Kereta- kereta para tetamu sudah penuh mengisi perkarangan halaman rumah Uncle Zainal. Hatiku berdebar. Aku memberanikan diri untuk menceroboh masuk kerana tidak mendapat undangan perkahwinan.
Aunty Midah menyambutku dengan riak yang agak terkejut, namun akhirnya tersenyum tipis. "Aunty, Dihar nak jumpa Hana kejap. Boleh kan?"
"Apa pula tak boleh. Pergilah. Dia kat atas tu tengah bersiap- siap."
Aku mengangguk. Lega diterima juga oleh pihak keluarga. Aku menapak ke bilik tidur Hana. Setelah mengetuk beberapa kali, aku memulas tombol pintu.
"Dihar..." cetus Hana setelah melihat aku berada di depan matanya.
Aku terpana seketika melihat kecantikannya mengenakan baju kebaya berwarna putih. Ringkas namun manis.
"Cantik Hana pakai baju tu. Sesuai," pujiku tersenyum.
"Apa kau buat kat sini?" wajahnya bertukar masam.
"Maaf, abang tak nak hancurkan majlis Hana. Abang nak minta peluang terakhir dari Hana."
"Apa yang kau merepek ni?"
"Abang tak nak Hana jadi milik orang lain. Hana cuma untuk abang sorang je. Tolong maafkan abang, please?"
Aku menghampirinya dan Hana mengambil langkah ke belakang.
"Jangan dekat. Bukan kau nak bertanggunggjawap dengan Emma ke?"
"Sebab Emma ke Hana minta cerai dulu? Siapa bagitahu abang nak tanggungjawap? Faiq? Emma?"
"Kau tak sepatutnya berada di sini. Jangan rosakkan majlis kami."
"Senang macam tu je Hana buang abang dari hidup Hana? Abang tak boleh hidup tanpa Hana di sisi abang. Setiap kali nafas ini dihela, setiap kali itu juga abang ingatkan Hana. Tak pernah luput."
Aku menyentuh lengannya lembut, tetapi ditepis. Hana menunduk. Enggan membalas tatapanku.
"Abang sanggup jaga baby dalam perut tu walaupun tu bukan benih abang. Abang nak berusaha menangkan hati Hana asalkan Hana kembali jadi milik abang."
"Sorry, aku tak dapat terima kau balik."
Aku mencapai tangannya lalu melutut. Hana menarik tangannya namun gagal.
"Abang merayu. Please, sayang. Abang cintakan Hana terlalu sangat. Abang tak boleh tengok Hana dengan orang lain. Hana cuma milik abang seorang."
"Lepaslah! Janganlah macam ni. Aku dah cintakan orang lain."
"Tengok abang." Aku berdiri sambil memaut tangannya. Dagunya kupaut dan kuarahkan ke arahku.
"Tengok mata abang, sayang. One last time," pintaku lembut.
Hana perlahan- lahan membalas pandanganku. Pandangan bertaut dan aku dapat melihat sebuah keikhlasan dan rasa cinta dari matanya.
"Hana masih sayangkan abang. Sama macam abang sayangkan Hana. Kenapa nak kena korbankan perasaan itu?" aku mengusap lembut pipinya sebelum tanganku ditepis lembut.
"Kau nak tanggungjawap dengan anak dalam perut ni tapi anak sendiri tak nak? Kau kena tanggungjawap Dihar. Kau tak boleh hukum anak yang tak berdosa tu."
"Kenapa mudah sangat nak percaya kata- kata dari seorang musuh? Lepas tu buat keputusan melulu. Abang ni tak ada hak ke sebagai suami untuk beri kata putus?"
"Sebab aku tahu kau tak akan bertanggungjawap selagi aku ni isteri kau. Aku tak nak jadi manusia yang kejam yang mengorbankan anak yang tak berdosa demi kepentingan aku!"
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomantikSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...