Bab 47 - Epilog

33.8K 1.1K 78
                                    

Lepas ambil duit di bank, aku singgah di farmasi untuk membeli sedikit barang. Aku toleh ke pintu kaca farmasi sementara menunggu cashier meng'scan' barang.

Permandangan agak menarik jugalah. Cukup buatkan aku tersenyum sinis. As expected from a playboy. Selesai membayar, aku keluar dan sengaja lalu berdekatan mereka.

"Ops! Sorry, terlanggar." Aku pandang Ferris kemudian ke arah wanita yang sedang memeluk Ferris dari belakang itu. Langsung tak ada tanda-tanda nak lepas.

Isyarat mata Ferris yang bagai inginkan pertolongan tu aku tak layan, Baik aku pergi sebelum apa-apa terjadi. Aku tak nak cari masalah. "Okay, you guys can continue."

"Aku dah cakap jangan jumpa aku lagi! Blah lah! Aku paling benci perempuan hodoh!" Kepala aku berkerut sekejap pabila mendengar ayat tu.

"Eryna!" Panggilnya. Aku buat bodoh jelah.

"Aku panggil kau kan? Kenapa tak tolong aku tadi?!" Lengan aku dipegang kemas. Entah kenapa darah aku rasa nak menyirap.

"Jawablah!" Tengkingnya.

"Bukan urusan aku." Aku tarik tangan aku. Bonet dibuka dan aku letak barang ke dalamnya,

"Kau pahal?"

"Aku pahal? Kau yang pahal?! Datang terus nak mengamuk. Sawan ke apa." Bonet sahaja dihempas kuat.

"Aku geram sebab kau tak tolong aku!"

"Apa sajalah permainan rosak macam aku ni boleh buat?" Sinis. Biar dia rasa.

Aku masuk dalam kereta. "Ayah, jom."

"Ryn, at least tunjuklah riak cemburu ke apa. Barulah abang tahu apa yang Ryn rasa." Pintu dibuka dan Ferris pun masuk. Dia ni tak reti bahasa ke?

"Kalau nak tahu, saya rasa serabut tahap dewa. Saya rasa macam ada lalat tepi telinga." Tapak tangan diletakkan ke muka.

"Please. Abang tak bolehlah..."

"Apa yang tak boleh?! Selama ni kau boleh je hidup!" Tak semena suara aku naik. Dia terkejut.

"Boleh tak kau blah? Aku dah tak perlukan kau. Segala memori lepas semua aku nak lupakan dan mula hidup baru. Tapi kehadiran kau kat sini melambatkan proses tu! Keluarlah." Aku berpaling ke tingkap. Aku tak berniat nak marah pun.

"Ina..." Suara ayah menegur. Maaflah, ayah.

Pintu kereta dibuka dan ditutup saja kedengaran. Satu keluhan dilepaskan. Keluar juga akhirnya.

"Ayahlah ni. Tengok Ina dah marah Fareez." Barulah rasa bersalah singgah di hati. Bodohnya aku,

"Jawapannya esok pagi." Kereta mula dipandu.

"Yelah, Ina tengah stres tahu tak. Ayah nak jawapan positif sedangkan hati Ina nak negatif."

"Sebenarnya kan, Ina marah Fareez tadi sebab cemburu kan?" Teka ayah.

Am I?

---------

"Saya nak cakap sesuatu." Berhadapan dengan lelaki ni buat kaki aku berasa lemah untuk berdiri. Kerongkong aku terasa tersekat. Hati aku berdegup pada tahap maksimum. Seriuslah....

Sekaranglah masanya untuk bersihkan semua kekacauan dan kerisauan aku. Masa untuk menentukan arah hidup aku sejurus aku memberi jawapan. Berdayakah aku?

Ferris setia menanti aku yang sedang mangambil masa untuk luahkan segalanya. Sama ada dia betul-betul serius dengan lamaran dia atau dia sekadar nak mainkan aku, itu hak dia. Aku tawakal jelah.

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now