Memo:
Kepada pembaca IHTILY yg nak baca bab 11, boleh tekan vote lepas tu send bukti screenshot bab 10 kat telegram author, Lala6teen. Author akan share pdf bab 11.
----------
Aku membuka perlahan pintu bilikku dengan hati yang berdebar. Wajah Dihar terpampang di muka pintu. Aku menelan air liur. Siaplah aku kena marah dengan dia.
"Kau buat apa?" Tanya Dihar dengan wajah tanpa reaksi.
"Maksud kau?" Jawabku sedikit menggelabah.
"Pergi masak. Aku lapar," arahnya lalu berlalu pergi.
Aku menarik nafas lega. Nasib baik dia tidak marah. Tapi darahku menjadi panas pula sekarang. Suka hati dia hendak mengatur aku masak untuk mereka berdua. Kalau dia seorang, tidak mengapa. Tapi aku sekarang kena masak untuk girlfriend dia sekali? Bencinya aku!
Okei, tidak mengapa. Biar aku tunjukkan betapa sedapnya masakan aku. Biar dia rasa tercabar dengan kepandaianku.
Aku melangkah ke dapur kecil kami lalu mulai 'berperang'. Oleh kerana masa sedikit suntuk untuk menyediakan menu yang agak istimewa, jadi aku memilih untuk membuat nasi lemak ayam. Mujur ada penyelamat aku iaitu thermomix. Semua mudah dan cepat.
Apabila hidangan siap kuletakkan di atas meja, aroma pes pandan dan ayam goreng berempah mulai menerokai setiap ruang rumah. Dan orang yang pertama sekali keluar dari bilik ialah Faiq.
"Oh my God! Rindunya aroma ni," ujar Faiq sambil menghidu dalam- dalam.
"Adui... kesiannya. Jemputlah makan sama. Saya masak untuk awak juga," pelawaku ikhlas dengan senyuman. Aku memang suka menjamu orang dengan air tanganku. Kepuasan dan kegembiraan mereka menikmati makanan yang aku masak merupakan suatu kepuasan dan kebanggaan bagiku.
"Eh! Tak payah susah- susah, Hana. Saya kebetulan je keluar sebab nak minum air," tolaknya dengan lemah lembut.
"Janganlah macam tu. Saya ikhlas ni. Saya memang masak untuk kita semua. Jemputlah makan sama- sama. Kejap lagi Dihar keluar tu," pelawaku lagi sambil mengangguk tanda bersungguh- sungguh.
"Segan pula," balas Faiq sambil menggaru belakang kepala. Dia menghampiri meja makan lalu mengambil tempat duduk di hadapanku. Pinggan yang sudah kuletakkan di atas meja kuserahkan padanya.
"Awak makanlah dulu. Sejuk nanti tak sedap pula," ujarku lalu berpaling daripadanya dan menuju ke sinki.
"Awak jemputlah makan sekali. Takkanlah saya seorang je yang makan. Makinlah saya rasa segan," ajak Faiq.
Aku menimbang- nimbang seketika lalu bersetuju dengan pelawaannya. Itulah kali pertama aku makan bersamanya. Rasa kekok dan gementar dirasakan sepanjang masa. Soalan asas sudah habis dalam simpanan. Tinggal soalan peribadi saja. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku bertanyakan bermacam- macam soalan yang ingin kulontarkan selama ini.
"Dah siap masak tak reti nak panggil- panggil kitorang," jerkah Dihar. Aku tidak sedar akan kehadirannya kerana aku membelakangi pintu biliknya.
"Eh! Eh! Aku dah ketuk pintu kau tiga kali. Kau tak dengarlah tu. Seronok sangat sampai tak ingat dunia nyata," balasku dengan sindiran yang padu. Faiq menundukkan muka.
"Mana ada kau ketuk pintu. Udah- udahlah tu nak buat cerita," balas Dihar lagi. Tidak lama itu, Emma muncul di belakang Dihar.
"Hai Hana! Sedapnya bau masakan. Lapar pula perut ni tiba- tiba," cetus Emma sambil mengusap perutnya yang kempis.
"Dari tadi lagi masakan dah siap. Korang tu yang tak sedar," balasku selamba. Dihar mencerlungku dan aku berpura- pura tidak melihat.
"Oh... maaflah. Terima kasih menjamu kitorang hari ni," ucap Emma lalu melabuhkan punggung di sebelahku.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomansaSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...