Penerbangan kami ke Korea pada malam esok selama seminggu. Yeay!
Baju-baju dan segala kelengkapan yang aku rasa harus dibawa dimasukkan ke dalam beg bagasi. Selepas ini, kemas barang-barang Ferris pula. Dia tu, reti arah orang je. Diri sendiri malas. Karang nanti tertinggal apa-apa, aku jugalah yang kena marah. Pastu duk komen baju yang aku bawa tak sesuai.
Selesai mengemas barang-barang aku, bilik Ferris dituju. Pintu dikuak dan kelihatan Ferris yang berada di atas katil bersama Ipad nya. Dia memandang aku seketika tapi aku buat tak layan. Almari besar Ferris dibuka. Beg dicapai dan aku memilih bajunya secara rawak.
"Woi, pilih baju tu biarlah bersesuai!" Marah Ferris tiba-tiba. Entah sejak bila dia ada dekat belakang aku. Nasib tak tercampak segala baju kat muka dia.
"Sesuailah ni." Aku meneruskan kerja aku. Banyak songeh betul. Lain kali kemaslah sendiri.
"Sesuai? Kau pergi masukkan sweater yang tebal ni kenapa? Sampai tiga pula tu. Sekarang Korea tengah summer Cik oi!" Tangannya menarik telinga kanan aku.
"Aduh... Telinga sendiri ada, nak tarik telinga orang. Ni saya bawa ni manalah tahu awak demam. Nanti awak juga yang sibuk minta sweater." Alasan je sebenarnya. Sumpah aku tak perasan ada sweater dalam beg tadi.
"Tak adanya lah! Keluarkan balik. Ni-ni pun. Baju pun tak reti pilih."
Jelingan tajam diberikan kepadanya. Mulut kalau tak pot pet pot pet tak boleh ke?
"Banyak songehlah awak ni. Awak pilih baju mana yang awak nak. Then, saya lipat masuk dalam beg. Senang."
Ferris mengangguk-angguk kepala. Kemudian dia mengambil beberapa helai baju yang tergantung pada hanger, campak kepada aku. Amboi, mana hilang adab? Eh, selama ni pun dia bukannya beradap sangat pun.
"Korea tu bahagian mana kita nak menetap nanti?"
Soalan aku tidak berbalas. Aku pandang Ferris. Tak ada mulut ke?
"Cakap ngan aku ke?" Soalan berbalas soalan.
"Eh, tak adalah! Saya cakap dengan baju ni. Baju, di Korea nanti kat mana kita nak bermalam ya? Yelah, Korea tu besar." Aku sindir dia. Dalam bilik ni, ada aku dengan dia je kot. Dah sah-sahlah aku cakap dengan dia.
"Seoul."
"Alaa...tak boleh ke dekat kawasan perkampungan sikit?" Aku mencebik.
"Kita pergi nak kerja bukan nak seronok."
"Apa salahnya buat benda dua dalam satu?"
"Hah?"
"Sambil menyelam minum air. Alang-alang nak pergi korea, kita melanconglah sekali."
Ferris pandang dengan pandangan tajam membuatkan aku tak berani nak tentang mata lama-lama. Salah ke apa yang aku cakap? Tak akan pergi sana 24 jam kerja? Memang taklah!
"Sekarang summer. Suhu mencecah 26° ke 27°c tau. Aku tak nak ada orang tu kena strok haba pula. Nak melancong masa musim-musim lain boleh. Nanti aku bawa kau ya?"
Menyindir lagi. Orang yang duduk sana sihat walafiat je. Pandailah aku jaga kesihatan. "Tak naklah pergi tempat sama dua kali. Tak ada rasa best."
"Habis kau nak pergi mana? London? Paris? New York? Aku boleh bawalah."
Yalah tu!
Aku mencebik lagi. Malas nak ulas panjang. Karang makin melarat. Nanti ada juga yang pergi Korea dengan muka cemberut mengalahkan muka orang makan mangga muda!
