Bab 13 - Belajar

29.2K 1.2K 18
                                    


Seminggu sudah berlalu. Dad sudah dibenarkan keluar dari hospital namun tidak dibenarkan untuk bekerja dan harus banyak berehat.

Ferris sudah mula berubah. Bukan 100% tapi 15% ke arah menjadi mithali. Ewww... mithali? Macam jauh lagi je. Dia hanya pisahkan rumah antara aku dengan jasmine. Setiap dua minggu dia akan bergilir-gilir. Kalau dia balik ke penthouse pun bukannya ada apa-apa berlaku antara kami. Kami dah macam sekadar housemates. Lagi teruk kut. I dunno anymore...

Khabar yang mengatakan Jasmine mengandung itu, memang benar. Kalau dulu mungkin aku meraung, tapi tidak sekarang. Aku dah serik dengan perangai dia. Aku akan buang jauh-jauh perasaan cinta aku terhadap dia dan tiba masanya untuk aku move on? I mean sampai bila aku nak jadi third wheeler antara diorang?

Beberapa bulan lagi, Ferris akan timang anak. Mesti mereka akan lebih bahagia. Tiba saatnya nanti, aku nak minta cerai darinya. Aku tak kuat untuk tempuh ini.

Waktu rehat tengah hari sudah tiba. Aku keluar dari pejabat seorang diri. Fidelya ada lunch dengan klien. Jadi, seorang diri lah aku. Ceh! Bukannya tak ada orang ajak nak lunch bersama, kau yang tak nak.

Aku nak berseorangan. Aku memandu jauh sedikit dari pejabat. Aku singgah di sebuah restoran. Selepas pelayan mengambil pesananku, aku terperasan akan seseorang.

"Macam kenal?" Aku jalan mendekati tetapi sedikit tersorok di sebalik tiang.

"I knew it! Jasmine! Dengan siapa dia jumpa tu? Siap peluk-peluk bagai lagi! Kejap! Itu bukan ke Haris?" Aku mengeluarkan telefon aku lalu menangkap gambar. Siap zoom lagi. Bagi nampak sikit muka Jasmine yang Ferris sayang sangat tu! Telefon baru, gambar mesti cantik. Yass...

"Siap kau Jasmine!" Aku kembali ke restoran dan melihat foto di telefon. Aku terdiam. Apa kaitan Jasmine dengan Haris? Merekakah dalang semua ni? Kalau aku beritahu Ferris, secara tak langsung aku dah buka aib dia. Bukankah berdosa?

Pesanan aku tiba. Aku segera menghabiskan makanan dan beredar dari situ selepas membayar bil.

^-^-^-^

Aku duduk di sofa menghadap laptop untuk menyiapkan kerja. Bunyi pintu rumah dibuka, aku abaikan. Sejak kebelakangan ini, aku dan dia dah kurang bercakap. Well, tak ada yang penting antara kami.

Lama-lama mata aku aku boleh rabun sebab asyik tenung laptop ni. Tapi nak buat macam mana? Dah kerja. Aku berhenti seketika dan bersandar di sofa. Aku pejam mata dan mengurut kepala aku sendiri. Pening! Kerja banyak sangat. Tulah kau, Eryna. Cuti lama sangat.

Terasa tangan lain yang mengurut kepala aku, aku terus berganjak ke tepi secara pantas. Satu, terkejut. Dua, tak ingin!

"Awak nak sentuh-sentuh saya ni kenapa?!" Aku melenting. Bila mood aku tengah tak baik, keluarlah dark side aku.

"Aku nak urut kepala kau pun salah ke?" Marah Ferris balik. Ya, memang salah! Aku dah jijik dengan sentuhan kau! Jijik!

"Salah! Saya tak suruh pun!"

"Apa-apa jadi kat kau aku yang dipersalahkan!"

"Then, ceraikan saya! Tak adalah susah payah awak nak jaga saya! Saya tak minta pun!" Aku bangun mengambil laptop dan terus berlari masuk bilik. Arghh! Aku benci kau Ferris! Aku hempas pintu kuat-kuat. Lantaklah nak tercabut ke apa. Aku peduli apa?!

Aku menangis. Ya Allah, maafkan aku. Aku dah tinggikan suara dekat suami. Maafkan aku, Ferris. Tapi kalau aku berlembut, kau pijak kepala aku. Aku terpaksa buat macam tu baru kau faham perasaan aku.

Telefonku berdering tanda ada mesej masuk. Aku mengambil telefon dan membaca mesej tersebut. Dari nombor yang tak dikenali.

'Hey, Eryna. It's Kyle. Remember me? Boleh kita jumpa?'

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now