Bab 16 - Ferris's POV

28.2K 1.1K 44
                                    

Jadi, ini kali pertama saya buat Ferris punya POV. Hope you like it. Terima kasih kerana baca dan vote cerita saya ^-^ You guys are the best!

---------

Ferris's POV

Aku berdiri di luar bilik Del. Niat ingin menjemput Eryna untuk pulang terbantut apabila terdengar perbualan mereka berdua. Now I know apa yang terjadi kepada mummy Del. Bukannya selama ni aku tak nak tahu atau ambil tahu tapi situasi tak mengizinkan. Tambahan pula, Del ini jenis yang perahsia. Mana dia nak cerita terutama kepada aku.

Ryn, kau beruntung sebab dapat jadi sebahagian dari keluarga ni. Semua sayang kau. Aku ni? Huh! Dad punyalah kejam suruh aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal dan tak cinta. Lepas tu, datang pula Jasmine yang merosakkan keadaan. Aku buntu, Ryn. Aku tak tahu nak buat apa.

Kalau aku lepaskan kau, pasti keluarga aku tak dapat terima aku. Yalah, aku rasa diorang lebih sayangkan kau berbanding aku. Lagi pula, aku kesiankan kau. Aku ni pun bukannya kejam sangat nak bagi title janda dekat kau pada usia semuda tu. Masa depan kau panjang lagi. Aku tak naklah jadi perosak. Lagipun, aku rasa aku dah mula sayang kau sebagai ahli keluarga aku.

Arghh!!! Ferris, kalau Eryna tahu mahunya dia gelak terguling-guling! Hari selepas akad nikah tu, kau punyalah bersungguh kata nak ceraikan dia. Tup tup kau sayang dia? No...no... Aku nak Ryn yang kata cinta kat aku dulu. Biarlah dia nak kata apa pun! Malu kot!

Aku masuk ke bilik tersebut. Mata Del dan Ryn tertumpu kepada aku. Aku buat muka selamba. "Ryn, balik." Kataku ringkas. Di pipinya ada bekas air mata yang mengalir. Kalaulah aku ni betul-betul jadi 'suami' yang sebenar-benarnya, mahu saja aku aku sapu pipi dia dan tanya sama ada dia okay ataupun tidak. Beranganlah kau, Ferris!

"Alah, tidurlah sini." Respon Eryna. Mukanya monyok. Aku cuba elakkan pandangan mata aku bertembung dengannya sebab nanti jantung aku rasa macam nak terkeluar. Inilah yang orang kata panahan cinta! Tapi inilah peluang untuk aku bersama Ryn dalam satu bilik. Boleh aku...hisy Ferris apa kau mengarut ni?! Astafirullahalazim...

"Betul tu. Aku setuju. Kita boleh tidur sama-samakan, Ryn?" Cadangan Ryn disokong oleh Fidelya dan secara tak langsung harapan aku hancur berkecai serpihan demi serpihan. Peritnya.

"Tak payah. Esok aku ada meeting dengan klien." Alasanku senang je.

"Tipu." Nampaknya Ryn dapat hidu tembelangku. Muka aku ni memang obvious sangat ke? Aduh!

"Betullah!" Balasku bersungguh.

"So, apa kena mengena dengan saya? Awak yang meeting."

"Betul, kau yang meeting. Bukan Ryn. Jadi kau pergi jelah. Tapi bukan esok hari Ahad ke? Kau kerja buat apa? Orang cutilah rehat." Sampuk Del. Aku menjelingnya. Kacau daun betullah.

Pandangan beralih ke sebelah. Kelihatan pak su menuju ke sini. "Pak su..." Panggilku.

"Kamu berdua tidur sini ke?" Tanyanya.

"Err...tak decide lagi, pak su." Jawabku.

"Ferris." Eryna memanggil. Aku menjongket kening.

"Awak ni, kenapa panggil daddy, pak su? Dia daddy saya jadi dia pun daddy awak jugalah." Aku terdiam. Pak su adik kepada dad. Memang dari kecil lagi aku dah panggil dia pak su. Aku boleh je nak panggil daddy tapi...

"Suka hati akulah." Aku ego. Aku kena terus bersikap dingin.

Eryna mencebik. Tak puas hatilah tu. Lantak kaulah! Tak ada kena mengena dengan aku kan?

"Tak apalah, Ryn. Memang dari dulu Reez panggil daddy, pak su. Tiba-tiba kena panggil daddy mestilah rasa pelik kan?" Pak su disebelah menepuk-menepuk belakang aku. Tengok? Semua sayang Ryn? Semua tak nak Ryn rasa down. Selepas itu, Ryn hanya mengunci mulut.

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now