44: Clash

221 16 5
                                    

"Morning, sayang," sapa satu suara tatkala mataku celik.

Aku memandang di sebelahku.

Izdihar...

Otakku mulai memproses maklumat. Apa yang terjadi semalam? Aku di mana? Tiba- tiba tubuhku mulai menghantar isyarat ke otakku memberitahu bahwa tubuhku merasa sakit terutama...

Ah! Semalam. Bagaimana mungkin aku lupa? Semalam merupakan malam pertamaku.

"Penat ke, sayang?" katanya lagi sambil tangannya di pinggangku.

"Morning, sayang. Penat sikit," balasku tersenyum dan menyentuh tangannya yang berada di pinggangku.

"I love you, sayang. Please don't leave me again," ucapnya lalu mencium kepalaku lama.

Aku memusingkan badan menghadapnya. "I love you too, Izdihar. Don't do things that make me wanna leave you. Aku sayang kau tapi aku tak akan biarkan diriku dipermainkan sekali lagi."

"Never will. Aku janji aku tak akan lukakan hati kau walau secubit pun." Izdihar menaikkan tangannya.

"Thank you sebab bagi aku peluang untuk perbaiki rumah tangga kita. Tapi aku harap kita sama- sama berusaha pertahankan dan perbaiki rumah tangga kita. Selagi nafas dikandung badan, selagi tu cintaku tak akan padam buat seorang perempuan yang bernama Hana."

Dihar memelukku erat dan mencium dahiku lama. Keikhlasan dari setiap bait yang diucapkan terasa hingga ke dalam hatiku. Airmataku bergenang. Akhirnya aku bersatu dengan suamiku. Hidupku rasa lengkap dan bahagia.

"Aku akan berusaha menjaga hubungan kita. Susah senang kita hadapi bersama. Aku tak menjanjikan gelak ketawa setiap hari. Perbezaan pendapat pasti ada dan pertelingkahan pasti sering terjadi, namun itu semua adalah salah satu cara untuk kita saling mendalami peribadi pasangan. Macam mana aku akan bertahan dengan sikap buruk kau, macam tu juga aku harapkan kau bertahan dengan sikap burukku. Tolak orang ketigalah, ye," balasku sinis di hujung ayat.

Dihar tergelak lalu membelai rambutku, "Hana... Hana... Sarkastik dan Hana berpisah tiada."

"Gelakkan je ye. Appointment dengan girlfriend kau tu jangan buat- buat lupa," balasku dengan serius.

"Whoa! Dia dah mula dah tu. Dia bukan girlfriend aku okay? Aku cuma ada isteri sekarang ni."

"Yelah tu... Nanti depan dia, ngaku girlfriend pulak."

"No. Will never happen again. From now on, only you and no one else. Please jangan spoilkan mood kita hari ni."

"Yelah. Bilik ni ada sarapan tak?" tanyaku apabila perut terasa kosong. Semalam belum makan malam lagi.

"Should be. Jom turun. Kalau tak ada sarapan disertakan, kita bayar jelah."

----

"Slowly, sayang. Nak cepat- cepat ni pergi mana?" soal Dihar melihatku sedang makan dengan sedikit gelojoh.

"Semalam tak makan lagi. Lepas tu tenaga pula banyak pakai semalam," jawapku selamba. Dihar meletuskan ketawa.

"Sorry, sepatutnya kita pergi makan dulu semalam. Macam kau, aku pun sama belum makan malam."

"It's okay. So after this, check out and then?" dugaku.

"Kau masih nak jumpa Emma? Or you wanna do it via video call?" cadangnya.

"Jumpa. Tak jauh sangat kan. Message dia sekarang bagitahu kau nak jumpa," arahku sambil mencicip coklat panas.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now