BAB 28

24 2 2
                                    

Aerum menghirup udara segar pada subuh yang nyaman itu. Dia membawa bersama kasut sukan yang baru dibelinya lalu memakainya di muka pintu

"Kakak nak pergi jogging ke?" Soal Dato Syed Aiman yang melihat Aerum duduk di muka pintu rumahnya itu. Dia melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul enam empat puluh lima minit pagi

Dato Syed Aiman melihat pelik anaknya itu apabila Aerum tidak memberi sebarang riaksi atau jawapan kepada persoalannya tadi. Dia menghampiri Aerum lalu menyentuh bahu anaknya itu

"eh papa.." Aerum yang merasa sentuhan dari papnya itu terus berpaling. Dia mengambil iphonennya lalu di pause kan muzik yang sedang bermain.

"Papa tanya, Kakak nak pergi joging ke?" Aerum tersengeh bersalah lalu mengangguk

"haah papa, sorry tadi Aerum dengar pakai airpods. itu yang tak dengar." Aerum mengikat tali kasit kirinya itu dengan kemas lalu bangun. Dia melihat Papanya yang masih berbaju melayu bersama kain pelikat itu lalu tersenyum

"Papa ada nak makan apa apa tak untuk breakfast pagi ni. Kakak boleh buatkan." memandangkan hari ni dia cuti. boleh la dia sediakan sarapan pagi untuk keluarganya.

"Kakak cuti ke harini?" Aerum mengangguk

"ouh, tapi tak apa lah, papa pagi ni nak breakfast kat luar dengan mama. kakak tanya la adik, kot kot dia ada teringin nak makan apa apa?" Aerum tersenyu senget mendengar jawapan papanya itu

"woaaaa, nak gi dating la tu.." Dato Syed Aiman hanya tersenyum manis mendengar usikan anaknya itu

"Papa Papa, tolong ambil kan gambar kakak boleh. i just bouhgt theese sneakers." Aerum menunjukkan kasut sukannya kepada papanya itu

"sure." mendengar sahaja persetujuan papa nya itu terus dia menyerahkan iphonennya kepada Dato' Syed Aiman

Dia berdiri di hadapan pintu besar rumah nya itu lalu tersenyum manis sambil memegang topi yang dipakainya

"bagi nampak kasut tau papa."

"okey one two three." Setelah lebih lima foto di ambil papanya, dia mendekati papanya untuk melihat gambar tersebut. Arum tersenyum melihat gambar yang diambil papanya itu

"nice ar papa, pandai la papa ambil gambar." Puji Aerum sambil melihat foto yang diambil oleh papanya itu

"mesti la, Papa kan dulu photographer masa muda muda dulu." Aerum tergelak kuat mendengar gurauan papanya itu

"tipu la papa."

"ei betul la, photographer untuk mama kamu tu ha, mana mana je nak suruh ambilkan gambar." Aerum mengangguk sambil tergelak. Tidak dapat nak dinafikan yang mamanya seorang yang suka bergambar. maklum la zaman muda dulu boleh tahan cantik dan ayu. tapi sekarang, periuk pun boleh terbang kalau tak dengar cakap dia.

"okey la papa, kakak pergi dulu la ye. Enjoy your date!" Aerum salam tangan papanya lalu keluar dari pagar rumahnya itu.

Aerum memulakan joging nya dengan lagu blood sweat and tears.

Setelah empat puluh minit dia berjoging di kawasan taman rekreasi di taman perumahannya itu, dia menarik nafas dalam. Dia memejam mata sambil menghirup nafas nya bagi melegakan lelahnya.

"joging jugak ke der?"

"oh lachimolala!" latah Aerum terkejut apabila mendengar suara kasar yang tiba tiba berada di sebelahnya.

Dia memandang lelaki di sebelahnya yang hanya membuat muka tak bersalah. Dah la dah luncut kan jantung nya kerana terkejut tadi.

Belum habis lagi jantungnya berdegup kencang kerana terkejut, ni nak tambah pula dengan degupan kerana ketampanan lelaki itu.

Cuz he's mineWhere stories live. Discover now