Hana's POV:
Aku pula Hana Zahirah. Umur aku 22 tahun. Aku seorang pelajar tahun tiga yang menuntut di Universiti Madang mengambil jurusan ijazah sarjana muda dalam Perakaunan.
Papa aku, Zainal bekerja di sebuah kedutaan manakala mama aku, Siti Hamidah hanyalah seorang suri rumah tangga. Aku mempunyai seorang abang, Haikal Zubair yang berumur 30 tahun. Dia sudahpun berkahwin jadi cuma aku sahaja yang menemani papa dan mama aku.
Dan aku adalah anak angkat sejak aku lahir lagi. Tapi aku tidak pernah merasa tersisih dan merasa sebarang diskriminasi, baik dari keluarga kecilku mahupun keluarga besar. Mereka semua menganggap aku seperti saudara yang ada pertalian darah.
Kecuali seorang sepupu lelaki aku yang bernama Izdihar. Dia tidak menganggap aku seperti sepupunya. Malah, dia membenci dan sering membuli aku. Namun, itu semua aku tidak hiraukan kerana aku adalah seorang yang berhati keras dan kental.
Aku seorang yang cerewet dalam memilih orang yang berada dalam lingkaran kecilku. Oleh itu, aku cuma ada seorang kawan iaitu Deeja. Dialah sahabat baikku sejak dari tingkatan satu lagi. Mujur kami masih tetap bersama hingga peringkat universiti dan mengambil jurusan yang sama.
Dan sebab kecerewetan aku juga membuatkan aku sukar untuk membuka hati untuk mana- mana lelaki. Bagi aku, cinta pertama itu sukar untuk dilupakan, maka aku harus berhati- hati dalam memilih siapa cinta pertamaku. Tapi kalau sekadar minat atau crush, memang perkara biasa tapi untuk sampai ke tahap bercinta bagiku belum ada yang mampu mengetuk pintu hati ini.
Tok! Tok! Tok!
"Hana, dah lewat ni. Cepat turun sarapan," ucap mama setelah pintu bilik dibuka.
"Okei, ma. Jap lagi Hana turun."
Aku melihat jam di tangan. Baru pukul tujuh pagi. Kelas akan bermula pukul lapan. Aku mengambil beg silang di atas meja lalu keluar dari bilik tidur.
"Sorry, tak sempat tolong mama sediakan sarapan pagi. Hana bangun lewat tadi," sapaku sambil menarik kerusi.
"Takpe, Hana. Tidur lewat lagi semalam ke?" Soal mama sambil mendorong mangkuk yang berisi nasi goreng di hadapanku.
"Ye, siapkan assignment. Tu pun belum siap lagi," keluhku di hujung ayat.
"Tidur kena jaga, Hana. Ingat tu," nasihat mama dan aku mengangguk sambil menayangkan barisan gigi.
"Oh ya, hujung minggu ni Aunty Rina dan Aunty Sidah nak datang ke sini. Giliran kita pula yang buat family gathering bulan ni. Jangan keluar ye. Mama perlukan Hana untuk tolong mama masak- masak," mama mengingati aku untuk kesekian kalinya.
"Ye, ma. Hana takde plan nak keluar dengan Deeja pun. Deeja pun sibuk dengan assignment dia."
"Baguslah kalau macam tu. Tahun depan Hana dah takde temankan mama kat sini. Luangkan banyak masa dengan mama dan papa, ye sayang?" Ucap mama dengan wajah yang agak sugul.
"Setahun je tu, ma. Tu pun kalau dapat," aku menyedapkan hati mama.
"Takkanlah tak dapat, Hana kan antara pelajar cemerlang."
"Manalah tahu nasib Hana tak baik nanti."
"Jangan cakap macam tu. Mama doakan anak mama dan Izdihar akan berjaya dan berjaya menyambung pelajaran tahun depan."
"Thank you, mama," aku senyum kelat apabila nama Izdihar disebut. Benci pula dengar nama itu. Entah sampai bilakah kebencian ini akan tamat?
Perangai tak serupa umur. Aku hairan macam mana Emma boleh tergila- gilakan lelaki yang perangai poyo macam Izdihar. Dengan mulut puaka dan perangai keanak- anakan, memang sudah cukup meloyakan tekak untuk berhampiran apa lagi bercakap dengannya.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...