24: Perjanjian

231 22 5
                                    

Pukul sebelas malam, Dihar sampai rumah. Kebetulan aku sedang membasuh pakaianku. Wajahnya kelihatan penat. Ingin aku bertanya kalau dia sudah makan malam atau belum namun aku batalkan niatku. Aku tidak mahu dia berfikir bahwa aku mengambil berat tentang dirinya.

"Buatkan aku air," laungnya tatkala tubuhnya direbahkan di atas sofa panjang.

Dari ton suaranya, moodnya tidak baik. Aku tidak membalas. Malas merosakkan moodku yang sememangnya sudahpun rosak. Aku membancuh air kopi pekat yang lazim dia minum lalu meletakkannya di atas meja kopi berdekatan dengannya tanpa sebarang kata.

"Thank you," ucapnya. Aku terhenti seketika. Pertama kali aku mendengar kata itu dari mulutnya. Suatu pembaharuan. Namun aku tidak membalasnya. Malas.

"Nak ke mana tu?" Soalnya tanpa memandangku. Aku yang mengatur langkah ke bilik tidurku tadi kini terhenti. Aku melihat dari hujung mata Dihar kini sedang duduk bersandar di sofa.

"Bilik," balasku pendek.

"Sorry pasal tadi. Maafkan Emma." Suaranya lemah dan bunyinya sedih. Mungkin.

"Oh... okay," balasku.

"Aku nampak bodoh kan tadi?"

"Entah. Aku tak fikir pasal benda tu semua. Takde masa nak buat analisis," jawapku selamba. Aku membelakanginya. Benci hendak menghadapnya.

"Jawapan sinis tu. Memang iyelah jawapnya kan. Sebab tu kau tak nak jawap."

Whatever! Itulah jawapan yang ingin kulontarkan. Malas gila hendak bersemuka dengannya. Aku meneruskan langkah tanpa membalas kata- katanya.

"Can we talk?"

Aku terkejut. Tidak sampai dua saat, dia sudah berada di hadapanku. Bukankah tadi dia berada di sofa?

"Cakap pasal apa? Aku tak nak masuk campur hal kaulah. Go settle it yourself. Unless you want me out of this house, i'm happy to do so." Pandangan kubuang ke tepi. Rasa hati membuak- buak ingin marah setiap kali terpandang wajahnya.

"No. Jangan keluar dari rumah ni," bantahnya dengan nada naik seoktaf.

"So? Kau nak cakap pasal apa?" Soalku kasar.

"I need someone to talk to," ujarnya lembut.

"Then, talk."

"At least kita duduk. Takkan nak berdiri macam ni." Dihar kemudian melangkah ke sofa tadi dan aku mengikutinya.

"Okay. Dah duduk," kataku selamba.

"Emma. Dia cemburu sangat dengan kau. Sampaikan kitorang gaduh teruk. Aku jadi stress."

"You love her, don't you?"

"Yes. So much!"

Mendengarkan jawapannya telah membuatkan dadaku rasa penuh.

"Get married and be happy. Simple," cadangku. Ya, inilah yang aku mahukan. Bebas dari Izdihar. Suami sementaraku.

"I will."

"Lagi cepat lagi bagus. Tapi kau kena ceraikan aku dulu. Sekarang pun boleh. Kalau boleh aku tak nak tinggal serumah dengan kau. Harap kau faham."

"Aku tak nak ceraikan kau."

"Kenapa?"

"Sebab aku masih bencikan kau. Dan aku tak nak kau bahagia."

"Salah apa aku sampai macam tu sekali kau benci? Kau simpan aku tapi kau tengoklah Emma dengan kau macam mana. Berbaloi ke kau buat aku macam tu?"

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now