BAB 8

21 4 0
                                    

11 tahun kemudian

"macam mana you boleh suruh je Pak Cik tu balik macam tu je, lepastu salah ubat pulak tu. kalau ada apa apa jadi macam mana? Mujur dia cepat cepat datang hospital balik tau, kalau tak? Kalau tak dapat di selamat kan macam mana? You nak tukar you punya nyawa dengan dia ke?" semua doktor intern itu menunduk, tidak berani untuk memandang ketua mereka yang sedang berangin itu.

"Doktor Haura, janganla garang sangat, kecut perut doktor doktor intern kita tu." semua mata memandang Aaerum yang sedang menulis laporan di kaunter jururawat itu.

"okey okey aku gurau." Aerum menepuk bahu Haura perlahan, takut betul dia bila kawannya yang sorang itu marah, rasa macam feel feel asrama gitu.

"jangan la marah diorang teruk sangat Haura, Pak Cik tu dah stabil pun kan." Haura mengeluh perlahan.

"memangla Pak Cik tu dah okey, tapi kalau tak marah diorang ni, nanti diorang akan buat kesilapan yang sama, tak boleh la berlembut sangat dengan diorang ni." Aerum mengangguk perlahan, betul juga apa yang dikatakan Haura itu, kalau tak dimarah, takut nanti diorang lupa dan melakukan benda yang sama lagi.

"guys, dengar sini eyh, apa yang jadi hari ni, jadikan sebagai pengajaran, lepas ni korang kena lebih hati hati, nyawa pesakit jangan dibuat remeh, kalau ada benda yang tak tahu atau tak pasti tu, korang tanya je doktor doktor yang lain, biasalah, masa intern memang aka nada banyak kesilapan yang kita buat, percayalah kesilapan yang kita buat tu lah yang akan jadikan kita semakin membaik, tapi jangan la biasakan kesalahan pulak ye." Mereka semua mengangguk mendengar nasihat dari Aerum itu.

"Doctor Aerum pun pernah jadi intern jugak ke?" Aerum dan Haura memandang pelik kepada Aisyah yang bertanya itu.

"mesti la I pernah jadi intern, takkan la lepas belajar je terus jadi doktor pakar macam sekarang, apa you guys ingat mentang mentang I ni anak pengarah hospital I boleh jadi doktor macam tu je?"

"I pun mula dari bawah, study, lepas study jadi intern, apa you guys ingat masa I jadi intern I tak kena marah ke? I pun kena marah jugak tau, I dengan doktor Haura kena marah lebih teruk tau daripada you guys. Kan Haura." Haura mengangguk setuju.

"dulu, lepas jadi intern, kitaorang grad, lepastu jadi doktor biasa, belajar dari segala kesilapan yang kitaorang buat sampai lah kitaorang jadi Pakar Trauma macam sekarang, apa korang ingat kitaorang lahir lahir jadi Pakar terus?" Mereka semua mula kagum dengan cerita Aerum itu, selama ini mereka fikir yang Aerum menggunakan kuasa ibu bapanya yang merupakan pengarah hospital tersebut.

"ok dah, now korang pergi sambung buat kerja masing," selepas sahaja Aerum berkata begitu, mereka semua terus bersurai lalu mengerjakan tugas masing masing.

"kau dah habis shift ke?" tanya Haura sambil menulis sesuatu di report nya.

"dah. Ni kau nak gerak ke Penang pukul berapa?" Soal Aerum kepada Haura pula. Ya memang dulu hubungan mereka tidak berapa baik semasa sekolah, tetapi apabila dia pulang ke Malaysia dia dapat tahu yang keluarga Haura berpindah di kawasan kejiranan dia dan mereka secara kebetulan ditugaskan menjadi satu kumpulan semasa menjadi intern, mereka mula menjadi rapat.

"lagi satu jam."

"lagi satu jam kau nak gerak, kau masih boleh berlenggang di sini?" Haura hanya tersengeh mendengar soalan Aerum itu.

"rilek ar, ni ha, kau kan cuti esok."

"hmm."

"pergi la balik rumah parents kau, mama kau dah bising cakap kau tak balik dah dekat tiga bulan." Pesan Haura kepada Aerum, dia pun tahu yang kawannya itu semenjaka kebelakangan ini sibuk memanjang, tetapi apabila ibu kepada Aerum itu asyik ulang ulang je cakap yang aerum belu pulang, rasa kasihan la pula.

