--------
Aku mengelap pipi Arman yang comot kerana memakan aiskrim. Athar lagi comot. Habis baju dia. Manakala Awatif selesa menikmati aiskrim bersama Hana. Sampai sahaja di KLIA, singgah McD beli aiskrim sebabnya Awatif mengamuk nak makan aiskrim.
Akhirnya, aku pulang juga ke Malaysia. Tak sabar nak jumpa Fidelya dan daddy. Mesti dorang tak sabar-sabar tunggu aku sampai rumah. Walaupun sebenarnya daddy kata nak datang jemput aku kat airport, tapi aku larang dan suruh Aish yang datang jemput. Aku suruh daddy tunggu je dekat rumah. Nak suprise kan daddy dan Del.
"Can we go now?" Aish bersoal. Aku mengangguk. Dia menolak troli sambil sebelah tangannya lagi mendukung Arman. Kuat juga Aish ni. Haha...
"Aish, biarlah saya yang dukung Am. Tak pun biar saya tolak troli. Sian awak." Mona berunding dengan Aish. Terharu aku. Sanggup Mona datang dari Kelantan semata-mata ingin menyambut kepulangan aku.
"It's okay. I can do it. You should help Eryna carry her bag." Aish menolak lembut. Aku tak pasti sama ada Mona faham atau tidak English Aish. Slant English dia pekat. Sometimes, aku pun ambil dua tiga saat nak faham.
"Hah?" Muka blur ditayang oleh Mona. Sudah ku agak.
"Maaflah. Saya ni orang kampung. Mana faham bahasa orang putih ni (loghat Kelantan)." Jelas Mona. Sekarang Kyle pula yang blur. Aku ketawa kecil.
"Mona, biarlah si Aish tu. Kalau nak tolong, nah. Bawa beg ni." Beg yang dipenuhi dengan barang-barang bayi diberikan kepadanya.
"Ryn, what kind of language does she said just now? I don't understand." Kyle bersoal.
"It's called loghat Kelantan. Just like a dialect." Terangku.
"Oh. I get it. Mona, I'll teach you English. Okay?"
"Hah? Teach English? Eh, dok payohlah. Wat gapo? Tua-tua lagu ni baru nok belajar." Mona menolak. Aku hanya hamburkan ketawa. Mona bukannya tua sangat pun. Rasanya sebaya dengan Aish. Haha... Suka pula aku tengok diorang berdua ni.
Sebaik sahaja keluar dari pintu utama, ada kekecohan berlaku. Ramai yang berlari ke sebelah kanan menuju ke jalan kereta.
"What's going on?"
"Saya pergi tengok kejap. Mona, dukung Ata jap." Sebaik sahaja Athar berada di dukungan Mona, aku terus berlari anak ke tempat orang berkumpul itu.
"Someone! Call police and ambulance! Quickly!" Jerit seseorang.
Ada kemalangan! Satu kereta dari arah bertentangan bertembung dengan semua kereta. Aku rasa bagaikan ada bom yang meletup dalam hati apabila memandang mangsa kemalangan tersebut. Tanpa sedar mata aku berair dan terus mendapat mangsa-mangsa tersebut.
"Daddy! Del!" Dua tubuh yang sudah tidak bermaya terbaring lemah. Darah membasahi badan mereka. Badan daddy aku bawa ke riba. But how? Kenapa diorang ada kat sini?
"Daddy! Daddy, bangun! Tolong! Stay with me!" Tangan daddy aku genggam dengan kemas.
"Maafkan daddy... Ryn." Kata daddy dengan lemah.
"Kenapa daddy nak minta maaf? Daddy tak salah apa apa pun. Ryn yang salah. Ryn minta maaf, daddy." Air mata terus-terusan jatuh. Daddy menyentuh pipiku.
"Daddy mengucap." Aku mengucap dengan diikuti oleh daddy. Habis saja, daddy terus melepaskan nafas terakhir. Daddy aku bawa ke dakapan. Ya Allah...
"Please, daddy! Del, bangun!" Hati-hati aku letak kepala daddy ke bawah. Aku pergi arah Fidelya. Mukanya penuh dengan darah. Aku ambil keputusan untuk membuat CPR. Tapi tidak berhasil pada Fidelya.
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...