3: Fitnah

430 29 1
                                    

Hari ini hari perkumpulan keluarga yang lazimnya dianjurkan setiap bulan. Bulan ini, giliran keluarga kami untuk menjadi hos.

Mama memang dikenali di kalangan keluarga dan sanak saudara dengan kepandaiannya memasak. Dan semestinya mama menurunkan ilmu itu kepadaku meskipun aku tidak sebagus mama. Menu wajib yang kena ada adalah daging rendang masak hitam dan ayam masak merah.

Setelah selesai memasak dan menyediakan makanan, keluarga Aunty Rina dan Aunty Sidah pun sampai. Aunty Sidah mempunyai tiga orang anak. Aku paling rapat dengan anak bungsunya, Liyana. Umur kami sebaya tetapi dia belajar di universiti lain. Hari itu, ketiga- tiga anak Aunty Sidah datang ke rumah. Begitu juga dengan Aunty Rina dengan Uncle Wadud yang sentiasa rajin berkunjung ke rumah. Dan anak tunggal mereka, Izdihar juga turut serta. Aku menarik muka masam tatkala pandangan mata bertembung.

"Whoa! Tak rugi datang. Ada favourite menu kita lah..." ujar Riana dengan teruja sambil memeriksa makanan yang terhidang di meja makan.

"Baguslah. Makan banyak- banyak nanti, ye?" Usikku.

"Mana satu menu yang kau buat?" Celah Izdihar entah dari mana dia menyelinap.

"Semua aku masak," balasku megah dengan hidung tinggi.

"Nasib aku dah isi perut. Tak lalu nak makan kalau hasil air tangan kau," balasnya bersahaja.

"Syukurlah kau tak makan. Bukan apa, takut lauk semua ni habis," jawapku tersenyum sinis.

"Korang ni tak habis- habis gaduh macam kucing dengan anjing," ucap Liyana sambil menggeleng.

"Dihar tu anjing. Aku kucing," jawapku pantas sebelum Izdihar sempat membalas.

"Hana..." tegur papa berdehem dari belakang. Sementara Izdihar menayangkan muka naif di hadapan ayah.

Aku menjelingnya lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Liyana. Mama, Aunty Rina dan Aunty Sidah masing- masing sibuk bercerita seolah- olah sudah dua bulan tidak bersua muka. Begitu juga dengan para bapa- bapa.

"Han, dua bulan lagi kau akan sambung Masters kat UK, kan? Aku rindulah dengan kau nanti," cetus Liyana sambil mendaratkan kepalanya di bahuku.

"Setahun je, Lee. Lagipun kau boleh je lawat aku kat sana. Bolehlah kita pergi shopping," cadangku dengan teruja.

"Setahun tu terasa, Han. Tengoklah nanti kalau mama benarkan aku pergi lawat kau. Tu pun kalau ada duit lebih," balasnya dengan nada yang kurang bersemangat.

"La... kau kumpul- kumpullah elaun kau setiap bulan. Duit simpanan tu dah boleh korek sikit- sikit. Tempat tinggal, don't worry. Stay dengan aku kat sana."

"Senang cakap. Tempat jauh tu. Mama tu nak lepaskan aku pergi camping masuk hutan pun tak lepas. Inikan tempat jauh," balas Liyana.

"Ajaklah dia sekali. Tak pun, ajak siapa- siapa temankan kau."

"Nak ajak Dihar tapi tu pun kalau dia tak sambung study kat sana."

"Oh... terpulang kaulah nak ajak siapa. Kalau ada pilihan lain, lagi elok," balasku.

"Korang ni kan... Tak faham aku. Asyik bertengkar je dari dulu," keluh Liyana sambil menggeleng perlahan.

"Dia yang mulakan, bukan aku. Entah apa yang dia benci sangat dengan aku. Macam budak- budak," keluhku di hujung ayat.

"Tu lah... aku pun geram juga dia selalu sakat kau. Ke dia sebenarnya suka kau?" Tebak Liyana lalu meletuskan ketawa.

"Gila ke apa suka kat aku haha. Tak masuk akal langsung," aku juga turut ketawa sambil mataku mencari kelibatnya. Takut pula nanti tiba- tiba dia muncul depan kami.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now