Hai! Terima kasih kerana terus mengikuti cerita ini! Seperti biasa jangan lupa untuk vote, comment, share atau ketiga-tiganya sekali. I'm really appreciate it, thank you. (^▽^)
---------
"Hai, Kyle." Sapaku.
"Hai, akak."
"So, awak dah cuba berpuasa?"
"Yeah, dah. Susah jugakan rupanya?" Aku tersenyum.
"Lama-lama nanti awak biasalah tu. Lagipun, puasa ni baik untuk kesihatan kerana perut juga memerlukan rehat setelah setiap hari bekerja. Kita juga akan rasa apa yang orang susah, yang tak ada makanan tu rasa. Untuk pengajaran kepada diri sendiri agar sentiasa bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada."
Setiap hari Ahad, aku akan sama-sama ke usrah di masjid untuk teman Kyle. Kalau bukan sebab aku jumpa dia, aku takkan jejeak kaki ke masjid selalu melainkan solat terawih dan solat raya. Allah dah takdirkan untuk aku bertemu dengan dia berhikmah. Jadi, aku kena sama-sama istiqamah. Susah tau nak jumpa orang yang terbuka hatinya untuk memeluk Islam ni. Secara tak langsung, aku boleh perbaiki diri sendiri kan.
"Saya setuju. Lagipun, dia rukun Islam yang ketiga, right? Jadi, kalau tinggalkan tanpa sebab berdosa."
"Betul tu. Puasa ni, sebulan setahun je. Pejam celik pejam celik dah habis. During winter, penguin jantan selama empat bulan tanpa makan atau minum berpuasa semata-mata untuk mengeram telurnya sehingga menetas. Walau sesaat pun tidak pernah ditinggalkan telurnya itu. Bayangkan dengan ribut salji yang kuat. Kalau akak, dah lama pecut."
"I see. Bertapa kuat dan sabarnya penguin tu. And I just realized that not only human who are fasting. But, animals too. We're human. There's no reason for us not to fast. Even penguins can do it, why can't we?"
Betul apa dicakapkan oleh Kyle. Haiwan boleh, kenapa kita tak boleh? Kita makhluk yang berakal dah boleh fikir tentang tu. Masa bulan Ramadhan inilah untuk kita sedar hakikat kejahatan tu dari kita, bukan syaitan.
"You got the points." Komenku. Mata memandang sebuah buku yang sedari tadi di atas meja. Macam pernah nampak buku ni. Tapi kat mana eh?
"Is this yours?"
Kyle memandang buku di tanganku. "Yes. Mr. Farhan, my lecturer give it to me. It's quite good."
"Mr. Farhan? Do you have his picture?" Adakah dia angah? Kalau ya, dia lecturer? Biar betul? Aku fikir dia pun ahli korporat macam Ferris. Dan yang mengejutkan, dia kenal orang yang aku kenal.
"Yes, I have one." Dia mengambil telefon pintarnya dan menunjukkan satu gambar. Sah! Memang dia! Buku ni pula aku nampak masa aku pergi kedai buku hari tu. Yang mum tunjuk dekat angah.
"Dia dah banyak tolong saya dalam bab agama ni. Same to you. Do you know him?"
"Not really."
"Nanti saya bawa awak jumpa dia. Dia baik dan sangat friendly!"
Seriously? Macam bapak naga adalah! Jelingan dia setajam pandangan helang! Muka dia ketat! Perangai sedingin aisberg! Suara senyaring langsuir! Langsung tak nampak ciri-ciri friendly kat situ.
"Alright, then."
^-^-^-^-^
"Tell me."
"No."
"You should." Tegasku.
"No, I shouldn't."
"You must and have to!"
"No way!"
Aku jeling hamba Allah di hadapanku. Rasa nak je gigit-gigit muka handsome dia ni! Sabar, Ryn. Bulan puasa ni. Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. "Kenapa saya tak boleh tahu?"
"Sebab Fareez tak bagi."
"Kenapa dia tak bagi?"
"I don't know. But for me, sebab awak ni orang luar. Tak ada hak nak masuk campur."
