1: Buli

790 35 3
                                    

Izdihar's POV:

Hai. Nama aku Izdihar Ridauddin. Umur aku 23 tahun dan aku seorang pelajar Universiti Madang, mengambil jurusan ijazah Sarjana Muda dalam Business Administration.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah aku, Abdul Wadud seorang Pegawai Eksekutif di sebuah bank tempatan. Manakala ibu aku, Siti Marinah seorang guru sekolah menengah. Aku anak tunggal dan itu membuatkan aku dimanjai dan sering mendapat apa sahaja yang aku kehendaki.

Kereta Mini Cooper yang sedang kupandu sekarang adalah kereta hadiah sempena keputusan cemerlang peperiksaan A Level dua tahun lepas.

"Apa yang you menungkan tu, sayang?" Cetus Emma yang duduk di sebelahku.

"Nothing, sayang," senyuman aku lemparkan. Tangannya kugenggam erat. Hubungan kami telahpun berlangsung selama tiga tahun dan aku semakin hari semakin menyanyanginya. Dan kami juga telahpun merancang perkahwinan kami setelah kami tamat belajar.

"Kelas i nanti habis pukul 2 petang, tau. You kalau nak balik, balik je lah ye? I boleh suruh daddy jemput i nanti," ucap Emma dengan lemah lembut.

"Alaaa... takpelah, sayang. I tunggu you, okay? 4 jam je pun. I boleh lepak dengan member i sementara tunggu you," jawapku lalu mengucup tangannya.

"Awww... sweetnya boyfriend i ni. Thank you, sayang. Love you," balasnya lalu mengambil tanganku dan melekapkannya ke pipinya.

"You dah jadi tanggungjawap i. I yang ambil you, so i yang kena hantar you balik nanti. I love you too, sayang."

Aku melirik ke arahnya. Tenang hati ini melihat wajah yang cantik dan lembut. Dia seorang yang sempurna bagiku. Kelakuan yang elok, berbudi bahasa dan sopan santun. Bukan macam sepupu aku yang seorang itu. Harapkan muka saja cantik, kelakuan dan perangai memang ke laut. Sakit pula hati ini bila teringatkan perempuan itu. Tiba- tiba mood aku jadi tidak baik.

"Sayang..." ujarku sambil tanganku mengelus perlahan paha Emma di sebalik baju kurung berwarna biru muda. Aku perlu alihkan perhatian agar moodku kembali normal.

"Yes, sayang?" Balas Emma sambil tangannya mengelus tanganku yang mendarat di pahanya.

"Kiss me," jawapku sambil menuding pipiku. Shade kereta aku pasang menggunakan satu tangan, sementara satu tangan lagi mengawal steering.

Chup!

"Nah! Upah jemput i hari ni," ucap Emma dengan ketawa yang sopan.

Pantas pipiku dicium oleh Emma. Aku menghadiahkan sebuah senyuman tanda berpuas hati. Kalau hendak dikirakan, memanglah tidak puas lagi. Tapi, itu saja yang mampu kami lakukan di dalam kereta ini.

"Thanks! Dah nak sampai kampus dah. I drop you kat depan sana, ye. Hati- hati, tau? You jangan nak layan lelaki lain, okay? I tak suka," pesanku sebelum tanganku menyambut salamnya dan dikucup lembut. Aku menurunkan di fakulti sains. Seperti yang aku katakan tadi, dia memang sempurna. Cantik dan bijak. Aku tahu ramai yang cemburu akan aku.

"I bukan macam tu lah. Ish! Sayang ni. Okay, thank you. Nanti i text you kalau dah habis kelas, okay? And you pun, jangan nak gatal- gatal dengan perempuan lain. Kalau i tahu, siap you," ujar Emma dengan wajah yang mengugut. Aku ketawa geli hati melihat perangai manja Emma. Sentiasa mencuit hatiku.

"Ye, sayang. Okay! See you later, sayang."

Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta yang berdekatan dengan fakulti bisnes, aku pun turun dan bergegas masuk kelas. Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Aku sudah terlewat lima minit.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now