"ye, aku tahu la, ni aku ingat nak balik la sekejap, tapi sekejap je la, sebab esok petang aku dah kena masuk kerja balik."

"asal sekejap sangat kau cuti? Ni kan hospital bapak kau, mintak je la cuti dua tiga hari, lagi lah papa kau tu suka kalau kau cuti lama."

"tak boleh la macam tu, kesian patient kat sini memerlukan aku." Haura menggeleng kepalanya, tak tahu la apa nak jadi dengan kawannya itu, dia dah macam addicted dengan kerja sendiri, sementra semua orang stress bekerja kat wad kecemasan ni, dia boleh enjoy pulak.

"ikut kau la, asalkan kau balik." Malas dah Haura nak nasihat kat kawan baik dia tu.

"eh Haura, kau tengok ni, cantik ann aku punya new scarf." Aerum menunjukkan scarf baru dibelinya yang tergantung di bag itu.

"lawaa, memang style sekarang an, pakai yang saiz panjang macam ni, pandai doe kau ikat." Kembang hidung Aerum mendengar pujian dari kawannya itu.

"biasala, tengok la tangan siapa yang mengikatnya, ni limited edition tau, keluaran terbaru carlorino. Cantik kan corak dia." Haura mengangguk setuju dengan soalan Aerum itu.

"aku tau kau mesti suka punya, jadi aku dah grab sekali dah untuk kau dengan Nad." Aerum menunjukkan paper bag carlorino di tangannya kepada Haura. Maka memekarlah senyuman Haura melihat paper bag itu.

"kau belanja ke?" Aerum mengangguk.

"haish kau ni."

"ala tak apa la, sebab masa aku nak beli tu, dia cakap kalau grab tiga dapat diskaun 25%, terus aku grab tiga, untuk aku, kau dengan nad."

"aaa thank you babe."

"your welcome, eh jap, sebut pasal Nad, dah lama pulak dia tak datang menempel kat ward kita kan." seketika Aerum teringatkan sepupu merangkap kawan baiknya yang sedang sarat mengansung itu.

"kawan tu tengah sarat, tak larat agaknya nak berulang datang kat kita." Aerum mengangguk setuju, risau juga dia melihat sepupunya yang sedang sarat itu, lagi satu bulan je dia dah nak jadi mama, sementara dia dengan Haura masih lagi membujang, tapi kira okey la Haura sudah mempunyai buah hati, sedangkan dia masih lagi menunggu seseorang yang dia sendiri tak pasti masih available atau tak.

"itu la pasal yang aku takut, dia tu tengah sarat, suami dia pulak tengah fly, buat nya jadi apa apa kalau dia duduk sorang sorang." Memikirkan suami kepada Nadhira yang bekerja sebagai juruterbang itu membuatkan dia risau kalau apa apa jadi dekat Nadhirah ketika suaminya tiada di sisi.

"kau tak payah risau la, Nad dia stay rumah aku kan kalau along aku fly, memang along tak bagi dia stay rumah sorang sorang kalau dia fly, tapi ni Nad dia kejap stay rumah aku kejap stay rumah kau, ye la abang kembar aku kan dah balik, so dia tak segan sikiit kut, tapi mujur la dia dengan abang kembar aku tu bergaul elok je." Aerum mengangguk tanda faham. Memang kalau Haris fly, Nad akan stay di rumah parents Aerum ataupun rumah family Haura kerana ibu bapanya sudah meninggal, keluarga Aerum lah tempat dia bergantung selepas ibu bapanya meninggal.

"ooo aku lupa yang kembar kau dah balik dari landon kan. dah lama ke dia balik, aku tak jumpa lagi dia." Haura resah mendengar soalan dari Aerum itu, entah macam mana lah reaksi Aerum nanti apabila tau yang selama ni dia sorokkan identity abang kembarnya itu.

"em dah dua bulan dia balik, dah start kerja dah pun."

"ouu, elok la macam tu, okey la aku pergi dulu, bye." Aerum menyalam tangan haura sebelum dia meninggalkan sahabatnya itu. Itu memang sudah menjadi runtin mereka bertiga jika mahu bersurai.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now