BAB 31

26 4 1
                                    

Aerum mengambil dua biji cream puff lalu di letakkan di dalam pinggannya. Dia melihat lihat kueh lain yang dia mahukan lagi.

Sejujurnya dia sudah kenyang keranan di rumah tadi dia sempat makan sandwich tetapi apabila melihat dessert dessert yang memikat tu membuatkan keinginan untuk makan tu kembali.

"kau tak pernah cakap pun kau ada boyfriend?" Tersentak Aerum mendengar pertanyaan Emir yang tiba tiba berada di sebelahnya itu.

Dia menjarakkan dirinya dari Emir. Buatnya si Wafa tu nampak mereka berdua dekat macam tu tak pasal pasal ada yang bukak gelanggang dalam ni nanti.

"i tak rancang pun nak ada boyfriend." Jawab Aerum selamber. Dia mengambil sebiji tart lalu di letakkan di dalam pinggannya.

"you nak jugak tart ni?" melihat anggukan Emir, Aerum mengambil tart tersebut lalu diletakkan di dalam pinggan lelaki itu

Aerum memandang pelik Emir yang tiba tiba sahaja mendekatkan diri mereka lalu membisikkan sesuatu di telinga Aerum yang berlapikkan shawl itu.

"but the way Aerum..you look gorgeous today." Damn! tak berkedip mata Aerum mendengar pujian yang tiba tiba sahaja keluar dari mulut Emir itu

"You really mean it?" Emir mengangguk tanpa melihat Aerum lalu pergi dari situ. Sempat Aerum menangkap senyum yang tergaris di bibir lelaki itu

Dup dap dup dap

Aerum masih lagi kaku tak terkata di situ. Speechless dengan apa yang didengarinya tadi. aish ini la sebabnya dia tak rasa yang dia boleh berkawan dengan elok dengan lelaki tu. dia dah membuatkan Aerum jatuh cinta dengannya berkali kali tanpa dia sendiri sedar.

"Babe. Kau kenapa tenung tart tu macam tak pernah tengok?" Soal Haura pelik.

"dia cakap aku cantik." Haura mengerutkan keningnya. Dia memandang sekeliling bagi cuba memahami maksud kawannya itu

"siapa?"

"Emir." Rahang Haura jatuh. Dia tak silap dengarkah?

"Emir? Kembar aku? Syed Emir Arrayan?" Aerum mengangguk perlahan. jantung nya masih lagi tak stabil. terngiang ngiang bisikan Emir yang memuji nya tadi.

"whatever la, tapi ni aku nak bagitahu, kat meja aku tu penuh dah la. Kalau kau makan kat meja diorang dulu boleh? nanti lepas makan aku bawak kau jumpa orang orang. boleh tak?" Aerum memandang meja makan yang menempatkan Emir tadi.

"hm okey la."

"Sure?"

"sure, aku pergi dulu eyh." Aerum berlalu membawa dessert yang diambilnya tadi ke meja yang menempatkan Emir tadi.

Dia cuba menyabar kan dirinya apabila melihat Emir dan Wafa yang sedang berbisik dan saling gelak ketawa. Dalam dia menarik nafas sebelum dia duduk di tepi Arash yang sedang bermain dengan phonennya

"Kenapa datang balik kat sini?" Soal Arash kepada Aerum

"Kat sana penuh. Duduk la dulu kat sini, nanti Haura bawak aku pergi jumpa orang orang lepas makan." Arash hanya mengangguk mendengar jawapan kakaknya itu.

"Nak jugak?" Soal Aerum kepada Arash sambil menyuakan cream puff. Arash mengangguk lalu mengambil dari pinggan Aerum

Aerum berpaling kepada perempuan yang berada di sebelah Qayyum itu lalu tersenyum

"ouh so ni la wife you Qayyum?" Qayyum mengangguk.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now