan rasa simpati Aerum. Dia kembali duduk di sebelah Emir setelah berjaya mengatur emosinya

"kalau i setuju pun, you ingat family i akan setuju macam tu je la?" jalan terakhir Aerum semestinya menggunakan keluarga

"Diorang dah setuju." Aerum memandang Emir tak faham

"Bonda and aku dah pergi jumpa mama papa sebelum je aku datang sini. And diorang setuju." Terjatuh rahang Aerum mendengar kata kata Emir itu

"You bagitahu apa kat mama papa i? you terangkan perkara sebenar ke tak?" Melihat anggukan Emir itu membuatkan Aerum rasa nak gila.

"Bila lagi you buat keputusan ni?" Soal Aerum kepada Emir lagi

"Semalam."

"Tapi i dah ada boyfriend!" Tiba tiba sahaja Aerum teringatkan boyfriend palsunya itu

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now