Keterangan

20.7K 754 17
                                    

Jadi, ini hanyalah sedikit penerangan tentang cerita Saya Ke?! Maaf atas sebarang kekeliruan. Jika tak faham lagi, silalah bertanya.

-----------------------

Eryna dan Ferris dah kahwin. Masa awal-awal perkahwinan, diorang gaduh. But, sekejap jelah. Sebab Eryna ni baik, dia layan Ferris dengan betul-betul. I mean layanan yang suami sepatutnya dapat dari isteri. Sampailah berita khalwat Ferris dan Jasmine diketahui Eryna. Dia marah tapi dia pendam sebab tu Eryna bawa diri ke Kelantan. Di Kelantan, dia diselamat 'Ferris' dari cubaan merogol Haris (lelaki yapg Eryna pernah jumpa masa dia kecil). Tapi yang dianggap 'Ferris' tu sebenarnya Farhan (kembar Ferris). Kiranya Farhanlah yg selamatkan Eryna dari Haris.

Balik dari kelantan, Eryna ubah panggilan 'abang' kepada Ferris. Percakapan antara dia dan Ferris sudah menjadi ber'awak' saya dan Ferris selesa ber'aku' kau dengan Eryna. Tujuan Eryna bagi merenggangkan hubungan dia dan Ferris. Tapi makin diorang ingin berjauhan, makin timbul pula rasa sayang antara mereka berdua.

Farhan dan Ferris pula bergaduh dan Ferris haramkan Farhan jejak kaki di rumahnya. Niat Ferris nak rahsiakan kewujudan Farhan daripada Eryna tidak menjadi kerana Eryna terlebih dahulu mengetahuinya selepas terserempak Farhan di kedai buku.

Fayyad merupakan anak kepada Jasmine tapi bukan anak kandung Ferris sebaliknya Haris merupakan bapa kandung Fayyad. Jasmine juga merupakan ex girlfriend Ferris semasa Ferris menetap di Scotland dulu. Then, Jasmine curang dengan lelaki lain iaitu Haris. Bila Ferris dapat tahu, dia tetrus putus dengan Jasmine. Suatu hari, Jasmine datang bertemu Ferris memberitahu berita bahawa dia sedang mengandung anak Haris. Atas sebab-sebab tertentu (akan diceritakan pada bab-bab yang akan datang) Ferris bersetuju untuk bernikah dengan Jasmine walaupun dia tak mahu. Jasmine dan Haris pula punya agenda tersendiri.

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now