2 tahun 3 bulan kemudian...
"Ryn, tengok ni!" Del menunjuk lima jarinya kepada aku menerusi aplikasi Skype.
"Jari kau patah ke?" Soalku selamba.
"Hish! Ke situ pula! Bukanlah! Aku nak kau tengok cincin ni." Baru aku perasan ada sebentuk cincin emas tersarung pada jari manis Fidelya.
"Cantik. Bila kau beli?"
"Kenapalah adik aku seorang ni blur sangat? Ni bukan sebarangan cincin."
"Habis tu, cincin Puteri Gunung Ledang ke?" Aku berlawak. Tapi Fidelya memandang aku dengan pandangan serius. Comel je muka dia.
"Gurau. Of courselah aku tahu. Kau dah tunang kan?" Barulah Fidelya mengukir senyuman di bibir selepas mendengar soalan aku.
"Yup! Teka dengan siapa?"
"Dengan abang burger tepi simpang dekat rumah." Meledak ketawa aku melihat muncung di mulut Fidelya.
"Amboi, suka gelakkan orang. Aku tahulah kau minat dia."
"Aku minat burger dia je okay. So, siapa tunang kau?"
"Iskandar."
"Serius? CEO tu? Sejak bila pula korang bercinta?"
"Yup, dia. Kami tak bercinta pun. Baru semalam dia datang merisik. Aku setuju. So, terus bertunang. Rombongan lelaki datang mengejut dan aku masih rasakan ini mimpi. 3 bulan lagi kami nikah." Terbeliak mata aku. Biar betul?
"Semalam datang merisik dan kau terus setuju? Kau suka dia ke? Kau tahu baik buruk perangai dia? Kau pasti dia tak ada agenda lain? Dapat ke dia jaga kau?" Berdas-das soalan aku tujukan.
"Ryn, walaupun kami tak bercinta, aku tahu perangai dia macam mana. InsyaAllah, dia dapat bimbing aku ke syurga. Don't worry, okay?" Aku membalas senyumannya. Bukan apa. Aku tak nak dia rasa apa yang aku rasa.
"Aku harap rumah tangga kau dipenuhi dengan kasih sayang dan diberkati oleh Allah. Amin..." Fidelya turut mengaminkan doakan aku.
"Sebulan sebelum wedding, aku nak kau balik Malaysia. Boleh tolong siapakan persiapan. Aku harap kau boleh balik."
"Dah tentu aku balik dan terus duduk Malaysia. Lagipun, sampai bila aku nak duduk sini? Tak bestlah! Aku rindu Malaysia." Sejak penceraian aku dan Ferris, aku terus membawa diri ke Auckland. Daddy yang cadangkan. Sudah dua tahun lebih aku menetap di sini dan belum lagi pulang ke Malaysia dalam jangka masa tersebut.
"Yes, bagus! Elok sangatlah tu! Bolehlah aku jumpa anak buah aku secara live!"
"Whatever. Del, panggil daddy."
"Daddy! Meh sini kejap. Ryn nak cakap."
Daddy muncul di skrin laptop aku.
"Ryn, daddy nak tengok babies." Daddy berkata dengan teruja.
"Aku pun." Fidelya menyokong.
"Muka Ryn tak nak tengok ke?" Soalku seraya menyuruh housemate merangkap kawan aku, Hana, membawa anak-anakku ke mari. Aku selamat bersalin kembar tiga setahun yang lepas. Triplets! Kau ado?
"Of course-lah nak. Manalah tahu esok dah tak dapat tengok anak daddy yang jauh ni."
"Betul tu. Manalah tahu tak sempat nak jumpa kau sebelum wedding aku."
"Apa ni daddy, Del? Janganlah cakap macam tu. Buat orang rasa bersalah je." Selama di disini, Skype menjadi penghubung antara aku dengan Del dan daddy. Kadang-kadang, aku hanya sempat menghubungi mereka melalui telefon kerana faktor masa yang tidak sama.
