"Kenapa you balik lambat?" Tegur Ferris sebaik sahaja Jasmine masuk ke dalam rumah."Eh? You buat apa dekat sini? Bukan patut you ada dekat rumah perempuan tu ke?" Jasmine melenting.
Ferris memandangku di sebelah. Aku tidak membuka mulut. Biarlah mereka uruskan. Aku malas dan tak ingin nak masuk campur.
Kalau bukan sebab Ferris, dah lama aku landing atas katil. Ada ke patut malam-malam ajak aku teman dia balik sini sebab dia tertinggal fail penting. Katanya, esok dah kena submit dekat dad.
Kebetulan masa kami sampai, rumah gelap gelita. Alang-alang dah sampai, Ferris suruh tunggu sampai Jasmine balik.Aku fikir dalam 15 ke 30 minit lepas tu, Jasmine balik. Rupanya pukul 3 pagi baru dia balik. Aku pula asyik tersengguk-sengguk. Mengatuknya.
Masalahnya sekarang kenapa aku kena teman dia? Apa kepentingan kehadiran aku di sini?
Sekarang aku dah malas nak dengar mereka bertekak. Terus aku pejam mata sandar dekat sofa. Dapat lelap sekejap pun jadilah. Hmm..bestnya.
"You tu wife I! Cubalah jaga maruah I sikit! Apa yang you buat orang akan tengok I!"
Aku terkejut. Terus hilang rasa mengantuk. Terkebil-kebil aku pandang Ferris dan Jasmine. Kuatnya Ferris mengamuk. Apalah yang dia marahkan sangat tu.
Aku tutup telinga. Sikit lagi bom akan meletop sekali lagi. Aku tak nak masuk hospital sebab disahkan pekak.
"I ada kerjalah! Yang you nak marah-marah ni kenapa?"
"Kerja apa sampai pukul 3 pagi baru balik?!"
"Adalah." Jawabnya acuh tak acuh.
"Baby mana? Siapa jaga dia? Kalau apa-apa jadi, kita sebagai mak bapa ni tau dipersalahkan!" Marah Ferris lagi. Boleh tak kalau sekarang ni aku nak balik? Kenapa pula aku kena tengok suami isteri bertekak pagi-pagi buta macam ni?
Oh ya! Jasmine baru lepas bersalin 4 bulan lepas. Baby boy yang diberi nama Fayyad Haikal. Comel! Well, semua baby comel. Tapi nanti aku rasa bakal anak aku lagi comel! Hehehe...
"I suruh kawan I jagakan."
"Kawan you? You percayakan kawan you tu? Kalau dia biarkan baby berlapar, menangis seorang diri, you nak buat apa? You pergi ambil baby balik sekarang!"
"Hish! Malaslah! I penat. I nak tidur! Kenapa asyik I je yang kena jaga baby? Apa pula tugas you sebagai bapa dia?!"
"He's not my son!"
Terkejut. Ya, aku terkejut. Kali terakhir aku dengar Ferris kata macam tu, 9 bulan lepas dan masa tu aku langsung tak percayakan dia. But now? Aku rasa ragu-ragu. Betul ke tidak? Kalau betullah, kenapa pula si Jasmine suka hati nenek moyang dia je mengaku tu anak Ferris? Ferris pula, kalau dah tahu dari awal, kenapa tak pertahankan diri? Nak juga nikah dengan Jasmine!
"Wait, wait, wait. Not your son? What do you mean?" Celahku.
"I told you before! Fayyad is not my son! He's Haris Iqmal's son! So, from the beginning of all this nonsense, bukan aku yang patut bertanggungjawab!"
"Ferris, you tak sepatutnya beritahu dia!" Jasmine naik begang.
"You shut up!"
"Haris Iqmal? Orang yang cuba nak rogol saya masa kat Kelantan dulu ke?" Soalku. Tumpuanku beralih kepada Ferris semula.
"Haris nak rogol kau?" Soalnya balik. Eh, bukan dia ke yang selamatkan aku? Kenapa pula buat-buat tak tahu?
"Yelah, tapi nasib baik awak sempat datamg selamatkan saya. Thanks for that, anyway." Aku tersenyum. Masa-masa ni lah kau senyum.
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...