Bab 9 - Kecemasan

31.7K 1.3K 16
                                    

Dia tak balik lagi. Aku kena pergi dari sini. Dia sepatutnya pulang ke KL. Majlis persandingan dia dah nak dekat. Apa lagi dia buat kat sini? Hari tu bukan main kata tak boleh tinggal kerja lama. Ya, aku faham. Dia orang penting dalam syarikat. Mana boleh selamba badak tak datang ekrja. Satu lagi, dia ni takyah buat preparation apa-apa ke untuk kenduri tu? Nanti marah pula mak kesayangan Jasmine tu. 

Mak Jasmine marah takpe lagi, kalau dad marah... Sorrylah. Aku pun tak boleh tolong.

 Oh ya, hari ini kan hari Jumaat. Jadi, masa dia pergi solat jumaat nanti, aku larilah. Tapi lari ke mana? Itu decide nanti. Kemas beg, keluar dari sini.

Aku hubungi Mona, orang yang aku upah untuk jaga rumah ni semasa aku tiada. "Assalamualaikum, Mona. Ni nak beritahu tengah hari ni akak nak balik. Jadi petang dalam pukul 2 atau 3 pergilah rumah. Kemas apa yang patut." 

"Waalaikumussalam, kak. Kenapa awal sangat nak balik? Duduklah dua tiga hari lagi." Sahutnya di hujung talian.

"Dah seminggu akak duk sini. Ada hal juga ni". Hal sangat. Padahal sibuk nak lari. 

"Yelah, yelah. Nanti dalam pukul 2 Mona pergi rumah akak. Bawa kereta elok-elok. Assalamualaikum."

"Okay, waalaikumussalam."

Sekarang tinggal nak jumpa Cik Yam saja. Nanti kalau pergi tak beritahu, risau pula dia nanti. Dia pun dah banyak tolong aku. 

Aku melihat cermin membetulkan tudung di kepala. Dah tiba masanya untuk aku mula menutup aurat. Insiden malam tu dah cukup bagi aku pengajaran. Itu satu peringatan dari Allah. Aku sebagai hamba kena laksankan tuntutan agama.

----

Aku memandu kereta. Selepas sahaja azan berkumandang tadi, aku terus solat zohor disertakan asar dan terus ambil barang pergi dari situ. Dah macam perisik yang bawa benda penting saja sampai kena lari-lari. Boleh dah nak buat movie nanti. '101 How to Run Away From Toxic Husband'

Aku tersengih sorang-sorang. Haha... lawaklah.Sepatutnya kena ada soluis untuk perbetulkan masalah ni. Jangan ikut perangai aku. Memang tak sepatutnya dicontohi.  Baiklah sekarang nak pergi mana? Balik KL? Terlalu awal. Sekurang-kurangkan sampai majlis tu selesai baru aku balik. Tak mahulah aku pergi. Buat sakit hati je.

Kalau ke Pulau Tioman pun okay juga kan? Masih sempat untuk ke sana. Sounds interesting! Boleh bercuti. Snorkeling and scuba. Yang penting aku enjoy!

Sampai sahaja di Pulau Tioman, aku terus menempah sebuah bilik hotel yang berdekatan dengan pantai. Mujur ada bilik yang kosong. Kalau tidak aku terpaksa cari hotel yang lain ataupun tidur sahaja dalam kereta.

Aku merebahkan badan di atas katil. Hilangkan penat dan sakit kepala dululah. Jauh juga perjalanan. Dalam 8 jam. Itupun sebab aku bawa kereta perlahan. Maklumlah, tak ada tenaga. Makin melaratlah gastrik kau, Eryna!

Kalau daddy tahu aku memandu dalam keadaan macam ini, mahu kena ceramah 3 hari 3 malam! Rindu pula aku dekat daddy. Dia dah banyak berkorban untuk aku. Dari aku umur 9 tahun, hinggalah sekarang.

Berdosakah aku,  meninggalkannya tanpa khabar berita? Aku berasa serba salah. Betulkah apa yang aku buat? Macam mana kalau ajalnya esok dan aku tak sempat nak minta maaf? Ya Allah,  berilah aku bertemu dengannya sebelum ajalnya tiba. Banyak kesalahan aku buat terhadapnya. Macam mana pula lepas ni ajal aku yang tiba? Manalah tahu kan. Hisy, Ryn! Jangan cakap macam tu!

Usai aku solat, aku terus tertidur dengan perut yang kosong.

-------

Pagi itu,  aku bersiar-siar di gigi air. Angin bertiup lembut amat menyamankan. Pasir memutih bak kristal. Lautnya biru dan jernih. Sudah lama aku tidak ke pantai. Dulu,  arwah ibu yang selalu membawaku ke pantai. Tapi, sekarang tiada siapa. 

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now