Pagi-pagi lagi aku dah tercongok depan pagar menunggu Fidelya. Jarum jam menunjukkan pukul 7.05 pagi. Namun, dia masih belum tiba. Cepatlah. Sebelum sesiapa bangun.
Lepas satu, satu malang menimpa. Telefon dikeluarkan dari beg. Aku menaip mesej kepada Ferris.
'I hate you truly. Truly I do. Damn you playboy! Such a sweet talker! Don't you ever say my name again! Don't you ever talk to me again and the most important, don't you ever try to put your hands on me! 1-4-3!'
Sejurus mesej dihantar, Fidelya sampai bersama kereta daddy. Aku terus meluru masuk. Telefon juga dimatikan.
Kalau dia faham maksud sebenar ayat aku, dia betul-betul cintakan aku. Kalau tak, parang menantimu wahai Ferris.
"Ryn? Kau beritahu Ferris tak yang kau nak balik rumah daddy?" Tanya Fidelya.
"Dia peduli apa? Sepanjang aku sakit ni pun, Farhan yang banyak jaga aku."
"Habis tu, kau nak Farhan jadi suami kau?"
"Tak. Kembar tetap kembar. Perangai sama. Kalau aku ditakdirkan kahwin dengan Farhan, aku rasa Farhan pun akan buat apa yang Ferris buat kat aku." Aku membuang pandangan ke luar tingkap.
"Dah tu?"
"Aku tak nak bersuami. Aku tak kisah pun nak jadi janda sampai ke tua. Lelaki semua sama. Daddy satu-satunya lelaki yang aku percaya."
"So, sekarang ni kau nak minta cerai dengan Ferris?"
"Kalau dia tak nak, aku pergi tuntut kat mahkamah." Sambungku.
"Astafirullahalazim, cubalah bawa bersabar. Aku tak nak kau menyesal dengan keputusan kau."
"Aku tak akan menyesal sebaliknya aku akan bersyukur. Aku dapat rasakan Ferris masih cintakan Jasmine. Dia cinta pertama Ferris. Kau pernah kan orang cakap, cinta pertama paling susah untuk dilupai."
Aku tahu niat Fidelya baik. Tapi aku... Entahlah. Hati aku dah tawar dan pahit. Membazir air mata je malam-malam nangis hanya disebabkan seorang lelaki. Huh!
--------
Mata dibuka. Terasa ada tangan memeluk pinggang, aku terus turun dari katil. Sekujur tubuh sedang lena dibuai mimpi. Aku cuba memproses apa yang aku nampak.
"Ferris?"
Sejak bila dan kenapa dia ada kat sini?!
"Ferris! Bangun!" Jeritku. Dia bangun mengejut dan masih berkeadaan mamai.
"Kenapa ni?" Dia mengusap matanya.
"Saya yang patutnya tanya kenapa! Kenapa awak ada kat sini?"
"Tak boleh ke?"
"Tak boleh! Get out!" Marahku. Dia memandang aku tajam.
"Ryn, abang masih suami Ryn. Dosa tinggikan suara dekat suami."
Baru sekarang nak cakap pasal dosa? Apa yang kau buat kat aku, tak dosalah?
"Please, just leave me alone." Aku duduk memeluk lutut. Kepada ditundukkan. Cuba menahan air mata dari jatuh.
Dia turun dari katil dan duduk depan aku.
"I'm sorry."
Ikhlas ke dia?
"I hate you."
"I know. And I love you so much." Dia memelukku. Pada mulanya, aku meronta. Tapi aku juga hanyut dalam kehangatan dakapannya. Aku sedar, aku rindukan dia. Tangisan dilepaskan.
"Abang minta maaf. Abang tak bermaksud pun nak buat macam tu. Untuk berjauhan dari Ryn, amatlah menyeksakan bagi abang. And now, we must clear all the mess. Abang cuba tak nak salah sangka dengan Ryn tapi abang tak mampu. Abang nak, Ryn jujur jawab soalan abang."
Aku kesat air mata menggunakan belakang tangan. Ferris pandang aku.
