Bab 2 - Tegang

34.8K 1.5K 16
                                    

Aku duduk memandang permaidaini. Keempukkan permaidani buat kaki si pemijak tergelam. Suasana hening seketika. Aku tidak tahu apa yang aku patut cakap dan buat sekarang. Selepas dad menelefonku sebentar tadi, aku terus bergegas pulang. Terpaksa aku mengambil cuti setengah hari. Rancangan aku untuk pulang ke kampung itu pula terpaksa dilupakan. Bukan, ditangguhkan.

Muka dad sangat tegang seolah bila-bila masa saja dia akan bunuh someone. Aku meneguk air liur. Mum pula dah mengurut dahi dan dengar dia beristighfar berulang kali sambil mengurut dada. Melihat keadaan mereka buat aku risau. Ya allah, kurniakanlah kesihatan yang sihat kepada mereka berdua.

Sekarang bak mata helang, aku menjeling pada Ferris. Dia tak habis-habis buat masalah! Buat dad dan mum naik angin. Aku tak faham betul. Dia ni masih remaja rebellious ke apa? Tolonglah. Orang sekeliling dia ni punyalah susah hati duk fikir pasal dia. Dia ni tak ada sekelumit pun rasa kesedaran.

Sekarang ini, kenapa pula aku yang kena panggil? Nanti balik-balik Ferris a.k.a Fareez salahkan aku balik. Di mata dia, semuanya salah aku! Ada je yang tak kena. Apa salah aku buat pun aku tak tahu. Wait...

Tengok dua wanita di hadapan aku ni, aku rasa aku tahu kenapa. Seorang wanita seusia mum mengibas-ngibas mukannya dengan kipas tangan. Mata pula duk terjengul-jengul. Aku rasa aku macam heroine dalam drama melayu TV3 sekarang. And I want to be anywhere but here.

"Muhammad Fareez Irfan, apa yang Reez dah buat?" Lantang Tan Sri Fadil menyoal anaknya itu penuh dengan rasa marah. Mesti masalah besar ni.

"Sumpah, itu hanya fitnah." Nafi Ferris.

"Fitnah? Kau dah 'sentuh' anak dara aku, lepas tu kau nak cakap anak aku fitnah kau?! Hei, kau dengar sini! Aku nak kau bertanggungjawab! Aku nak kau kahwin dengan anak aku! Full stop! Kalau tidak, aku akan sebarkan berita ni!"

Aku terkejut tak terkata. Apa yang Ferris dah buat sampai kena kahwin bagai ni? Perempuan yang duduk depan aku ni pula siapa? Wanita yang tengking-tengking Ferris itu pula? Dan yang paling aku nak tahu sekarang, apa yang dah terjadi?

"No way, aunty! I won't marry your daughter!" Ferris menolak tegas.

"Dad yang akan buat kata putus! By hook or by crook, you have to marry her!"

"I refuse. Kenapa Reez kena jadi scapegoat pula ni? Tak ada apa-apa berlaku antara Reez dan Jasmine. Trust me!"

"Apa jadi kalau Jasmine mengandung? Siapa yang nak bertanggungjawab?!" Pergh. Boleh pecah gegedang telinga aku. Tak perlu kut nak menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.

Aku makin pening. Bila dah dapat bayangan apa yang jadi buat aku rasa macam nak pitam sekarang. Kedua tangan aku dirapatkan dan digenggam kuat. Betul ke apa yang aku sekrang sedang berlaku?

"Apa ni dad? Mula-mula dad suruh kahwin dengan Eryna. Sekarang dengan Jasmine pula? Apa yang dad nak sebenarnya?!" Ini bukan kali pertama Ferris tinggikan suara depan dad. Tapi kali ni berbaur kesedihan dalam rasa tak puas hati Ferris tu.

Ya, aku pun ada persoalan yang sama.

"Fareez, you have to marry her no matter what!" Dad tetap dengan keputusannya.

"But he's married, dad." Akhirnya aku bersuara. Sekarang semua mata tertumpu kepada aku. Termasuklah Jasmine.

"Who are you?"

Aku memandang Ferris sebelum menjawab, "Saya isteri Ferris".

Wanita itu terbungkam. Makin meledaklah marah dia. "What?! You have a wife?! Kau dah kahwin tapi kau buat dengan anak aku kenapa?! Ini mesti sebab perempuan tu tak layan kau kan? Hei pompuan, kalau dah bersuami tu, jagalah laki kau baik-baik! Kau tengok apa yang terjadi?"

See? Aku yang dipersalahkan. Walhal, aku tidak tahu apa yang terjadi.

"Puan, jangan salahkan menantu saya. Dia tak tahu apa-apa pun." Mum menyebelahi aku.

"Apa yang abang dah buat sampai kena kahwin dengan Jasmine?" Soalku lurus. Bukan, nak minta kepastian.

Ferris memandang aku bagaikan dia sedang bercakap, 'What? Seriously? Blur sangat kenapa?'

"Ya Allah, Ryn. Suami Ryn tu dah terlanjur dengan Jasmine! Tadi ditangkap khalwat dekat hotel."

Aku membatu. Betul... jangkaan aku tepat. Biar betul? Mimpi ngeri apakah yang tengah aku alami tengah-tengah hari buta ni?

"Benda ni tak akan terjadi kalau kau pandai layan suami kau! Damn you!" Dia mengangkat tangan. Hai, nak tampar aku ke?

Aku terus pejam mata.

Tapi aku tak rasa apa-apa pun? Auntie tu tampar guna kapas ke? Aku pelan-pelan membuka mata. Nampak susuk Ferris dekat depan.

"Jaga-jaga sikit dengan siapa aunty angkat tangan tu." Amaran Ferris.

Ini lawak atau lakonan? Kalau lawak, aku nak gelak. Kalau lakonan, bolehlah setakat nak ganti Aaron Aziz.

"Abang kahwin sahajalah dengan Jasmine. Tak rugi pun. Untung-untung dapat isteri cun!"

Aku gelak dan berlagak cool. Biarlah aku meraung dalam hati je.

"Ryn!" Mum menegurku. Apa? Betulkan. Dah Ferris yang salah, tak akan nak suruh bangla yang kahwin dengan Jasmine yang cun meletop ini pula?

"Ryn dah bagi kebenaran Reez."

Ferris memandangku. Hah... ini yang buat aku lemah ni. Sesejuk-sejuk aku ni pun, sensitif juga. Mata dah rasa panas. Tinggal nak jatuh je.

Aku tayang senyum semanis mungkin. Lalu, terus berlari keluar. Air mata daripada kau jatuh, baik kau duduk diam-diam.

-----

Follow me:

Instagram: snaamy

Twitter: snaaamy

Saya Ke?! ✔Where stories live. Discover now