-----
Aku tilik kesan tumbukan di pipi dan bibir aku. Nasib dah pudar. Tak sangka ambil masa lama juga nak hilang. Jenuh nak jawab soalan orang kat pejabat. Takut berita palsu yang wujud. Mahunya diorang kata ada keganasan rumah tangga ke apa. Oh wait... Diorang tak tahu aku dah kahwin.
Haish!
Silaplah hari tu. Patutnya aku tumbuk dia juga. Sekadar lempang mana cukup. Sakit gila tahu tak pipi aku ni. Nak makan pun susah lepas tu. Apalah nak jadi. Boleh tahan kuat juga si Ferris tu.
Rungutku dalam hati semasa mengemas drawer meja aku. Lepas tu aku tutup drawer dengan kuat untuk lepaskan rasa tak puas hati. Aku angkat muka pandang cermin balik. Aku rasa umur aku bertambah 10 tahun sejak kahwin dengan Ferris. Buat kusut kepala je.
Tiba-tiba bayang Ferris muncul di cermin. Tanpa menoleh belakang aku bertanya, "Apa?"
"Do you want ice cream? Aku tersalah order."
Di tanganya ada ice cream strawberry Mcd. Wait... Dia beli mcd tak cakap ngan aku? Mana burger aku? Takkan ice cream je?
"Tak nak."
"Mengada. Siapa nak makan ni?"
"Awaklah makan."
Dia yang tersalah beli, kata orang pula mengada. Kalau dia tak mengada, makan jelah.
"Pastu burger kat luar tu kat tak nak?"
Aku bangun dan berjalan ke arah Ferris. "Saya tak pernah kata tidak pada burger". Aku sengih dah berjalan keluar ke ruang tamu. Bungkusan burger mcd dah ada atas meja kopi.
Aku duduk dan segera membuka wrapper burger. Ferris duduk sebelah aku. Dia letak juga ice cream strawberry tadi di depan aku. Aku jeling satu lagi ice cream coklat berdekatan dengannya. Ceh... Konon salah beli.
"Saya nak yang tu". Aku juihkan mulut pada ais krim coklat.
Ferris mengerling aku. " Kau tak suka strawberry?"
Ferris mencapai balik ice cream strawberry tadi. Dia mengambil sesudu. Sebelah tangannya lagi mengepit pipi aku. Dia suapkan ice cream tu ke dalam mulutku.
Mataku membulat. Aku terus tertelan kerana terkejut. Burger yang aku pegang jatuh. Ferris memandangkan aku dengan senyuman. "Sedap kan?"
Aku menolak badannya dan terus bangun ke sinki. Aku berkumur dan cuba muntahkan balik. Jantungku mula berdegup laju.
"Kau kenapa?" Dia mendekati aku.
Dada aku tepuk-tepuk.
"Ryn... Kenapa ni?" Dia cuba mencapai tangan aku. Aku tepis tangannya.
Aku buka drawer dan geledah ubat-ubat dalam tu. Mana... Mana...
"Eryna!" Ferris memaksa aku meghadapnya. Kami sama-sama terduduk di lantai.
"Let go of me." Aku cuba meronta tapi sudah tidak bermaya. Aku nak ubat...
"Kau... allergic strawberry ke?"
Dia lepaskan aku. Aku segera cari ubat balik. Dah jumpa terus aku telan dua biji. Akhirnya aku tersandar pada kabinet dengan memejam mata. Aku tak percaya alu rasa macam nak mati dua kali depan Ferris. Aku cuba aturkan pernafasan.
Ferris tiba-tiba mengangkat badan aku. Dia baringkan aku atas sofa. "I'm sorry. Aku tak tahu..."
"Shut up. I want to sleep".
------------
*Do comment/vote/follow me ^-^
Don't forget to read my other story 'Rayna'*
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...