29: Perpustakaan

252 21 7
                                    

Hana's POV:

Alangkah terkejutnya aku melihat Izdihar sedang tidur di sebelahku. Ingatanku perlahan- lahan kembali. Aku baru ingat kisah semalam. Aku melihat jam di dinding. Pukul enam pagi. Ini kali pertama kami tidur sekatil. Aku malu. Seolah- olah semalam merupakan malam pertama kami walaupun tiada apa yang belaku.

Aku memandang wajahnya yang sedang nyenyak tidur. Timbul pula rasa kasihan meskipun tidak ada alasan untuk aku bersimpati. Kemudian, timbul pula sakit hati apabila teringat tentang Emma. Ah! Kenapa pula aku sakit hati sedangkan aku begitu mengharapkan mereka berdua berkahwin dan bahagia.

Pandangan aku alihkan pada sepasang bibir yang hampir menciumku semalam. Hatiku kembali berdebar. Kami hampir saja bercium semalam. Bukan aku menolaknya tetapi aku inginkan ia terjadi dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata- mata.

Pukul sembilan aku kena pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan tugasan aku. Aku mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Setelah selesai, akupun keluar dan melihat Dihar masih lagi tidur nyenyak. Nasib baik dia masih tidur nyenyak.

Aku membuka almari pakaian dengan perlahan dan mencapai baju dan pakaian dalamku. Aku melihat Dihar yang masih tidur. Takut kalau- kalau dia terbangun dan ternampak aku sedang mengenakan pakaian.

Dengan perlahan aku mengenakan seluar dalamku dan apabila aku memeriksa Dihar, matanya terbuka melihat aku. Aku kaku dan mataku membulat tidak menyangka dia sudahpun bangun.

"Kenapa berhenti?" Soalnya tanpa rasa bersalah.

"Aku ingatkan kau masih tidur. Takpe. Aku masuk bilik air."

"Jangan. Pakai jelah. Apa salahnya?" Cegah Dihar. Aku mengebilkan mata mendengar permintaanya.

"Tak puas tengok Emma punya ke? Nak juga tengok perempuan lain? Sakit betul!" Aku mengambil pakaianku lalu memakainya di dalam bilik air.

Setelah aku keluar dari bilik air, Dihar masih lagi dalam posisi seperti tadi. "Kalau aku cakap nak tengok?"

"Aku nampak murah ke?" balasku sinis.

"Tak pada aku. Pada lelaki lain, tak tahulah."

"At least, bukan pada kau. Kau nak kata aku pelacur ke bohsia ke aku tak peduli. Yang penting, jangan sentuh aku. Full stop."

"Aku kalau nak, sekarang juga aku boleh buat kau tapi aku tak nak. Kau pun tahu kan?"

"Baguslah kalau macam tu. Tak payahlah aku runsing nak berjaga- jaga daripada kau," balasku sambil menyimpan sebuah buku nota ke dalam beg tanganku.

"Tapi kalau aku tahu kau menyundal dengan lelaki lain, siap kau aku kerjakan," ucapnya dengan menuding jari telunjuknya ke arahku.

"Ingat aku takut ke? Kau main sundal dengan Emma, tak pula aku kisah. Dahlah. Aku nak pergi kampus."

Lama Dihar berdiam sebelum dia membalas, "ada kelas ke?"

"Tak. Perpustakaan. Research." Tanpa menunggunya, aku terus keluar dari bilik.

"Ibu, Hana nak pergi kampus. Belum pasti lagi pukul berapa habis." Aku menyalam tangannya dan ayah sebelum aku keluar dari rumah.

-----

Di perpustakaan, aku terus mencari buku sejarah ekonomi. Tugasan kali ini harus dihantar minggu depan. Jadi aku ada tiga hari sahaja lagi untuk menyiapkannya. Suasana yang lengang membuatkan aku lebih fokus. Mana tidaknya, hujung minggu memang banyak kelas yang ditiadakan, tambahan lagi dengan kurang sambutan dari kalangan pelajar. Agaknya sumber rujukan buku fizikal tidak lagi digemari berbanding rujukan dari laman sesawang.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now