"Betul ke Ryn sangup menyetubuhi Haris semata-mata untuk lepaskan diri?"
Dengat saja soalan tu, aku terus tolak tubuhnya. Mataku membeliak. "Mana abang dengar cerita ni?"
"Jadi, betul lah?"
Penumbuk digenggam. Aku dah agak siapa yang sebarkan fitnah ni. "So sekarang ni abang nak percayakan apa yang orang tu cakap berbanding saya?"
Betullah kata Isya. Dia suka jump to the conclusion.
"Banyak lagi cara nak lepaskan diri! Tapi kenapa Ryn kena buat benda tu?!"
"Habis tu, abang tak pernah buatlah?!" Perlu tak aku mengaku yang sebenarnya itu fitnah?
"Masalahnya sekarang ni, Ryn isteri abang! Abang je yang berhak ke atas Ryn!"
"Jasmine pun isteri abang juga. Tapi kenapa abang biarkan je dia berdua-duaan dengan Haris?! Tak ada pula abang nak marah dia?"
"Tak payah nak kaitkan Jasmine pula!"
"Kenapa? Sebab abang masih cintakan dia kan?! Abang nak saya jujur kan? Ini pengakuan jujur saya telus dari hati, saya tak pernah percaya abang cintakan saya. Apa yang abang cakap dekat saya semuanya nonsense. It doesn't make any sense!"
Dia terdiam seketika.
"Yes! Abang mengaku abang masih sayangkan Jasmine! Tapi tak bermaksud abang cintakan dia! Ryn satu-satukan perempuan yang abang cinta. Terpulang sama ada nak percaya atau tidak. Abang kecewa dengan apa yang Ryn dah buat."
Tombol pintu dipegang. Lepas aku buat pengakuan, aku blah!
"Sebenarnya, saya tak pernah setubuhi mana-mana lelaki termasuk abang."--------
"You gaduh dengan Ferris ke?" Katanya sinis.
"Eh tak adalah! Kami buat lawak jenaka je! Kenapa? You pun nak jadi pelawak juga ke?" Aku balik rumah dad sebab nak ambil ubat je. Tapi yang tak boleh terima, Jasmine masih ada kat sini. Macamlah dia tak ada rumah!
"Ryn..." Tegur Farhan di sebelah. Dia menghantar isyarat
pandangan agar aku tidak mencari masalah dengan Jasmine. Bagus! Sekarang semua nak menyelebahi Jasmine!Aku rempuh bahu Jasmine sengaja. Tanpa menghiraukannya, aku ke dapur. Air kosong diambil, ubat ditelan. Gelas dipandang sepi.
Kerusi di hadapan aku ditarik. Farhan memerhatikan aku.
"Kalau angah jadi suami saya, angah akan buat saya macam ni tak?" Soalku.
"Mungkin tak. Lagipun, dad dan mum suruh aku layan kau macam adik sendiri. Kalau kau jadi isteri aku, aku akan beri layanan yang isteri sepatutnya terima."
Aku tersenyum kecil. "Sweet talker."
"Aku maksudkan apa yang aku cakap. Aku bukan Reez. Aku polis, Ryn. Sifat polis dan bakal CEO lain."
"Kenapa tak awak je yang jadi suami saya?" Gelas digenggam kuat.
"Sebab jodoh kau dengan Reez. Aku percaya dia cintakan kau. Aku nak kau bertahan sikit dengan perangai dia. Hati dia keras, tapi juga boleh dilembutkan. Macam apa yang kau buat untuk lembutkan hati dia berbaik dengan aku."
"Dia suka buat kesimpulan melulu."
"Jadi, kau kenalah cerita dari prolog hingga ke epilog. Barulah dia boleh buat kesimpulan yang betul."
"Tak guna juga kalau dia tak faham jalan cerita." Aku bangun memasuhi gelas yang aku guna tadi.
"Then, buatlah sampai dia faham."
-------
*Let's try 300+ votes ><
Anyway, thanks a lot! Saya ke?! #4 in Romance!
Next chapter will be double update! ^-^
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...