Prolog

75.6K 1.8K 17
                                    


Jalan sangat sesak. Kereta bergerak dengan sangat perlahan. Siapa tak kenal KL? Pagi petang siang malam sesak. Adui... ini yang buat kepala aku migrain lagi ini. Balik nanti, mandi, solat selepas itu, tidur! Ya, cadangan yang bagus. Mu tunggu aku datang, katil! 

"Pukul berapalah nak sampai rumah ni?" Keluh Fidelya.

Aku memandang ke arah Fidelya itu. "Aku yang pandu, kau yang mengeluh? Kan aku dah cakap awal-awal lagi, tak mahu pergi. Tapi kau paksa aku. Kalau bukan disebabkan kesian, jangan haraplah aku nak keluar rumah! Baik aku tidur!"

"Okay, aku tahu aku salah. Kau okay tak? Muka kau nampak pucat. Nak aku drive?" katanya. Sedar pun kau.

Aku tersenyum sinis. "Aku okay. Masih boleh bertahan. Kalau aku tak tahan, kita berhenti tepi jalan ni, tidur. Lagipun, macamlah kau pandai drive kereta. Setakat basikal tu, lepaslah juga!"

Umur dah 27 tahun. Tapi, kereta pun tak pandai bawa! Nasiblah anak jutawan. Apa nak, petik jari je!

"Hehe... ala, bukan kau tak kenal daddy. Lagipun, bukannya aku tak nak belajar drive. Daddy yang tak benarkan. Katanya bahayalah, itulah inilah. Apa yang aku buat, semua kena report dekat dia. 24 hours!"

"Untunglah... ada daddy yang ambil berat." Komenku. Aku mencebik bibir. Cemburu.

"Ryn, jangan cakap macam tu. Kau ada aku, daddy, Mak Timah, husband kau... Opss!" Dia menekup mulut dan mengerling aku. 

Tiba-tiba hatiku rasa panas sahaja bila dengar perkataan husband tu. Huh! Ada suami macam tak ada suami! Benci! "Aku ingatkan aku masih hidup bujang."

"Sorry, ya? Apa kata kita record suasana jem ni?" Dia mengambil telefon aku. Record?

"Okay, cepat. Say something." Ini arahan atau gurauan?

"Cepatlah Ryn!" Gesanya.

Aku dengan malasnya memandang camera. "Hari ini jalan sesak seperti biasa. Entahlah berhenti di hadapan tempat 'maksiat' tu. Free je tengok orang buat dosa."

Kebetulan memang kereta aku sekarang tengah berhenti dekat tempat tu. Fidelya memusingkan camera ke arah kirinya untuk merakam tempat itu.

"OMG!!! Is that your husband?!" Jerit Fidelya. Aku segera memandang ke arah situ.

Dunia bagaikan berhenti seketika. Hati aku sakit melihat adengan tak senonoh suami aku itu dengan perempuan seksi yang tidak dikenali. Bercium dari lips to lips. Ke mana hilangnya perasaan malu mereka? Ini negara Islam. Malulah kalau orang luar tengok.

Tergamaknya kau buat perkara sebegitu, Ferris. Sedangkan kau sudah beristeri. Mana maruah kau? Kau suruh aku jaga aib kau. Tetapi, kau sendiri yang buka aib kau. Hatiku sekarang ini, berkecai serpihan demi serpihan! 

Tak semena aku tertekan honk. Kuat pula tu. Lantaklah kereta depan nak marah ke  apa. Aku dah tak peduli. 

"Jangan delete video tu, Del."

-----
leave a comment ^o^

Insta: snamilaa
twitter: namy__ss

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now