Izdihar's POV:
55 tahun kemudian
"Papa nak ke mana tu? Rehat jelah kat rumah. Papa kan baru je discharge dari hospital," sapa Aiman tatkala aku memegang tombol pintu.
"Papa nak jumpa kawan sekejap," balasku.
"Yelah tu kawan. Mari Aiman tolong hantarkan papa," pelawanya sambil mengambil kunci kereta dan menuju ke pintu utama.
"Papa masih boleh drivelah, Man. Papa belum lupa lagi." Aku berkeras ingin memandu sendiri.
"Hmm tak ingatlah tu insiden minggu lepas. Tak ingat kenapa papa baru discharge dari hospital?"
"Bukan salah papa. Anak muda tu yang laju sangat langgar lampu merah."
"Tak kiralah siapa salah siapa tak. Meh Aiman tolong hantarkan."
Aku terpaksa menurut. Ada juga bagusnya aku merehatkan kaki ini dari terus bekerja. Semalam aku susah hendak tidur. Rindu pada Hana. Ketiadaannya di sisiku setiap malam begitu membuatkan aku sunyi.
"Papa tak penat ke setiap hari pergi hospital? Doktor kan dah pesan jangan banyak jalan- jalan, takut jantung tu ada masalah lagi."
"Penat apanya? Papa cuma exercise sikit sambil lawat girlfriend papa."
"Yelah. Elok- elok. Nanti Aiman pergi lawat bawa Anisha dengan Aiden. Sorry, Aiman kena hantar Nikki pergi sekolah. Tak sempat nak temankan papa."
"Tak apalah. Papa faham. Aiman dah besar. Jaga kesejahteraan keluarga elok- elok. Ingat pesan papa, you lead by example. Anak- anak adalah cerminan ibu bapa."
"Ye, pa. Terima kasih selalu ingatkan Aiman. Kan bagus kalau mama ada sekali dengan kita? Aiman rindu sangat dengar nasihat mama. Aiman rindu dengar celoteh mama. Apakan daya, sekarang mama dah-"
"Dah, jangan cakap macam tu. Mama sentiasa ada bersama papa dan anak- anak."
"Sorry, pa. Dah sampai dah. Papa elok- elok. Ada apa- apa, call Aiman. Sorry, Aiman tak boleh hantar papa sampai pintu masuk. Aiman dah lambat nak ambil Nikki."
"It's okay, Aiman. Papa sayang kamu semua. Jaga diri."
Setelah aku keluar dari perut kereta, aku berjalan perlahan ke bilik wad rawatan rapi. Kakiku yang dulu cergas dan laju, kini sudah hilang daya. Tubuh terasa berat dan kakiku seolah- olah tidak mampu menampungnya. Dengan bergantung pada sebatang tongkat, aku masih mampu mempercepatkan langkah kakiku.
"Good morning, uncle," sapa seorang jururawat bernama Fatin.
"Morning, Fatin," balasku dengan senyuman. Seperti biasa, aku diberikan pas melawat sebelum aku masuk ke dalam.
Di bilik nombor 12, aku melihat seorang perempuan tua yang sudah berkedut dan kelihatan tidak bermaya. Hatiku diruntun pilu setiap kali memandangnya.
Tok! Tok!
Aku mengetuk pintu yang sedia terbuka. Perempuan itu memandangku selamba.
"Awak siapa?" tanyanya.
"Saya Izdihar. Boleh saya masuk?" jawapku lalu melangkah maju.
"Awak nak cari siapa?" soalnya bingung.
"Cari teman bicara. Nama awak siapa?" Dan hanya sebuah senyuman dibalas.
"Boleh tak saya duduk di sini? Saya bosan."
"Err nanti nurse tak marah ke orang luar suka hati masuk bilik ni?" dia membetulkan kedudukannya di sebuah sofa.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomansaSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...