"Okay. Simple je. Kita guna pen ni sebagai penunjuk. Siapa sahaja boleh bertanyakan Truth or Dare. Tapi kena buat. Tak ada alasan," terang Emma.
Setelah kami semua bersetuju, permainan pun dimulai dan pen diputar.
Faiq.
"Whoo! Okay. Truth or dare?" soal Emma teruja.
"Truth," pilih Faiq.
"Alright. Ada sesiapa yang nak tanya Faiq?" tanya Emma pada kami semua.
Deeja mengangkat tangan setelah beberapa saat tiada orang yang berminat untuk mengajukan soalan. "Ciri- ciri wanita idaman?"
Faiq ketawa kecil dan meraup rambutnya sebelum menjawap, "hmmm. Saya suka seseorang yang cantik. Cukuplah asal sedap mata memandang, humorous, berani pertahankan hak dia, pandai masak nasi lemak dan yang paling penting nama dia kena ada huruf H."
Deeja tunduk tersipu- sipu malu. Dan Faiq pula menatap aku dari tadi hinggakan aku rasa tidak selesa. Dihar? Entah. Aku tak hendak ambil tahu tentang itu. Emma yang duduk bersebelahan dengannya asyik melentokkan kepalanya di bahu Dihar.
"Wow! I think i know who. Okay okay. Next..." kata Emma lalu memutar pen tadi.
Dihar.
Mataku bersinar melihat arah pen itu. Aku melihat wajah cemas Dihar di hujung mataku.
"Truth or dare, baby?" soal Emma.
"Err... Dare," jawapnya.
"Jap, Emma. Saya rasa awak tak patut bagi Dare untuk Dihar. Tak adil. Biar kitorang yang bagi. Okay. Anyone?" celah Faiq.
Aku tidak ada cabaran untuk Dihar. Aku cuma perlu Truth dari dia. Pandai dia hendak elak menjawap Truth. Dia pergi pilih Dare.
"Okay. Biar saya yang bagi Dare untuk Dihar. I dare you to kiss the woman you love most in this very room," kata Faiq.
Kami semua terbuntang mata. Terlalu awal untuk acara kemuncak. Dihar kelu. Matanya membulat. Dan aku pula berdebar- debar menanti jawapan.
"Kenapa bagi Dare yang tak senonoh ni?" marah Dihar.
"Come on, Dihar. You have to put an end to all these. Choose."
Faiq tersenyum senget dan puas hati melihat Dihar yang sedang menggelabah.
"It's okay, baby. Just do it. For fun, kan? Lagipun bukannya kita tak biasa kissing," pujuk Emma.
Aku menundukkan kepala dan memejamkan mataku rapat. Aku sudah tahu jawapannya.
Chup!
"Dah," getus Dihar.
"Thank you, baby!" ucap Emma lalu mengucup pipi suamiku. Suami aku!
Hatiku berdebar kencang seperti ingin meletup. "Excuse me."
Aku bergegas masuk ke bilik air. Sakit! Aku sudah tidak dapat menahan rasa sakit di hati. Air mataku merembes keluar. Bodoh! Aku bodoh! Aku perempuan yang paling bodoh sekali di dalam dunia ini! Aku benci diri aku! Aku benci!
"Hana, buka pintu ni," suara Deeja memujukku.
Aku mengesat air mata di pipi dan membuka pintu. Setelah Deeja masuk, dia menutupnya kembali.
"Sayang, be strong okay? I'm here for you. Please jangan kalah dengan Emma. Jangan bagi dia tengok muka kau macam tu. Kau tahu kan dia sengaja provok kau. Buat macam tak ada apa- apa okay sayang? Dah, jangan nangis."
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...