"Nah." Farhan menghulurkan sekeping sandwich tuna kepadaku. Aku menyambut hulurannya. Ini bukan soal mengada-ngada, ini soal aku yang tak ada mood di pagi hari.
Lepas kejadian hari tu, tak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Ferris bila dengan aku. Dengan Jasmine bukan main lagi. Siap tolong tarikkan kerusi lagi untuk duduk. Padahal, yang sakitnya aku. Dua makhluk dihadapan aku dipandang geram.
Hampir sahaja pinggan dibaling kepada mereka. Nasib Farhan di sebelah menahan. Nak berdrama pun agak-agaklah. Sekarang ni, aku berharap sangat mum dan dad balik ke Malaysia secepat mungkin. Biar Ferris kena marah. Baru puas hati aku. Tapi apakah daya, dad sudah pun terbang ke UK semalam.
Sekali ngap, hampir setengah sandwic digigit. Belum dikunyah lumat lagi, aku dah telan.
"Uhuk!!" Tersedak. Something tersekat di kerongkong!
Farhan cepat-cepat menghulurkan air kosong kepadaku. Aku meneguknya rakus. Isya pula menepuk-nepuk belakang aku.
"Cuba makan tu jangan gelojoh. Tak lari ke mana pun makanan ni." Bebel Farhan sambil menuangkan air kepadaku lagi. Aku pandang Ferris, tapi dia buat tak kisah je.
Apa yang berlaku selama 3 minggu Ferris di rumah Jasmine? Sehari sebelum kejadian aku kena culik tu pun dia macam tak nak cakap dengan aku. Berjela-jela aku berucap, dia balas dengan satu ayat ringkas je. Paling-paling pun dua ayat.
Kita tengok selama mana kau boleh bertahan tak cakap dengan aku.
"Farhan, saya panggil awak angah boleh? Awak kan abang saya." Aku tekankan sikit perkataan abang tu.
"Suka hati kaulah."
Aku senyum. "Angah, Haris macam mana?"
"Dekat hospital. Luka dia belum sembuh lagi." Aku mengangguk.
"Luka saya pun tak sembuh lagi." Aku mengadu. Sengaja. Nak tengok macam mana reaksi Ferris. Isya disebelah seakan-akan tahu idea aku, menahan gelak.
"Ubat ada lagi kan? Makan protein banyak-banyak. Ia dapat bantu menyembuhkan luka."
"Boleh awak ambil ubat saya kat dalam laci tu?" Mengada kau Eryna! Tapi kaki aku memang sakit pun. Sebab tulah aku tidur bilik bawah. Tak payah turun naik tangga.
Farhan bangun dan mengambil ubat aku tanpa banyak soal. "Thanks."
Aku menelan ubat sambil berdoa, Ya Allah, sembuhkan lah kaki aku dengan segera agar aku boleh beribadat kepadaMu seperti biasa. Amin.
Jasmine tercebik. Lantaklah dia nak cakap aku gedik ke apa. Ada aku kisah? Namun Ferris masih mengendahkan aku. Dia ni dah kenapa? Nak tunjuk perangai lama dia balik?
Aku bangun dari kerusi dan menuju ke peti sejuk. Cadbury dikeluarkan. Hati tengah membara ni, elok sangatlah kalau disejukkan dengan coklat manis."Cadbury juga yang dicari." Komen Farhan.
"Habis tu nak cari apa? Orang tu bukannya kisah kat kita pun. Cadbury ni lah peneman setia saya. Nanti kalau angah keluar, jangan lupa belikan cadbury untuk saya. No hazelnut. Saya tak suka kacang." Ujarku lalu keluar dari dapur dengan terhenjut-henjut.
"Kak long, macam mana boleh kena tembak?" Soal Isya.
"Entah. Mungkin terlepas tembakan masa peluru angah kena dia kut. Sedar-sedar kaki kak long dah berdarah." Fayyad berlari dan duduk di atas ribaku. Pipinya dicium.
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...