Bab 25- Cemburu?

24.7K 985 20
                                    

*In process of editing.

Ini adalah kesinambungan dari Bab 23. Tiada bab yang hilang. 

Nombor bab akan dibetulkan selepas siapa mengedit.

Date Check: 20/6/2020*

------------

"Amboi, senyum ke telinga nampak? Best ke honeymoon?" Usik Fidelya sebaik sahaja aku masuk ke bilik pejabatnya.

"Mana ada honeymoon!" Aku nafikannya.

"Kalau dah berdua dengan suami, bukan honeymoon lagi ke? Korang ada buat apa-apa ke di hotel?" Usiknya lagi.

"Mana ada kitorang buat apa-apa." Muka terasa panas disebabkan malu. Balik Malaysia je kena usik.

"Nanti kalau berisi, jangan lupa inform aku tau!"

"Del!"

Aku bangun. Lagi lama aku duduk sini, lagi banyaklah usikan Fidelya. "Tak jadi nak bagi kau ole-ole dari Korea."

"Ole-ole? Weh, aku nak!"

"Nak? Kau datang rumah aku nanti aku bagi."

"Ryn...."

Panggilannya aku abaikan. Hehe. Sekali-sekala kenakan dia apa salahnya?

Pada petang itu, tak sangka Del ikut balik rumah. Kalau dia tak datang pun, aku tetap bagi. Aduh, sikap lurus bendul Del masih tak hilang dari kecil sehinggalah sekarang.

"Pahal kau datang sini?" Soal Ferris.

"Eh? Nak datang rumah sepupu sendiri pun tak boleh ke?"

"Sibuk je." Sebuah bantal kecil dilemparkan kepada Ferris. Khas dari Fidelya.

"Aku dengar orang tu honeymoon. Best ke?" Mula dah! Aku terus lari masuk dapur. Dalam 3 meter dari ruang tamu.

"Nak tahu best ke tak, kahwinlah!" Boleh pula Ferris jawab macam tu. Secara tak langsung dia mengiakan soalan Fidelya.

"Oh, so betullah." Fidelya pandang aku. Pandangan segera dilarikan dan meneruskan bancuhan air teh.

"Macam mana aku nak kahwin? Calon pun tak ada." Sambung Fidelya.

"Tak ada konon! CEO Que Corporation tu bukan ke? Apa nama dia? Iskandar?" Aku meletakkan dulang di atas meja kopi.

"Tak maulah CEO! Nak Encik Doktor. Untunglah orang tu. Isteri dia ex-doctor! Kalau sakit, boleh terus rawat!" Bulat mata aku. Fidelya menghantar isyarat mata tetapi Ferris tidak dapat mentafsir pandangan tersebut.

"What?"

"Aku cakap, kau beruntung dapat isteri yang dulunya seorang doktor."

"Siapa? Ryn?" Soalnya dengan muka blur.

"Habis tu tak akanlah Jasmine pula! Kau tak tahu ke?"

"Haha... Tak penting pun. Tu dulu." Masa zaman universiti dulu, aku belajar medic. Then habis study, kerja dekat satu hospital swasta ni dalam setahun. Lepas tu aku berhenti sebab memenatkan. Kerja office lagi senang.

"Teruk betul suami kau ni, Ryn! Ingatkan dah kenal semuanya tentang kau. Rupanya..."

Giliran Ferris pula membaling bantal ke arah Fidelya. "Dah dia tak cerita pun dekat aku. Manalah aku tahu!"

"Eleh, awak yang tak tanya." Kataku sambil mata tertancap pada kaca televisyen.

Fidelya dan Ferris bercakap tentang hal kerja. Aku malas nak masuk campur. Otak aku tidak disetkan untuk bekerja 24 jam. Jadi, luar waktu office, aku memang tak akan buka mulut pasal kerja. Melainkan urgent.

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now