Hana's POV:
Apabila malam menjelang, kami sibuk menyediakan makanan. Dihar dan Faiq sibuk dengan memanggang ayam di beranda, sementara aku dan Emma memasak sayur dan sup cendawan.
"Emma, awak nak buat sayur ke sup?" Tanyaku sambil aku memotong- motong bahan- bahan.
"Sayur jelah. Senang sikit," jawap Emma dengan senyuman sebaris.
Aku tidak bercakap banyak dengan Emma. Tidak ada apa yang hendak aku bualkan. Dalam erti kata lain, tidak berminat ingin tahu tentang dirinya.
"Mm awak dah lama ke dengan Faiq?" Soalnya memecah kesunyian.
"Saya takde apa- apa dengan dia. Kami berdua rapat sebagai adik dan abang angkat je."
"Ler... yeke? Sesuai sangatlah korang. Sama cantik dan sepadan. Lagipun Faiq tu nampak caring sangat dengan awak."
"Oh... yeke?" Malaslah hendak melayan spesis orang begini. Aku sudah masak dengan jenis perbualan begini. Bukan ikhlas ingin tahu, cuma sekadar ingin menyibuk dan selepas itu menjaja cerita pada orang lain. Luar nampak manis, di belakang mereka tikam kita.
"Ye... awak trylah dengan dia. Mesti sweet couple," ujarnya dengan ketawa terkikih- kikih.
Aku mengerutkan dahi memandang Emma. Bencilah spesis talam dua muka begini. Rasa hendak tunjal saja kepala dia ni. "Ohh kalau macam tu, awak jelah try dia."
"Haip! Mana boleh. Dihar nak simpan mana?" Aku malas meresponinya. Apabila dia tidak memandangku, aku menjelingkan mata ke atas.
"Dihar tu sweet tau. Banyak- banyak boyfriend saya, dia yang paling sweet sekali. Yang penting, dia memang cinta mati dengan saya. Saya sebenarnya busy dengan thesis tapi Dihar tu yang beria- ia nak saya sleepover di sini. Rindu nak tidur dengan saya, katanya. Hehe ada- ada je Dihar ni," ceritanya panjang lebar. Aku jadi tidak selesa pula mendengar cerita agak terperinci sebegitu.
"Awak pun faham kan sebagai perempuan, kita tak nak hak kita dirampas oleh sesiapapun. Saya memang takkan biarkan bakal suami saya disondol. Tak akan terjadi walaupun saya yakin cinta Dihar teguh," tambahnya lagi dan aku hanya mengiyakannya. Aku rasa berdebar apabila soal rampas dirampas ini dipersoalkan. Perampaskah aku?
"Saya harap awak faham maksud saya ye, sis." Aku berhenti memotong sayur dan memandangnya hairan.
"Sorry ye sis. Saya tak faham. Sis nak bagi saya amaran ke ni?" Balasku setelah beberapa lama membisu.
"Bukan macam tu. Tapi saya harap awak faham. Bukan saya nak tuduh ke apa tapi saya cuma risau. Yelah, awak kan single. I mean, it's not impossible, kan?" Wajahnya sedikit kecut setelah melihat raut wajahku yang tegang.
"Hmm... yup, not impossible. I agree on that." Sengaja aku berkata begitu. Biar dia rasa tergugat. Dan Emma setentunya terkejut dengan jawapanku tadi.
"Err... baguslah," balasnya lalu menyambung menghiris bawang.
"Sayang..." tiba- tiba muncul Dihar di belakang Emma. Tangannya memeluk penuh Emma dari belakang dan wajah Dihar menghadapku.
Emma menggosok kepalanya di dada Dihar. Aku tidak melihatnya namun masih kelihatan dari hujung mata.
"Dah siap ke BBQ tu, baby?" Soal Emma.
"Belum lagi. I saja nak jenguk kekasih hati i ni." Dan aku mendengar sebuah ciuman dilepaskan di pipi Emma.
Wajahku terasa panas. Malu? Kekok? Aku tak pasti. Yang penting aku tidak ingin berada di sini menjadi saksi cinta mereka berdua.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...