Sebaik saja aku mendarat di Madang, aku terus pergi ke rumah Hana. Aku berharap agar kami kembali bersatu. Aku teramat rindu untuk berada di sisinya dan mendakapnya erat dalam pelukku.
"Papa, maafkan Dihar," ayat yang kuucapkan apabila papa menyambutku di muka pintu.
Papa menepuk belakangku lembut. "Hati- hati. Hana tak berapa sihat tu."
"Kenapa dengan Hana, papa?"
"Alahan teruk sampai muntah setiap hari. Makan pun tak lalu. Tiap kali lepas makan, muntah. Macam tulah setiap hari. Lepas tu asyik berkurung dalam bilik je seharian. Puas dah kami pujuk. Deeja pun ada juga datang sini beberapa kali tapi masih juga macam tu."
"Ada bawa dia pergi klinik?" tanyaku risau.
"Ada. Doktor kata perkara biasa."
"Biasa apa sampai muntah setiap hari? Kalau badan dehydrate nanti macam mana?"
"Doktor suruh pantau je. Kalau teruk sangat, bawa jumpa doktor lagi."
Aku mengeluh. "Dihar nak jumpa Hana, pa."
Papa mengangguk tanda memberi izin. Aku berlari anak menaiki tangga dan menuju ke bilik tidurnya.
Tok! Tok! Tok!
Tiada respon. Aku mencubanya lagi namun masih sama. Akhirnya aku bersuara, "Hana, abang datang. Buka pintu, sayang."
Aku kecewa setelah beberapa waktu diberi namun hasil masih tetap sama. Aku mengetuk pintu lagi buat kesekian kalinya.
Aku duduk bersandar di pintu hampir putus asa. "Hana, apa salah abang sampai sayang hukum abang macam ni?"
"Baru je hari tu kita sama- sama janji untuk tetap saling ada dan memaafkan demi keluarga kita. Kenapa tak beri abang kesempatan tetapi hukuman? Abang kecewa."
Aku mencuba untuk mengetuk pintu lagi.
"Abang rindu sangat dengan sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang di sisi abang. Tolonglah jangan buat abang macam ni. Abang terlalu sayangkan Hana. Abang sanggup terima apa saja hukuman asalkan abang diberi kesempatan untuk baiki perkahwinan kita."
"Sayang, please buka pintu. Abang nak jumpa Hana sangat- sangat."
"Hana, bukalah pintu. Jangan sampai abang pecahkan pintu ni. Abang dah mati akal ni. Abang kira sampai lima, kalau tak buka abang pecahkan pintu. Satu, dua, ti-"
"Jangan!" saru suara menyahut dari dalam. Akhirnya. Aku menarik nafas lega.
"Hana, buka pintu ni. Please," rayuku tanpa putus asa.
"Sorry, Hana tak akan buka. Tolong faham. Antara kita dah tak ada apa- apa dah. Tolonglah jangan ganggu Hana lagi. Leave me alone!"
"Senang macam tu je Hana buang abang dari hidup Hana? Sekuat tu je ke sayang Hana kat abang? Baru dugaan sikit, dah tak sanggup hidup dengan abang."
"Antara kita dah tak ada jodoh. Tolong terima hakikat. Pergilah. Hana dah beri kebebasan untuk betulkan kesilapan."
"Kesilapan apa? Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba- tiba minta cerai. Kenapa tak bincang elok- elok? Bagitahu apa kesilapan abang. Bukan nak buat keputusan syok sendiri! Ingat abang ni budak kecik ke tak perlu ditanya atau minta pendapat?"
"Dahlah. Jangan tambahkan lagi serabut otak Hana ni. Please!"
"Yang buat serabut siapa? Nilah sikap Hana yang abang tak suka. Ada masalah, simpan sorang- sorang. Lepas tu berlagak hero nak selesaikan sendiri padahal masalah makin teruk! Abang tanya apa silap abang pun susah nak jawap! Boleh tak jangan selfish?!"
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...