Pukul tujuh pagi lagi kami sudah bertolak dari Leeds. Kami berjanji untuk berjumpa dengan Emma di Roman Baths. Kami menyewa sebuah kereta bersama pemandu untuk pergi ke Bath. Perjalanan yang agak panjang tidak terasa dengan pemandangan yang cantik, terutama jikalau mendapat tempat tempat duduk penumpang. Namun, hari yang sepatutnya menggembirakan sudahpun dimulai dengan sakit hati.
"Awak okei ke, Hana? Nampak macam lesu je," tanya Faiq.
Aku menoleh sekilas melihat wajah Hana. Benar seperti yang dikatakan Faiq. Hana kelihatan tidak bermaya dan sedikit pucat.
"Dah tahu tak sihat kenapa nak ikut juga? Menyusahkan betul!" Ucapku.
"Saya okei. Tak sempat sarapan tadi," kata Hana membalas pertanyaan Faiq.
"Ler... sekurang- kurangnya awak bawa bekal makanan untuk dimakan dalam kereta," balas Faiq.
"Takpelah... nanti kita sarapan kat sana. Saya okei. Nak tidur jap."
"Boleh tahan ke? Kita singgah kedai jap beli makanan, nak? Risau pula tengok muka pucat awak ni," cadang Faiq.
"Tak payah. Nanti lama lagi Emma tunggu. Siapa suruh tak sarapan, padan muka!" Celahku membantah cadangan Faiq.
"Sekejap je tu beli makanan. Nanti Hana sakit kan susah," pujuk Faiq.
"Tak makan sarapan je pun. Bukan nak pengsan," bantahku lagi.
"Hana..." panggil Faiq apabila Hana tidak merespon. Aku menoleh ke belakang. Dia sedang tidur. Patut tiada respon.
"Tak payah ganggu dia tidur. Nanti sampai kat Bath, pergi beli makanan," ujarku sambil mengerling jam di tangan. Tinggal dua jam lagi perjalanan kami.
Setibanya di Roman Baths, kami diturunkan di pintu masuk utama dan aku melihat Emma sudahpun menunggu di tempat yang dia janjikan.
"Hana, dah sampai," ujar Faiq membangunkan Hana yang dari tadi berdengkur halus. Bagai orang yang telah tidur selama lapan jam, dia menggeliat malas. Mukanya tidaklah pucat seperti tadi. Pandai sungguh berlakon meminta simpati dan meraih perhatian.
"Dah lama ke saya tidur?" Soal Hana dengan malas dengan kepala yang masih bersandar di kepala kerusi.
"Taklah. Baru lima minit," perliku sebelum aku keluar dari perut kereta.
Aku melihat dari jauh lagi Emma melambai- lambai dengan penuh keterujaan. Aku melajukan langkahku mendapatkan sang kekasih, sementara Hana dan Faiq baru saja turun dari kereta.
"Yay! You made it, sayang!" Ucap Emma lantas memelukku pantas.
"Apalah you ni. Bunyi macam i ni baru merenangi tujuh lautan," jawapku berseloroh.
"Long journey from Leeds, kan. I risau tau," ucapnya sambil mengelus pipiku lembut.
"Kalau nak jumpa you, i tak kenal jauh tu apa," ujarku sambil memegang pipinya dengan penuh kasih sayang.
"Korang nak bermain sajak sampai esok, lantaklah. Kitorang nak cari tempat makan dulu," celah Hana tiba- tiba tanpa kusedari kehadirannya.
"You guys belum breakfast lagi ke?" Tanya Emma.
"Hana tak sempat. I dah," balasku.
"Tak boleh tunggu pukul 12 ke? Lagi dua jam ni. Kita pergi melawat dulu, boleh? Lagipun kat dalam mesti ada food stall. Boleh alas perut sementara tunggu jam makan tengah hari," cadang Emma dengan penuh harapan. Aku mengangguk memberi sokongan.
"Takpe. Korang gerak dulu, nanti kitorang catch up," cadang Faiq dengan pantas.
"It's okay. Ikut diorang je. Saya okay," kata Hana.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...