"Ryn, kenapa menagis?" Daddy bertanya. Dia menepuk bahuku.
"Daddy teringat, Run pun teringatlah." Aku cuba menahan air mata dari mengalir tetapi tidak mampu. Luka itu meninggalkan kesan yang amat mendalam.
"Ryn? Pak su kenapa ni?" Ferris yang entah dari mana datang menegur. Aku segera menyapu air mata aku.
Daddy mendongak memandang Ferris."Tengokkan Ryn kejap. Daddy nak tengok dad kamu dulu".
Aku terus mengesat air mata. Ferris duduk di sebelah aku dan memegang tangan aku. "Kau nak balik? Aku hantar kau."
"Saya lapar". Lain ditanya lain yang aku cakap. Kalau balik pun, aku kena hadap Jasmine. Fuh... Sis tak mampu.
Ferris tarik tangan aku untuk ikut dia. "Jom".
"Pergi makan?" Mata aku bersinar-sinar. Senyuman terus lebar.
"Yelah. Nak pergi isi perut kau tulah. Karang nanti masuk hospital lagi". Bebelnya.
"Kalau risau cakap jelah".
"Pardon? Aku risau?"
Aku mengangguk.
"Hah, memang taklah".
Dia sengaja nak naikkan maarah akukan. Perlu ke nak berdalih. Dah terulis kat muka ingat aku tak tahu ke? "Habis tu, tak payahlah pegang tangan saya. Saya boleh jalan sendiri".
Aku cuba tarik tangan aku tapi di kemaskan lagi.
"Shut up".
Dalam perjalanan, aku mengunci mulut. Malas mahu buka mulut sampailah ke rumah. Aku perasan ada kereta Jasmine di halaman depan. Aduh, ini yang malas nak bersemuka dengan Cik Pontianak binti Langsuir ni! Haha...gelaran baru untuk kau, Jasmine.
"Apa kita buat kat sini? Kata nak bawa saya makan?" Rungutku.
"Masuk bilik apa benda yang hak kau, ambil. Turun dalam masa 15 minit." Arah Ferris sebelum dia keluar dari kereta. Aku memandang pelik. Nak halau aku ke?
Aku keluar dari kereta. Kelihatan Jasmine membuka pintu menyambut kepulangan Ferris dengan penuh lenggok manjanya. Naik menyampah aku! Entahlah pakai short dengan baju tak berlengan. Ketat lagi!
"Ferris! Kenapa you bawa balik perempuan ni? I tak sukalah!" Muncung Jasmine kelihatan. Aku menjuling mata ke atas. Ingat aku suka ke?
"Rumah I, suka hati I lah!" Ferris terus berlalu masuk.
"Hai, Jasmine. Kata mengandung? Kenapa perut masih kempis? You mengandung anak angin ke?" Perli aku.
"I betul-betul mengandunglah! Kan baru masuk 3 minggu! Tak akan nak terus buncit! Bengap!" Marahnya.
Bengap? Suka-suki hati kau je! Sekeh kepala tu baru tahu! Aku buat tak layan dan terus masuk menuju ke bilik. Ambil apa yang hak aku? Maksudnya semuanya lah kan?
Aku buka almari. Aik?! Mana hilangnya baju aku?! Tak akan Jasmine dah buang kot?! Yang ada baju Ferris je.
"Baju kau semua aku dah ambil. Ambil apa yang tinggal je." Ferris yang baru muncul berkata.
"Ambil? Kenapa awak ambil? Awak letak dekat mana? Awak jangan nak buat macam-macam ya!" Aku tunjuk jari telunjukku di hadapan mukanya. Aku pantang betul orang lain sentuh baju aku terutama Ferris!
"Banyak tanyalah kau ni. Cepatlah check apa yang tinggal, ambil letak dalam beg."
"Tapi..."
"Hurry up!"
^-^-^-^-^-^
Aku sedar yang haluan ke rumah sudah berubah. Macam nak pergi dekat tempat lain. Tapi aku malas nak tanya. Kereta aku masuk ke perkarangan sebuah kondominium. Nak pergi rumah siapa pula ni? Ferris pun bukannya reti nak cakap. Hish! Aku mengikutinya dari belakang.
Masuk dalam lif, Ferris menekan butang nombor 30. Tingginya! Nak pergi mana sebenarnya ni? Ferris berlagak seperti biasa. Sampailah aku dan dia sampai di sebuah pent house. Mesti mahal.
"Masuklah." Pelawa Ferris.
Aku memandangnya. "Rumah siapa ni?"
"Rumah kita." Jadilah inilah sebabnya dia ambil baju aku.
"Tak perlulah awak membazir duit beli rumah ni. Rumah lama kan ada."
"Kau sanggup ke nak duduk serumah dengan Jasmine?"
Aku terdiam. Mestilah tak sanggup. Mahu pekak telinga aku asyik dengar dia menjerit. Kalau tak dia yang kena kejar dengan parang, aku yang akan lari sampai ke Jepun. Haha...untung-untung boleh daki Gunung Fuji.
"Betul ke Jasmine mengandung?" Tanyaku tiba-tiba. Aku tak berani nak pandang mukanya yang penting aku tahu kebenarannya.
"Betul..."
Okay, sekarang aku rasa nak nangis balik! "Tahniah..." Aku terus tinggalkan dia masuk ke suatu bilik. Aku tak tahu ni bilik siapa, tapi tak kisahlah! Aku sempat dengar Ferris berkata;
"Tu bukan anak aku..."
Huh! Habis tu anak guard dekat bawah ke? Tapi cara dia cakap, macam dia betul-betul maksudkan benda tu. Kenapa? Apa yang terjadi sebenarnya? Kalau kandungan itu bukan anak dia, kenapa dia tak defense diri dia betul-betul depan dad? Macam apa yang selalu dia buat. Bak kata pepatah, berani kerana benar.
Muka dia tak menunjukkan muka seperti selalu. Lain... Aku tak tahu kenapa tapi memang aku perasan ada kelainan pada reaksi mukanya. Ya Allah...tujukkanlah aku jalan.
Aku harap semua benda ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Aku buka pintu bilik dan menjenguk ke luar. Ferris masih lagi berdiri di situ.
"By the way Ferris, macam mana awak tahu saya ada di Kelantan?" Aku bersoal.
"Kelantan?" Soalnya kembali
"Oh, never mind. Mesti Del beritahu."
"Kejap..."
Aku tutup pintu kembali sebelum sempat Ferris berkata.
"Aku order pizza je eh?" Laung Ferris di sebalik pintu.
"Okay!"
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...