"Dah rasa bersalah tu, cepat-cepatlah balik!" Del menyindir.
Aku meriba ketiga-ketiga anakku. "Say hai, to atuk and mak long."
"Aiii." Kata Arman dan Awatif. Athar seperti biasa, lebih suka jadi pemerhati.
"Aiii triplets." Fidelya mengajuk cara sebutan hai itu. Aku senyum memandang mereka berlima berbual.
------
Flashback
"Ryn dia...dia tak cakap sepatah pun bila balik rumah. Risau juga aku." Aku senyap memberi isyarat pada daddy.
"Masalahnya sekarang ni Ryn... Ryn pengsan. Aku dah hantar dia pergi hospital." Daddy cuba berdalih dari soalan dad. Itu tak tipu sebabnya sekarang memang aku kat hospital. Tapi aku dah sedar.
"Waalaikumussalam."
Senyap. Aku membuang pandangan ke tingkap. Gelap. Tak nampak bayang bintang pun. Hari mendung bagaikan faham apa yang aku rasa sekarang ni.
"Apa dah jadi ni? Bukan korang dah berbaik ke?" Saol Fidelya memecahkan kesunyian.
"Entahlah." Aku malas nak ulas panjang. Pagi tadi aku tekad nak beritahu dia berita yang aku rasakan gembira, barangkali? Tapi sebaliknya aku yang terima berita yang sungguh mengejamkan.
"Anak kau macam mana? Nak lahir tanpa bapa?" Soalanya lagi.
"Aku terima kalau itu yang Allah tetapkan."
"Ryn, kita bincang elok-elok. Daddy yakin Reez tu cuma terlepas cakap. Daddy kenal dia. Reez kalau dah marah, dia pantang dicabar." Daddy cuba memujuk namun tak terkesan di hati aku. For what? Dia tak beri apa-apa benefit pun!
"No, daddy. Ryn tak nak. Ryn dah serik. Daddy tolong faham Ryn. Penatlah asyik tunggu dia." Kepala digeleng berulang kali. Aku tak nak masuk ke sarang harimau sekali lagi.
"Then what?" Muka Fidelya berkerut. Aku cuba sedaya upaya untuk tenang sebab tu muka aku relax macam tak ada apa-apa berlaku.
"Aku nak pergi."
"Pergi mana?" Daddy mencelah.
"Mana-mana yang jauh dari Malaysia. Ryn nak bersendirian."
"Sampai bila?" Tanya Fidelya tak puas hati.
"Sampai aku rasa tibanya masa untuk pulang."
"Kau nak besarkan anak kau seorang diri?" Bahu diangkat. Habis tu nak minta Ferris jagakan? Memang tak lah!
"Ryn berpotensi mengandung anak kembar. Genetik kembar keluarga ni kuat." Ujar daddy serius.
"Daddy dan dad tak pun."
"Siapa cakap?"
"Isya?" Biar betul. Kiranya daddy dan dad ni kembar tak seiraslah?
"Kembar Isya dibedah buang sebab berada di luar rahim masa dalam kandungan." Hah? Isya tak pernah cerita pun.
"Del?" Jangan cakap Del pun ada kembar.
"Meninggal lepas lahir."
"Kenapa tak ada siapa pun beritahu Ryn?" Wow! 5 fakta yang mengejutkan dalam masa sehari.
"Maaf menganggu. Boleh kita scan sekarang?" Doktor Amani yang ditugaskan untuk memeriksa aku masuk bersama dua orang jururawat.
Alat imbasan ultrasound diletakkan di perut. Aku pandang di skrin komputer kecil itu. Berdebar juga.
"It's triplets."
"Hah?"
"Puan mengandung kembar tiga." Ulang Doktor Amani.
Gulp!
--------
*Saya tahu bab ni pendek. Tak sampai 1000 patah perkataan pun xD Tapi bab 41 saya buat panjang dan amat menyedihkan (?)Vote vote vote ;)
------
insta: namy_ss
twitter: namy__ss
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...