Terguris hati aku. Orang luar dia kata? Aku ni kakak ipar dia tau! Memanglah perangai dua kembar ni serupa. Dua-dua egois, dua-dua tak reti layan perempuan!
Bangun dari kerusi, aku terus berlalu tanpa meninggalkan apa-apa kata. Perasaan marah dan kecewa bercampur baur. Sampai bila diorang nak berterusan begini? Kenapa susah sangat nak ceritakan hal sebenar? Mana tahu Allah nak tunjuk jalan. Aku boleh cuba nak pulihkan keadaan. Kalau berterusan begini, ia tak akan menyelesaikan masalah sampai bila-bila.
Sampai di rumah daddy, aku terus masuk cari Fidelya. Ada benda nak tanya dia. Hah! Jumpa pun! Amboi, syok je dia baring-baring atas katil. Bukannya nak pergi masak juadah berbuka. Semuanya serah ke bibik 100%. Ish ish ish...
"Del!" Sergahku. Majalah yang dipegang Fidelya tercampak. Aku tergelak kecil. Reaksi comel darinya.
"Ryn! Terkejut aku! Kot ya pun bagilah salam dulu! Main sergah je! Kus semangat..." Dia mengurut dada.
"Hehehe... Sorry, khusyuk sangat kau baca majalah tu. Aku ketuk pintu pun tak dengar."
"Kau ada ketuk ke?"
"Ada." Tak pun. Saja je nak kenakan dia.
"Oh... Sorry tak perasan."
Aku tersenyum. Lurus bendul betul!
"Del, hari tu aku dinner kat rumah dad, mum kata ikan patin masak tempoyak yang tok mi buat sedap sebab tu Ferris suka. Kau pernah rasa?"
"Pernah. Tapi bagi aku bolehlah sebab aku bukannya minat sangat dengan tempoyak."
"Oh... Tok mi tu orangnya macam mana? Yelah, aku pernah sekali je jumpa dia."
"Tok mi tu baik, penyayang, pandai masak dan suka budak-budak. Aku ni tak adalah rapat sangat dengan tok mi. Lepas mummy meninggal, dialah yang jaga aku sebelum dia ikut pak long pergi Scotland. And sebab tulah anak-anak pak long rapat dengan tok mi. Terutama Ferris. Masa tok mi meninggal, Ferris lah yang paling sedih melebihi daddy dan dad. Nak dekat sebulan Ferris murung dan berkurung dalam bilik."
"Tok mi meninggal sebab dia ada penyakit ke?"
"Eh, tak! Arwah tok mi dulu sangat menitik beratkan kesihatan. Dia seorang yang sihat, bebas dari penyakit. Kalau ada pun, sakit urat je. Yelah, dah tua."
"Then, mati mengejut?"
"Macam mana eh, nak cerita? Dia meninggal sebab jatuh tangga. Kepala terhantuk dekat bucu. Something like that. I don't know the whole story. But you can ask Ferris. Dia ada masa tu."
Jatuh tangga? Kata menitik beratkan kesihatan? Secara tak langsung mesti menitik beratkan keselamatan kan? Sebab biasanya kemalanganlah menyebabkan kita sakit. Something wrong happened. Aku kena siasat ni! Dah macam ejen perisik pula. Tapi tak akan nak tanya Ferris? Dia tu belum tentu lagi nak beritahu. Jangankan nak bercerita, buka mulut pun tak!
"Tapi lepas tok ni meninggal, Ferris dah berubah. Dulu dia jenis happy-go-lucky, periang, suka menyakat, suka buat orang ketawa. But now, dia jenis yang panas baran. Nak nampak dia senyum pun susah apatah lagi ketawa. Ni mesti sebab..." Ayat Fidelya tergantung di situ.
"Sebab?"
Air muka Fidelya berubah. Muka macam pesalah pun ada. "Sebab... Sebab dia sayang tok mi sangat-sangat!"
Aku kurang puas hati dengan jawapan Fidelya. Mesti ada sebab lain. Dan sebabnya ialah...
Angah!
YOU ARE READING
Saya Ke?! ✔
RomanceEryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lel...