"Sedap masakan Hana. Saling tak tumpah macam air tangan mama." Ibu menikmati hidangan lauk daging masak rendang yang aku masak. Rasanya ini kali pertama aku masak menu ini sejak berada di UK.
"Biasa je, bu. Masih ada kekurangan masakan Hana ni. Belum boleh lawan masakan mama."
"Dihar tak tahu pun Hana reti masak ni. Favourite Dihar tau." Keningku bertaut menatap Dihar seketika. Sejak bila dia bahasakan diri begitu? Ganjil pula pada telinga aku.
"Tak pernah tanya, macam mana nak tahu?" Jawabku bersahaja.
"Takpe. Lepas ni, puaslah Dihar makan daging masak rendang. Yang penting, bahan semua kena sediakan," ujar ibu.
Ayah berdehem sebelum mencelah, "harapnya begitulah ye, Dihar?"
Dihar memandang ayah kemudian aku. Aku tidak mengerti maksud kenyataan ayah tadi.
Selesai makan, aku membasuh pinggan di sinki. Tidak sangka- sangka, Dihar berdiri di sebelahku membantu aku.
"Wow! Hari ini dalam sejarah," ucapku sinis.
Hanya sebuah senyuman yang dihadiahkan. Sebuah senyuman yang ikhlas dan manis. Tiba- tiba Dihar bersikap ganjil malam ini. Sepertinya ini bukan diri dia yang sebenar. Dia hendak berbuat baik depan ibu dan ayah ke?
"Pergi rehat. Tidur awal. Esok ada kelas ke?" Tanyanya.
"Ye. Lepas ni. Esok kelas kena cancel."
"Oh... Bolehlah join kitorang pergi jalan- jalan esok kan?"
"Pergi mana?" Soalku.
"Window shopping kot. Temankan ibu, boleh?"
Dan aku pun bersetuju. Ibu bukanlah siapa- siapa. Beliau sudah macam darah daging aku sendiri. Sementara mereka ada di sini, aku memang ingin meluangkan masa dengan keluarga aku.
Setelah selesai mengemaskan dapur dan meja makan, aku masuk ke bilik tidurku. Aku rasa penat sangat hari ini. Kejadian di perpustakaan memang tidak akan aku lupakan. Aku bernasib baik yang Dihar ada bersamaku tadi. Kalau tidak, entah apa yang mungkin terjadi pada aku.
Aku berbaring ingin melelapkan mata apabila tiba- tiba Dihar masuk mengejutkanku.
"Dah tidur ke?" Sapanya lembut.
Aku mengiyakannya dan memejamkan mataku kembali. Pergerakan tilam di sebelahku membangunkan. Dihar berbaring di sebelahku. Aku mengerutkan dahi dalam keadaan aku mamai.
"Boleh kan?" Tanyanya tersenyum.
Aku diam menimbang- nimbangnya. Dia tak sepatutnya tidur dengan aku. Semalam memang dia tidur dengan aku tapi tak bermakna dia boleh berpindah kekal. Namun rasa terhutang budi tentang kejadian di perpustakaan mengubah pendirianku. Anggap saja ini hadiah atas budi baiknya tadi.
"Malam ni je okei?" Jawapku.
"Tak naklah. Tunggulah sampai bilik aku kosong balik. Badan aku sakit tidur atas lantai."
"Hmm okei. Tapi bantal ni kena ada di sini." Aku mengambil sebiji bantal peluk lalu meletakkannya di antara kami.
"Kenapa kena ada ni? Takut terpeluk aku tengah malam ke?" Dihar mengambil bantal tersebut dan mengalihkannya.
"Takut ada yang meracau tengah malam dan lupa yang dia tidur bukan dengan girlfriend dia." Aku cuba mengambil kembali bantal tadi namun ia dijulang tinggi. Apabila aku berusaha sekali lagi untuk mencapainya, imbanganku hilang dan aku terjatuh di atas tubuh Dihar.
Terkejut dengan apa yang baru terjadi, aku dengan cepat merenggangkan tubuh kami namun Dihar merangkulku cepat.
"Lepaslah," pintaku. Aku menolak tubuhnya namun gagal.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...