Bab 5 - Tenang

32K 1.3K 12
                                    

Air mata tidak berhenti jatuh. Bening mataku tidak tertahan lagi. Aku rasa sangat bodoh. Kenapa aku bertaruhkan hidup aku untuk lelaki tak guna macam Ferris tu?

Kenapa jadi begini? Apa kurangnya aku? Aku dah sediakan semua! Aku dah jalankan tugas aku sebagai isteri sepenuhnya. Apa yang tak cukup lagi? Apa lagi yang kau tak puas hati?

Ke sebab aku ni perempuan kampung dan kau tak suka perempuan kolot macam aku? Macam tu? Kau buat aku macam hamba dekat rumah sana. Kau ingat aku tak ada perasaan ke? Tahu tak aku penat childish depan aku semata-mata nak tutup perasaan sendiri. Tapi kau tak pernah faham aku. Kau tak pernah cuba nak kenal aku.

Aku salahkan kau. Dan aku salahkan diri aku sendiri. Usaha aku barangkali tidak bernilai di mata kau. My whole existence means nothing to you.

Aku bangun dan mengambil dua tiga helai baju dan lipat ke dalam beg. Aku nak balik kampung. Kali ni keputusan aku tekad dan tak kan berundur. Aku keluar dari bilik dan menuruni tangga rumah daddy.

Lepas kejadian tadi, aku pandu kereta ke rumah daddy. Tenang sikit. Fidelya adalah tanya kenapa. Tapi aku tak jawab. Sekarang dia dah pergi kerja dengan daddy. Bolehlah aku lari.

"Cik Eryna nak ke mana tu?" Tanya pembantu rumah di situ.

"Saya nak balik dah. Nanti kirim salam dengan daddy dengan Fidelya ya? Saya pergi dulu."

Aku memandu kereta ke Kelantan. Fikiranku kosong. Tak ada apa yang aku dapat fikir sekarang. Aku nak bersendirian sekarang. Aku bukan nak lari dari masalah. Aku cuma nak mengambil masa untuk menerima hakikat ini.

Aku juga perlu beri ruang kepada Ferris dan Jasmine dalam hubungan mereka. Aku kena faham yang mereka pun baru saja berkahwin. Jadi, tak salah pun kalau mereka nak buat apa-apa. Dah halal.

Sedar tak sedar, aku sudah sampai ke rumah peninggalan arwah ayah setelah 8 jam memandu. Rindunya aku dekat rumah ini. Walaupun kenangan pahit lebih banyak daripada kenangan manis, tapi di sinilah tempat aku lahir. Tempat aku membesar selama 8 tahun dan tempat terakhir aku lihat ibu.

"Allah menguji kita kerana Allah tahu kita mampu untuk hadapinya. Allah tak akan menguji di luar kemampuan hambaNya. Sebab itulah kita kena tabah, Ina."

Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang di telinga. Semangat, Eryna. Ingat Allah. Dia selalu ada untuk hambanya.

Aku memandang ke arah sebatang pokok. Aku tak tahu apa nama pokok tu. Usia dia pun mesti dah tua. Aku ingat lagi aku ada buat perjanjian dengan seorang budak lelaki ini. Aku berjanji akan jumpanya bila dah besar nanti. Setahu aku dia tua lima tahun dari aku. Maksudnya dia sebaya dengan Ferris.

Bukanlah pengalaman yang sweet pun. Cuba buat aku rasa berdebar tiap kali teringat. Aku berharap agar aku dan dengan dia tak terus berjumpa. Lagi bagus.

Aku rasa tak rasa dia ingat aku. Itu kali pertama dan kali terakhir aku lihat dia. Muka dia pun aku tak ingat macam mana. Tapi aku tak suka dia. Tak suka.

