Bab 1 - Berdepan

38.1K 1.5K 19
                                    

Aku menanti penuh sabar kepulangan lelaki itu. Air mata yang cuba ditahan, menitis kembali. Sabarlah, duhai hati. Allah sedang menguji kau sekarang ini. Mata terpaku pada pintu rumah. Haih... Teringat balik ketika dad meminang aku untuk anak sulungnya itu buatkan aku persoalkan balik keputusan aku. Kenapa aku terima?

Jawapannya kerana aku terhutang budi kepada seluruh keluarga ni. Aku anak angkat je. Tapi bila mereka menyatakan hasrat untuk menjadikan aku sebahagian daripada mereka secara 'rasmi', aku terimalah pinangan dad. Gembira bukan kepalang. Aku dah tak boleh nak tarik balik.

Bunyi ejen kereta di halaman mematikan lamunanku. Dah pukul tiga pagi baru nak balik. Ruginya masa kau dekat dunia. Baik kau buat qiamulai ke apa ke.

Aku membuka pintu rumah. Kelihatan dia sedang menjinjing beg kerjanya. Tarik nafas, hembus. "Abang baru balik?" tanyaku lembut dengan senyuman paksa. Cuba menenangkan diri.

"Eh tak adalah, baru nak pergi kerja! Tepi, aku nak masuk!" Tubuhku ditolak ke tepi. Aku mengetap bibir. Dia selamba melemparkan beg ke sofa. Tali leher dibuka dan dibar jatuh ke lantai.

Aku memejam mata, mengumpul kekuatan. Tak kira apa pun, jangan marah. "Abang! Abang pergi mana tadi?"

"Kerjalah! Pergi mana lagi!" Dia menghempaskan diri di atas sofa.

Kerja apanya? Semerbak bau alkohol dalam rumah ni. Lepas tu, dia balik drive kereta sendiri. Kalau accident tak ke kau menyusahkan orang. Mendengar pengalaman doktor bercerita pesakit yang accident kerana mabuk, memang buat hati aku membara.

Pilihan yang bijak untuk aku berhenti. Sebab memang aku tak boleh nak berurusan dengan orang yang pentingkan diri sendiri. Apatah lagi nak rawat dia? Hah, kirim salam.

"Tapi kenapa balik lewat?" Aku duduk bersimpuh di karpet berdekatan dengannya.

"Aku ada banyak kerja! Kau diam boleh tak? Aku penat ni!" Bentaknya lalu memejamkan mata.

Kerja layan perempuan? Aku cuba menahan air mata. "Abang..."

Aku menghulurkan telefonku kepadanya. "Apa lagi?!" Dia merampas telefon dari peganganku.

Badan menggigil apabila dia menonton video itu. Jantung berdegup sangat laju. Mata dah mula rasa berair. Tapi segera tepuk-tepuk paha. Jangan lemah, Ryn!

"So?"

Dia boleh tanya aku macam tu? Kau tahu tak hati aku sekarang ini tengah remuk. "Siapa perempuan tu?"

"Kawan."

"Abang suka dekat dia ke?" Soalku lagi.

"Yang kau sibuk nak tahu kenapa? Mind your own business!" Dia terus berlalu ke tingkat atas. Mata aku mengekori dia di tangga sehinga hilang dari pandangan. Aku mendengus.

Kalau macam inilah perangai dia, baik aku balik kampung. Jual nasi lemak depan rumah. Walaupun. pendapatan tidak sebanyak sekarang, tapi cukuplah untuk sara diri aku sahaja. Amanlah sedikit dekat sana.

------

"Kau pasti ke?" Tanya Fidelya kepadaku. Anak mata Fidelya tertancap pada aku, mencari kepastian.

Aku mencebik bibir. Entahlah. Betul ke keputusan aku ini? Tinggalkan suami dan pulang ke kampung. Tapi aku pergi bukan saja-saja. Nak tenangkan diri. Tenangkan diri atau larikan diri? Erghh... Aku cuba nak masa untuk diri sendiri. Tanpa kehadiran Ferris, cuma aku.

"Pastilah. Aku nak balik rumah ayah aku. Mesti dah berhabuk. Enam bulan tinggal. Jadi, sekarang ni aku nak minta kelulusan kau untuk cuti aku. Boleh tak?" Aku memandang Fidelya yang kelihatan teragak-agak. Dia melarikan anak mata.

"Aku..."

"Please... help me. Kaulah satu-satunya kakak yang aku ada Del." Aku menagih simpati darinya. Aku beri puppy eyes pada dia. Mesti dia lembut hati terus.

"Okay... tapi apa yang aku nak beritahu dekat daddy bila dia tanya kau pergi mana nanti?"

"Aku beritahu daddy sendiri nanti. Aku rasa daddy faham je kalau aku cakap nak periksa rumah kat kampung tu sekejap." Aku memandang kopi dalam kelas yang sudah hilang panasnya. Warnanya hitam sehitam hari aku sekarang.

"Kau okay duduk seorang dekat sana nanti? Bahayalah. Lagipun kau perempuan." Tanyanya penuh kerisauan.

"Aku okay jelah. Apa-apa aku call kau."

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Dad menelefonku. Aku berkerut dan rasa tak sedap hati. Aku memandang Del sebelum menjawab panggilan. "Hello... Waalaikumussalam. Ya, dad? Apa?!"


Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now