"Kenapa kena bincang dalam bilik hotel? Aku tak faham," ujarku masih tidak mengerti.
Izdihar mengajakku masuk namun aku berdiri di muka pintu. Sesekali aku menjenguk ke dalam. Manalah tahu ada orang lain di dalam sana.
"Kau nak bincang kat cafe ke? Ni je tempat private dan yang paling dekat aku boleh fikir," ujarnya sambil menahan pintu menanti aku untuk masuk.
Mahu tidak mahu, aku akur. Aku mengambil tempat duduk di kerusi berdekatan dengan meja cermin.
"Do you know how much I've missed you?" luah Dihar.
Aku memandangnya sekilas tanpa beriak.
"Okay. Talk before i leave," balasku acuh tak acuh.
"I'm sorry, Hana. I know I failed you," ucap Dihar lalu menyentuh tanganku. Tanpa berfikir panjang, aku menarik tanganku.
"Yes. You failed me. So don't fail Emma. Okay. Aku rasa dah clear dah semua. Cerita kita sampai di sini saja. Semoga berbahagia," balasku lalu bangkit berdiri dan menapak ke pintu.
"Hana..." Dihar menahanku dari terus melangkah.
"Argh! Kenapa kau suka menyukarkan keadaan?! Just go away! Leave me alone!" marahku dengan usaha meloloskan diri darinya.
"Maafkan aku. Aku sayang kau sangat- sangat. Aku takut Emma buat jahat dengan kau. Aku minta maaf, Hana. Kau boleh pukul aku, caci maki aku tapi tolong jangan tinggalkan aku. Aku merayu..."
"Apa ni, Dihar? Cakap tak serupa bikin. Kau sendiri yang tak nak tengok aku lagi. Sekarang kau nak jilat balik ludah kau?!"
"Bila aku cakap macam tu? Aku tak pernah cakap macam tu dan tak akan pernah!"
Aku mengeluh pendek lalu menggeleng.
"Izdihar, kau yang hantar Whatsapp kat aku. Cepatnya lupa?"
"What? Bila?!" Dihar mengambil telefon bimbitnya lalu membuka Whatsapp.
"Macam mana aku nak cakap macam tu dekat kau sedangkan kau dah block aku?" katanya lagi lalu menunjukkan perbualan kami di Whatsapp.
"Aku block lepas kau cakap macam tu. You're so smart. You deleted the messages. But don't worry, aku tak buang pun."
Giliran aku memeriksa perbualan Whatsapp kami kepada Dihar. Aku menolak telefon bimbitku kepadanya. Wajahnya berkerut.
"I never sent these. Sumpah!"
"Oh? So siapa yang hantar? Kau nak tuduh siapa? Emma? Dia dah balik sehari sebelum kau hantar mesej ni." Aku melipat tangan dan memerhatikan tingkah laku Dihar yang mencuba untuk berdalih.
"I don't know. Aku tak hantar semua ni. Kenapa aku nak kata macam ni sedangkan aku sayangkan kau and you know that."
"Oh yeah? Sayang ke kalau kau tidur sebilik dengan girlfriend kau? Sayang ke kalau kau sentuh dan cium perempuan lain depan aku? Belakang aku korang buat apa? You're full of shit and lies!"
Dengan penuh amarah, aku melangkah keluar dari bilik meninggalkan Dihar terkelu.
"Hana!" Teriak Dihar dari jauh.
"Hana! Stop!" Pinggangku dipaut.
"Lepaslah! Leave me alone, Dihar!" Aku meronta-ronta, ingin dilepaskan dari pautan tangannya di pinggangku.
"Come back inside. Bincang elok- elok. Bukan lari macam ni."
"Aku tak nak dengar lagi apa- apa yang keluar dari mulut kau. Penipu!"
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...