Akhirnya polis dapat menangkap adik aku semasa cubaan meninggalkan daerah. Aku tak tahu apalah di Farhan tu brainwash adik aku sampai dia mengaku kesalahan dia. Adik aku mengaku pembunuh sebenar adalah dia.
Memandang dinding kelabu yang kosong, menanti urusan melepaskan aku dari lokap selesai, buatkan aku teringat balik apa yang terjadi.
Hari tu ayah...
"Kau ambik duit aku?!" Ayah menarik rambut mak dengan kuat sehingga badan mak ikut terangkat.
Aku meluru ke arah mereka. Aku tangan ayah cuba untuk leraikan. "Dahlah, ayah!"
Ayah masih dengan berangnya. "Kau anak-beranak memang gila! Berani kau guna duit aku?!" Ayah bertempik.
Ayah menolak kepala ibu. Aku menyambut badan mak sebelum mak jatuh ke lantai. Ayah melempar segala barang yang boleh dicapainya ke arah kami berdua. Aku lindungi mak dengan badanku. Badan yang sakit dibiarkan menjadi perisai.
"Dasar tak guna! Celaka!"
Habis barang, dia menendang badan aku pula. Mak dalam dakapan aku teresak-esak menangis. Aku memejam mata. Aku tak boleh lawan. Ayah akan lepaskan kemarahannya lagi pada mak.
"Ayah..." Rintihku. Berharap agar dia berhenti.
Adik lelaki aku yang baru pulang menolak badan ayah sehingga terjatuh. "Luqman!" Jeritku kerana terkejut.
Muka ayah dah merah. Dia akan meletus tak lama je lagi. Ayah tak berani untuk melawan Luqman disebabkan badan Luqman lebih sasa berbanding badannya yang kurus kering.
"Argh!!!! Aku nak duit aku balik!! Bagi duit aku balik!!!" Tanpa disangka, ayah melempar botol kaca di lantai kepadaku.
Terus aku jerit kesakitan. Mak menjadi lemah. Menggigil dalam ketakutan. Kaca bertaburan di lantai. Biarlah badan aku terputus dua sekali pun, aku akan pastikan mak tidak dicederakan.
Luqman bernafas berat. Dadanya turun naik kerana menahan marah. "Berambus! Ni bukan rumah kau! Kau bukan ayah aku lagi!"
Ayah gelak berdekah-dekah. "Betina tu yang suruh aku balik. Tak kiralah mana kau lari, aku akan ikut kau. Sebab apa? Sebab mak kau sayang aku!"
Ini bukan kali pertama kami pindah dari rumah ke rumah. Namun, setiap kali itu juga mak akan beritahu alamat dan keberadaan kami. Dan ayah pasti akan datang meminta duit dan sebagainya.
Aku dah Luqman sudah menggunakan pelbagai cara untuk pastikan mak tak hubungi ayah, tapi mak masih berdegil. Aku tak faham kenapa mak begitu sayang dekat ayah!
"Berani kau pandang aku macam tu, anak tak guna?! Apa kau nak buat, hah?! Nak pukul aku? Nak teranjang aku?"
Ayah gelak lagi kuat dengan suara seraknya itu. "Ke kau nak bunuh aku-"
Seraya itu, Luqman menikam ayah dengan botol kaca yang pecah.Aku terbeliak. Aku menjerit memanggil nama Luqman. Tapi panggilan aku tak sampai padanya.
Sekali lagi Luqman menikam. Tangan ayah memegang tangan Luqman.
Aku menggeleng. "Luqman!"
Badan ayah terkulai dan darah memancut keluar dari mulut dan perutnya. Botol kaca di tangan Luqman terlepas ke bawah. Luqman duduk menghadap badan ayah yang sudah tidak bergerak. Badan Luqman menggigil.
Mak menolak aku dan berlari mendapatkan ayah. Walaupun beribu kali badan ayah digoncangkan, ayah masih tidak bergerak. Mak memukul badan Luqman dan Luqman hanya membiarkan dirinya dipukul.
Aku terasa agak sukar untuk bernafas. Warna merah darah yang pekat memenuhi lantai itu buatkan aku membatu. Macam mana boleh jadi macam ni...
Air mata aku bergenang. Tak mungkin. Luqman...
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...