Bab 4 - Sakit

32.5K 1.5K 29
                                    

"Ini ke master bedroom?" Jasmine menyoalku.

"Bukan. Master bedroom sebelah kanan. Bilik abang Ferris."

"Bilik you mana? Yang tu ke?" Dia menunjukkan bilik kerja Ferris. Inilah bilik aku.

"Oh tak. Itu bilik kerja Ferris. Saya duduk dalam bilik abang Ferris."

"What? It's not fair! I duduk bilik Ferris. You duduk bilik ni!" Jasmine meluru ke arah bilik Ferris. Aku segera menahan laluannya.

"Tak boleh! Abang suruh Jas duduk bilik tu." Tangan aku didepa seluas mungkin di depan pintu bilik Ferris. Banyak songehlah minah ni. Dah ada tempat tidur tu bersyukurlah.

"Kau siapa nak halang aku? Tepi! Aku nak buka pintu!" Amboi! Dah beraku kau dah. Dia tolak badan aku tapi aku masih kukuh di situ.

"No...you can't." Aku bertegas.

Pang!!!

"Jasmine!"

Aku terkaku. Pertama kali kena tampar. Sakit gila! Tapi lagi sakit hati aku sekarang. Dah lama aku tahan kesakitan ni. Dada aku turun naik. Begang gila aku rasa skerang. Berani dia?

Ferris mendekati aku. Dia menyelak anak rambut aku ke belakang untuk melihat wajahku. Aku kekal dengan posisiku. Jasmine? Aku tak tahu. Mungkin dia dah pucat sebab Ferris nampak apa yang dia buat.

"Ryn, okay tak?" Soal Ferris. Dia memengang pipiku. Aku hanya mengangguk.

Kemudian, aku membuka pintu bilik Ferris dan terus masuk. Biarlah dia settlekan masalah tu. Aku bersandar pada pintu dan duduk di lantai. Kaki dihentak-hentak. Ergh! Kalau aku sama bodoh macam dia, aku dah tampar balik dah.

Beberapa minit kemudian, dia masuk ke bilik. Aku beralih ke tingkap dan melihat ke luar tingkap. Entah kenapa saat ni aku teringat dekat arwah ibu. Memori masa aku kecil tu datang menyengah tanpa mengirim salam. Pedih...

"Ryn. Sakit ke?"

Senyum Eryna. Kau tak boleh tunjuk kau lemah. Hujung bibir aku terasa menggigil. "Sikit je. Dah pernah kena lagi teruk masa kecil dulu. Abang tahu tak, masa tu Ryn sampai masuk hospital dua bulan!"

"Aku dah tegurJasmine tadi. Dia tak kan buat kau macam tu lagi. I hope so..."

"Abang, Ryn tak kisahlah. Abang pun selalu buli Ryn. Tunjal kepalalah. Kena cubitlah. Apalah sangat setakat kena tampar... apalah sangat". Aku gelak yang aku tahu kedengaran sangat janggal.

Aku melihat Ferris melepaskan nafas berat. "Kenapa?"

"Nothing."

Aku senyum. Dia tak rasa apa aku rasa. Dia tak lalui apa yang aku lalui. Dia tak ada apa yang aku ada. Dia beruntung. Aku? Keadaan yang menyebabkan aku jadi macam ni. Peristiwa hitam yang cuba aku lupa dari dulu.

"Ibu..."

"Ibu? Cakap pasal ibu. Mana ibu dengan ayah kau?"

Aku terdiam. Ayah? Aku tak pernah anggap yang aku ada ayah. Ferris masih menanti jawapan dariku. Akhirnya aku mengangkat bahu. Malas nak cerita.

"Come on. Tell me."

Aku tidak hiraukan rayuan Ferris sebab akhirnya aku yang sakit. Sakit aku dengan apa yang terjadi sekarang ni pun belum hilang. Nak cerita yang menyakitkan hati lagi. Memang taklah!

"Ryn laparlah. Ryn nak pergi makan." Aku segera keluar dari bilik Ferris untuk ke dapur. Nak makan. Haha... kenyang sikit perut aku.

^-^-^-^-^

Ini mimpi atau kenyataan? Tak tenteram aku nak masak. Malam tadi aku tidur sekatil dengan Ferris. Tapi macam mana aku boleh ada atas katil? Setahu aku malam itu, selepas aku kemas dapur aku masuk bilik Ferris dan bentang Toto. Aku tidur dekat bawah. Ferris pula dah tidur.

Bangun saja aku ada dekat atas katil. Siap peluk Ferris lagi! Patutlah semalam aku tidur lena semacam. Aku pula boleh tak sedar. Kalau Ferris buat apa-apa semalam macam mana? Aduii...malu aku bila difikirkan balik.

Aku menggoreng nasi dengan ganas cuba buang rasa malu tu sejauh mungkin.

Selesai masak pada pagi itu, aku naik ke atas untuk memanggil Ferris dan juga maduku. Sakit pula hatiku ni bila teringatkan kejadian semalam. Aku membuka pintu bilik Ferris.

Satu perkataan. Sakit. Ya, sakit sangat. Betul ke apa yang aku nampak ni? Ferris dan Jasmine atas katil. Jasmine dengan separuh bogelnya dan Ferris dalam pakaian kerjanya.

Aku tak sepatutnya ganggu.

"Ryn!" Aku memandang Ferris. Aku hanya senyum dan terus tutup pintu. Aku capai kunci kereta yang tergantung.

"Ryn, tunggu! Ryn!" Ferris memengang lenganku.

"Itu bukan apa yang kau fikir."

Bukan apa yang aku fikir? Aku fikir kau sakitkan hatiku untuk kesekian kalinya dan aku tak tahan! Kau memang jahat! Aku benci kau!

Senyum, Eryna. Senyum. "Bukan apa yang Ryn fikir? Macam mana abang tahu apa yang Ryn fikir? Abang ada super power ya? Wow! Hebatnya! Abang boleh jadi superhero tau."

"Ryn, I'm serious!"

"Ryn tak main-main pun. Ryn pun serious juga." Aku lenyapkan senyuman di muka.

"Look, Ryn. Aku..."

"Ryn tak kisah abang. Apa abang nak buat, buatlah. Itu hak abang. Ryn tak ada hak nak halang." Aku menarik lenganku.


-----

*Maaf jika bab ini pendek. Thanks for the reader and voter ^-^

Follow me on socmed:

Instagram: snaamy

Twitter: snaaamy

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now