Hana's POV:
Setelah selesai makan malam, kami biasanya akan bersembang- sembang di ruang tamu. Mama seperti lazimnya menyediakan minuman panas buat papa. Oleh kerana Abang Haikal, Kak Farah dan Izdihar turut bersama pada malam itu, mama menyediakan seteko air teh tarik. Kuih- muih yang masih bersisa dari acara tadi pagi dihidangkan.
Setelah aku meletakkan hidangan kecil di atas meja kopi, aku mengambil tempat duduk yang jauh dari Izdihar. Aku rimas memandang mukanya yang berpura- pura baik dan naif. Senyuman palsu yang diukirkan untukku, kubiarkan saja ia tanpa balasan.
"Dihar, minumlah. Macam tak biasa pula," kata mama tersenyum.
"Hana, tuangkan air untuk Dihar," arah papa. Aku tergamam seketika. Rasa geram dan tidak puas hati apabila diri ini terpaksa melayannya seperti seorang raja.
Dengan wajah yang kosong, aku ke meja kopi dan sekaligus mengisi air ke dalam semua cawan yang tersedia.
Kling!
Bunyi cawan seramik berlaga dengan meja kopi.
"Minum," ucapku dengan nada suara yang sedikit tajam apabila cawan kepunyaan Izdihar aku letakkan di hadapannya.
"Hana..." tegur mama.
Papa berdehem memecah suasana kekok di antara kami. "Tak lama lagi semester pertama akan bermula. Urusan kampus dah selesai semua?"
"Ye, pa. Tapi Hana cadang nak pergi awal sedikit ke sana. Nak uruskan tempat tinggal. Kalau boleh, lagi tiga minggu Hana nak bertolak dah," jawapku sambil mencicip teh tarik.
Aku akan menyambung pengajianku di Universiti Leeds dalam jurusan Business Admin selama setahun. Hatiku rasa lapang dan gembira kerana tidak akan bersua muka dengan Dihar lagi. Biarlah selama ketidakbersamaan kami ini nanti perlahan- lahan akan menjurus kepada perpisahan secara baik. Aku menghela nafas lega dan tersenyum sendiri.
"Oh ya... pasal tempat tinggal tu, tak payahlah Hana risau. Tinggal dengan Dihar je. Dihar duduk rumah sewa, kan?" Balas papa. Aku dan Dihar terkejut dengan cadangan papa.
"Ye, pa. Dihar dah jumpa rumah sewa kecil tak jauh dari kampus. Taklah besar sangat. Mungkin kurang selesa untuk Hana. Yelah, sewa pun murah," jelas Dihar sambil menekan perkataan 'kurang selesa'. Aku faham dia juga tidak ingin tinggal sebumbung dengan aku.
"Takpelah. Hana rasa Hana lebih fokus belajar kalau tinggal dengan Deeja. Deeja pun macam Hana juga, tengah cari tempat tinggal. Dah lama Hana ingin tinggal kat ala- ala hostel dengan kawan perempuan," ucapku menambah alasan untuk tidak tinggal bersama Dihar.
"Aik! Kenapa macam tu pula? Korang sekarang kan dah kahwin. Kenapa nak pisah tempat tinggal pula? Pelik," balas papa sambil menggeleng.
"Tak salah, kan?" Jawapku laju.
"Tak salah tetapi tak elok. Banyak keburukan yang mungkin boleh terjadi. Tak boleh buat lagu tu. Korang sekarang suami isteri. Jaga hubungan tu. Jangan abaikan dan sambil lewa. Mama tak nak dengar ada masalah dalam perkahwinan korang sepanjang korang dekat sana nanti," celah mama pula.
"Dihar, jangan ingat dengan perkahwinan ini kau boleh melepaskan tanggungjawap kau sebagai seorang suami. Hana sekarang kami serahkan pada kau. Hal ehwal kebajikan Hana papa letakkan di bahu kau. Faham?" Tekan papa dalam nada suara yang seperti mengugut.
Dihar menundukkan kepala dan aku tidak mampu membidasnya. Aku tidak mampu membuat serangan balas. Rasa bersalah hadir apabila mama menyentuh tentang masalah sepanjang perkahwinan kami nanti. Macam mana hendak merancang penceraian kalau awal- awal lagi papa dan mama dah bagi peringatan? Mereka seakan dapat menghidu rancangan kami.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
Roman d'amourSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...