BAB 45

28 4 0
                                    

Kaki Aerum berjalan laju ke studio Wafa. Dia tahu perkara yang terjadi semalam pasti berpunca dari gadis itu, kalau tak takkan suami dia tiba tiba boleh jadi macam tu.

Berang punya pasal, saat dia bangun dari tidur pagi tadi, dia terus sahaja mandi dan bersiap lalu datang ke sini, suaminya yang sedang tidur pulas pun langsung tidak dipandang

"Wafa!" Panggil Aerum lantang terhadap Wafa yang sedang duduk elok bermain phonennya.

"Macam mana kau tahu tempat ni? Kau stalk aku ke Aerum?" Soal Wafa kepada Aerum yang sedang berang itu

"Kau ingat kau artis ke aku nak stalk?" Wafa mencebik mendengar jawapan Aerum itu. Dia menjeling mata mata yang sedang memandang mereka berdua itu

"sekarang ni kau jawab soalan aku, kau buat apa kat suami aku hah?!" Tajam mata Aerum menikam wajah Wafa

"Mana ada aku buat apa apa."

"Tak payah nak bohong la gila. Kau dah letak pil peransang dalam air suami aku kan? Kau nak tidur kan dia kan?!" Dapat dengar bunyi bunyi bisikan dari manusia yang berada dalam studio itu apabila mendengar soalan Aerum itu

"Mana maruah kau ni Wafa?! Apahal yang kau terdesak sangat hah?!" Wafa senyum sinis mendengar soalan dari Aerum itu, sikitpun dia tak rasa bersalah dengan perbuatannya

"Well, aku dah cakap kan yang aku akan buat sesuatu kalau kau tak suruh dia ceraikan kau." Semakin suka Wafa apabila melihat Aerum mengetap bibir. Dia tahu yang dia sudah berjaya menyakitkan hati Aerum.

Namun senyum nya tak lama apabila melihat Aerum mula senyum senget, dia tahu yang akan keluar sesuatu yang mungkin akan membuatnya terdiam nanti sebaik sahaja Aerum senyum begitu

"Kenapa kau terdesak sangat ni Wafa... jangan kata kau...." Aerum membiarkan ayatnya tergantung, dia melirik ke perut Wafa yang nampak seperti sedikit berisi.

Dia tersenyum sinis melihat Wafa yang segera memgang perutnya dengan muka cuak itu. Dia rasa yang tekaan nya selama ini mungkin betul

'that's the point beybeh.'

"Okey macam ni, what if kalau kau sengaja buat macam kau terlanjur dengan suami aku, lepastu mengandung, lepastu boleh la kau claim yang anak dalam perut tu anak Emir kan?" Sekali lagi manusia manusia di dalam itu membisik. semua memandang mereka berdua yang berdrama di tengah studio itu

"a apa yang kau mengarut ni?" Aerum senyum herot

"well, aku just buat andaian, rilex laaa, tak cakap pun benda tu betulkan, yang kau gelabah badak ni kenapa?" Saja dia kahu game kan perempuan tak tahu malu itu.

"tapi kan.. kalau kau betul betul 'tu' la kan, is that mean yang kau duakan Emir?" Soalan Aerum itu betul betul membuatkan Wafa naik angin.

"Kurang hajar!" Bergema studio itu dengan bunyi tapak tangannya bertemu dengan pipi kiri Aerum. Berpusing terus lehernya ke kanan.

Aerum pejam mata menahan perit, fuh kuat siaa perempuan ni. Kecik kecik dulu telan batu ke apa sampai tangan rasa kerasa semacam.

Tapi bukan nama Aerum la kalau tak membalas.

"SIAPA YANG KURANG HAJAR? AKU KE KAU?!" Soal Aerum lantang. Sekali lagi bergema studio itu apabila tapak tangan Aerum bertemu dengan pipi Wafa

"Sepatutnya tangan aku ni dah naik lama kat kau, dari masa zaman sekolah lagi, tapi aku sabar.. sekarang ni meh aku kasi baki untuk yang sekolah punya pulak." Belum sempat tangannya mahu kena di pipi Wafa, ada tangan yang memegangnya kuat.

Aerum berpusing melihat mata yang memandangnya dengan pandangan tajam seperti ingin berkata... kau dah kenapa pukul kekasih aku?

"Wah tengok la siapa yang datang selamatkan keadaan." Aerum memandang lelaki itu dengan pandangan mengejek.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now