BAB 51

33 5 3
                                    

"Haura.. bagitahu la siapa lelaki tu." Dari tadi Aerum masih lagi belum berhenti mengorek rahsia kawan baiknya itu.

"nanti la aku bagitahu, bila dah tiba masa dia aku bagitahu, okey?" Aerum mencebik, tak puas hati betul dia apabila kawannya itu enggan memberitahunya.

"assalamualaikum." Mereka berdua memandang ke arah pintu. Haji Zakaria dan Emir yang baru pulang dari surau itu dipandang.

"ha tu diorang dah balik, jom kita gi dinner." Haura bangun dari duduknya manakala Aerum masih lagi duduk memandang Haura dengan pandangan tak puas hati.

"ala la, jangan la merajuk Aerum, nanti anak dalam tu terikut muka buruk mommy dia masa merajuk ni." Makin la panjang muncung Aerum mendengar usikan Haura itu

"kenapa ni?" Soal Emir kepada mereka berdua. Emir melihat isterinya yang berwajah masam itu

"Ara tak nak bagitahu dia lagi pasal laki tu, eh dia merajuk pulak, tengok la muncung dia tu, turun kat anak nanti baru tau." Emir tergelak kecil, dia melihat muka tak puas hati isterinya itu. muncung dia nak kalahkan itik tadi dah.

"ouhhh ni dia muncung nak kiss ke?" Membuntang mata Aerum mendengar usikan Emir itu, dah la depan Haura. memerah terus muka dia.

"apahal jadi miang mengalah kan buluh ni?" Emir hanya tersengih sambil mengangkat bahunya

"abang tanya je.."

"ingatkan balik dari surau, dengar kuliah, otak tu jadi suci bersih la, ni balik balik jadi makin miang ni pahal? tersalah singgah kelab malam ke masa otw balik tadi." Pecah tawa Emir mendengar perlian hambar Aerum itu

Sungguh selama tiga bulan ini dia sangat rindukan perlian dan sindiran Aerum. Pakej dengan loyar buruk dia sekali.

"oh my god, i really miss your perlian and sindiran macam ni." Aerum mencebik melihat Emir yang sedang ketawa itu. Dia langsung bangun dari sofa lalu pergi ke dapur. Sempat dia menjeling Haura yang sedang tersenyum senget kepadanya.

******

"you.." Aerum memanggil Emir yang sedang membaca itu.

"youu." panggil Aerum lagi apabila Emir tak menjawab.

"EMIR!!" Emir masih lagi diam.

"abang!"

"ye sayang..." Aerum mencebik, geram betul dia dengan perangai EMir yang mengada itu

"kenapa Aerum?" soal Emir kepada Aerum

"i rasa nak makan nasi ayam la.." kata Aerum perlahan.

"nasi ayam?" Aerum mengangguk.

"okey, esok abang keluar cari." laju laju Aerum menggeleng apabila mendengar kata kata Emir itu

"Aerum nak yang abang masak.." di sebab kan tadi dia ada melihat vedio seorang suami memasak untuk isterinya, tiba tiba sahaja tengkuk nya nak merasa nasi ayam yang dibuat ole Emir.

"abang masak?" Emir ternganga. Dia mana pernah masuk dapur. masa dia belajar overseas dulu pun, dia hanya beli makanan, tak pun housmate dia yang masak.

"abang mana pandai masak,.." Aerum mencebik mendengar alasan Emir itu.

"tapi baby ni nak makan nasi ayam yang daddy dia masak." kesian baby dalm perut tu, duduk diam diam pun nama dia yang kena petik.

"ermmm." Emir menggaru kepalanya yang tidak gatal

"tak apa la, kalau you tak boleh masakkan, i masak sendiri je la.." kata Aerum dengan nada berjauh hati. EMir yang mendengar suara Aerum itu mula la rasa resah.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now