Bab 17- Angah

26.3K 1.1K 22
                                    

Back to Eryna's POV

Seminggu sudah berlalu dan dalam hari itu aku jalani hidup seperti biasa. Aku keluar ke Kinokuya untuk mencari sumber bacaan. Novel-novel yang aku beli bulan lepas semua dah khatam. Aku ni memang peminat novel terutama yang bertemakan horror, mystery dan thriller. Novel-novel Fixi pun dah makan space setengah almari. Koleksi cerita Twilight, Harry Potter dan Sherlock Holmes pun aku dah kumpul semuanya. Novel cinta? Ada tu memang ada. Cuma lapan ke kesepuluh buah saja. Serious tak minat.

Sedang aku mencari buku yang menepati citarasa, aku ternampak susuk tubuh yang agak ku kenal di satu sudut buku-buku ilmiah. Ferris? Bukan dia kata ada kerja ke? Baru sahaja aku ingin mendekati dia, seorang wanita menghampiri Ferris. Mum? Apa yang mereka berdua cari?

Aku pergi ke rak yang membelakangi mereka. Nak skodeng hehehe...

"Angah, yang ini sesuai tak?"

Angah? Lagi? Siapa angah? Soalan itu hanya timbul di kepala.

"Buku ni disahkan tak? Cuba check. Takut ada ajaran sesat kan.." Suara dia sebiji macam Ferris. Jadi maknanya dia bukan Ferris? Habis tu dia adik Ferris ke? Wait, Ferris ada adik lelaki?

"Dah disahkan. Mum tengok isi kandungan pun bagus. Ada bukti-bukti kukuh yang menyokong."

"Let me see first. Mum cuba tengokkan buku yang lain."

"Alright." Aku jeling. Mum ke pergi ke lorong belakang. Aku mengikutinya.

"Mum?" Panggilku.

Bila mum tengok aku, dia nampak terkejut. "Ryn!"

"Mum, angah rasa buku ni..." Lelaki yang bergelar 'angah' itu memandang aku. Buku yang dipegang jatuh ke lantai. Biar betul ni bukan Ferris? Muka macam copy paste je.

"Ferris? Wait, angah or Ferris? Atau Ferris tu angah?" Aku tanya bertalu-talu. Peningnya.

"Reez! Buku tu sesuai ya? Kalau macam tu pergilah bayar. Bayar buku Ryn ni sekali." Lima buah buku yang aku bawa di tangan diambil oleh mum dan diberikan kepada 'Ferris'.

"Mum tunggu kat bawah ya? Pergi dulu." Tangan aku ditarik keluar dari kedai buku tersebut.

Aku bingung. "Mum, bukan abang Reez anak sulung ke? Kenapa panggil angah?" Soalku. Aku perlukan jawapan sebab aku tak rasa tertanya-tanya ni.

"Angah? Ryn silap dengar je tu. Mum panggil along lah tadi." Mum larikan pandangan. Jawapan yang diberikan itu satu alasan. Memang dah sah-sah aku dengar ada panggilan angah tadi. Firasat aku kuat mengatakan yang mum cuba sembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku. Siapa laki tadi?

'Ferris' datang mendekati dekat menjinjing beg plastik di tangan. Aku renung tepat ke mata dia tetapi dia segera larikan pandangan. Sah! Ini bukan Ferris. "Are you guys twins?" Soalku.

Buk! Buku yang dijingjing terjatuh sekali lagi. "Sorry." Katanya dan segera mengambil buku tersebut.

"Mum?" Aku inginkan jawapan. Tolonglah...

Mum dan 'Ferris' nampak serba salah. Kenapa aku tak pernah tahu dan kenapa perlu berahsia sangat? "Answer me."

"Yes, we are." Pengakuan dari lelaki itu benar-benar membuatkan aku terkejut.

"That's the only thing you should know. Nothing more. Let's go, mum. Assalamualaikum, Ryn." Dia memberikan aku beg buku aku sebelum berlalu pergi. Aku kaku. Banyak lagi benda yang aku tak tahu pasal Ferris rupanya. Kenapa perlu berahsia? No...no...no. Aku tak boleh berdiri macam orang bodoh kat sini.

Kaki aku segera mengejar ke arah mum dan kembar Ferris yang aku tak pernah tahu kewujudannya. Mereka berdua memasuki ke dalam kereta apa tah. Malas aku nak analisis! Buang masa. Pintu berlakang dibuka dan aku terus masuk.

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now