^-^-^-^

Udara yang nyaman dan segar di pagi hari membuatkan mood aku bertambah baik. Aku rasa lebih tenang berbanding semalam. Fikiran pun dah tak celaru lagi. Aku lakukan sedikit senaman ringan. Lupa sebentar tentang Ferris.

Apa aku nak buat pagi ni ya? Cari makanlah. Laparlah pula. Semalam pun aku tak makan. Boleh kena gastrik ni.

Aku memandang telefonku. Aku menggeleng kepala melihat skrin telefon. 20 panggilan dari Ferris dan 15 panggilan dari Fidelya disertakan dengan voicemail. Mesej pun banyak. Malas aku nak baca. Delete. Hari ini genap 3 minggu perkahwinan Ferris dan Jasmine. 3 minggu jugalah aku tinggalkan Ferris.

Agaknya boleh ke dia survive tanpa aku? Bangun pagi pun kena aku yang kejut. Breakfast pula wajib ada. Ni aku takde, siapa yang buat semua tu?

Oh lupa, diakan dah ada isteri baru. Haha.. Bagilah Jasmine berbakti sikit pada suami tercinta. Untung dapat pahala.

Aku masuk ke dalam untuk mengambil kunci kereta. Semasa aku keluar balik dari rumah, aku ternampak ada seorang wanita sedang memerhatikan kereta aku.

"Assalamualaikum, makcik. Ada apa dengan kereta saya?" Soalku kehairanan. Aku mendekati wanita itu. Wanita itu nampak sedikit terkejut.

"Waalaikumussalam. Ini kereta adik ke? Adik ni siapa?" Soalnya. Aku kenal wanita ni. Tak silap aku nama dia Cik Yam. Nama penuh tak tahulah pula.

"Cik Yam tak kenal saya? Saya Eryna Erman. Anak Cik Yam mana?"  Aku menyalami wanita itu. Cik Yam sangat peramah orangnya. Satu kampung kenal dia.

"Ina ya? Dah besar cantik kamu ya! Anak Cik Yam ada. Tengah tidur. Hari minggu kan. Biasalah letih kerja."

Aku hanya mengangguk. Sebenarnya aku tak kisah pun dekat anak jiran sebelah ni. Dia dulu berlagak. Selalu buli aku. Pantang ada peluang. Tapi budak kecil. Normallah tu. Aku tak berdendam eh.

"Cantik kereta kamu. Suka Cik Yam tengok kamu dah senang macam ni. Cik Yam tak dapat nak buat apa sangat dulu masa arwah mak kamu ada". Luah Cik Yam dengan suara yang sedih. Dia pandang aku dengan perasaan simpati.

Aku kaget bila tiba-tiba Cik Yam sebut pasal ibu.

"Tak adalah Cik Yam. Cik Yam banyak tolong kami. Sampai ke akhirnya Cik Yam terus ada dengan kami lalui hari-hari yang sukar tu. Saya berterima kasih sangat-sangat." Kedua tangan Cik Yam digenggam.

"Tak nampak pun Cik Yam minggu lepas. Pergi mana?" Aku menukar topik sebelum makin meleret. Kan dah tekad tak nak sedih-sedih bila ada kat sini.

"Oh...Cik Yam pergi rumah Leha dekat Kuala Lumpur. Duduk situ sekejap." Terangnya. "Malam ni, datanglah rumah. Cik Yam masak sikit untuk Ina, ya?"

"Eh, susah-susah jelah."

"Bukan selalu dapat jumpa kamu. Lagipun, tak seronoklah kalau makan sorang je hari-hari. Makan ramai-ramai barulah meriah sikit".

Sengih jelah. "Insyaallah, malam ni saya datang, ya?"

Selepas menghantar Cik Yam ke rumahnya, aku menuju ke sawah padi. Kereta diparkir ke tepi.

Sawah padi yang cantik terbentang luas itu terus menghijau dan memberi manfaat kepada manusia. At least, padi banyak berguna kepada manusia. Tak macam orang tu!

"Ina?"

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now