Bab 45 - Ayah

21.2K 955 33
                                    

Kali pertama aku menyambut birthday tanpa Del dan daddy. Tapi Allah gantikan dengan kehadiran tiga orang putera yang comel. Majlis disambut sederhana. Hanya kawan dan keluarga terdekat je yang hadir.

       "Ryn, ada orang nak jumpa." Farhan menunjukkan jari ke arah seorang lelaki yang berdiri tak jauh dari kolam.

       "Assalamualaikum, Pak cik," sapaku.

       "Waalaikumussalam."

        "Kenapa pak cik nak jumpa saya?"

        "Pertama sekali pak cik minta maaf. Apa yang pak cik bakal katakan ini mungkin berita yang agak mengejutkan dan sebab tu lah pak cik nak kamu bertenang sampai pak cik habis terangkan." Dia hanya banyak menunduk dari memandang aku. Berita apa yang dia nak sampaikan tu? Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pula.

        "Bunyinya serius. Apa dia?"

        "Nama pak cik sebenarnya Erman Bin Awang. Pak cik percaya Farhan dah pernah beritahu kat kamu. Pak cik atau lebih elok lagi, ayah tahu perkara tiba-tiba. Tapi percayalah, lelaki yang beridir depan Ina sekarang ni ialah ayah Ina yang Ina anggap dah lama meninggal."

         Ini pengakuan atau penipuan? Kenapa tiba-tiba sebut pasal ayah?

         "Ini tak lawaklah, pak cik." Aku paksa untuk senyum.

         "Ayah tak main-main. Ayah dah lama nak beritahu Ina perkara ni cuba ayah tak ada kekuatan."

         Aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku. Bergelodak. "Ada bukti?"

         Dia keluarkan satu fail yang dalamnya terkandung sijil lahir aku, sijil kematian ibu, sijil perkahwinan dan banyak lagi. Tapi benda boleh dicetak palsukan. Mungkin pak cik ni tahu aku jadi CEO dan cuba nak harta aku dengan mengaku yang dia ayah aku?

         "Apa pak cik nak sebenarnya? Kalau pak cik nak duit, saya boleh bagi. Berapa pak cik nak? Sejuta? 5 juta?"

         Dia menggeleng. "Tak. Ayah nak anak ayah balik."

          "Huh? Pak cik ingat semudah tu je ke saya nak percaya? Pak cik rasakan selepas 20 tahun saya hidup sebagai anak yatim, then suddenly pak cik datang entah dari mana mengaku pak cik ialah ayah saya? Kalau pak cik, apa perasaan pak cik? Benda ni langsung tak masuk akal."

        Aku cuba menafi sebab kenapa benda lama tiba-tiba kena diungkit hari ni? Lagi-lagi pasal ayah yang langsung tak sayangkan aku tu.

        "Ayah tak paksa Ina untuk terima ayah sekarang. Ayah tahu ayah banyak buat silap..."

        "Memang! Kalau pak cik betul-betul ayah kandung saya, ya. Ya, pak cik memang banyak buat silap! Apa yang ayah buat dulu, masih segar dalam ingatan saya. Masa saya 7 tahun, saya kena demam panas. Ibu sendiri yang bawa saya ke klinik. Saya nampak tiap-tiap malam, ayah akan pukul ibu sampai ibu menangis! Ayah saya seorang yang kejam sampai satu ketika ibu sakit dan ayah langsung tak ambil peduli! Kalau bukan sebab jiran yang beritahu ibu meninggal, sampai bila-bila pun ayah tak tahu! Pak cik boleh bayangkan tak apa yang saya rasa masa tu? Layak ke orang macam pak cik ni, bergelar ayah?!"

        Bila aku teringat nasib ibu, hati aku mula membara. Ayah dera ibu sampai ibu sakit dan akhirnya meninggal depan mata aku.

        "Ryn! Dosa tinggikan suara depan ayah!" Ferris menegur aku keras. Aku pamdang dia dengan jelingan.

        "Kau tak payah nak masuk campur dalam urusan aku!" Tak pasal-pasal aku tengking dia.

        "Ayah sedar dari kesilapan. Bertahun-tahun ayah jejak Ina dan hari tu, tuhan temukan ayah dengan Ryn di tengah-tengah kota yang sesak. Tapi masa tu ayah malu. Ayah seorang pengemis jalanan. Tapi ayah cuba jadi yang lebih untuk Ina. Ayah diterima untuk bekerja di syartikat Reez. Setiap bulan ayah kumpulkan gaji yang ayah terima untuk belikan hadiah untuk Ina."

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now