"Kahwin?" Soalku seakan tidak percaya.
"Kenapa? Tak nak?" Marah ayah.
"Tak nak," jawapku pantas dan tegas.
"Lepas apa yang kau dah buat, tak nak tanggungjawap?" Cerlung ayah.
"Dihar tak buat apa- apa."
"Cabul kehormatan anak aku, tu kau kata tak apa- apa?" Kata Uncle Zainal sambil menuding pintu bilik tidur Hana.
Aku melihat Aunty Midah lekas- lekas menuruni anak tangga dan merapati ibu. Aku melihat wajah basah Aunty Midah yang sayu.
"Sabar, Midah. Maafkan kami, ye," ucap ibu sambil memeluknya.
"Midah, kami dah capai kata sepakat. Kita kahwinkan diorang secepat mungkin," ucap Uncle Zainal.
"Ibu..." keluhku dalam nada memujuk.
Aku tidak ingin dan tidak pernah terlintas dalam hati untuk berkahwin dengan perempuan lain selain Emma.
"Dihar kena tanggungjawap. Maruah Hana dan keluarga kita semua kena jaga," pujuk ibu.
"Dihar tak buat apa- apapun, bu. Tolonglah. Dihar tak nak kahwin dengan Hana. Takkanlah sepupu nak kena kahwin," bidasku.
"Nak tak nak, kau kena kahwin dengan Hana!" Tegas ayah.
"Kalau macam itu yang terbaik, Midah turut je la," ucap Aunty Midah dengan kepala tertunduk.
Aku menjatuhkan kepala. Masa depanku nampak gelap.
-------
Majlis nikah yang hanya dihadiri oleh keluarga kecil dari kedua- dua belah pihak berjalan dengan sederhana dan singkat.
Bagai hidup dengan separuh nyawa, aku rasa tidak bermaya dan lututku rasa lemah. Rasa ingin mati mendominasi fikiranku. Sempat kukerling wajah kosong Hana. Membuak- buak rasa di hati ingin melepaskan penumbuk sulung ke wajahnya.
Setelah lebih separuh tetamu pulang, aku melihat Hana menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Tidak lama itu, aku juga mengikutinya.
"Aku tak dapat terima dia, Dee," kedengaran suara sebaknya bercakap melalui telefon bimbitnya.
Setelah pintu bilik tidur aku tutup rapat, barulah dia sedar akan kehadiranku lalu mematikan perbualan di telefon.
Mungkin tidak menyangka yang aku akan berdiri di hadapannya pada ketika itu, Hana tergamam sambil mengesat air mata di pipi. Dia sedang duduk di birai katil dengan pakaian lengkap pengantin.
"Kenapa kau menangis? Bukan kau patut bersuka- ria dengan semua ini ke?" Nadaku naik seoktaf. Aku masih lagi berdiri di belakang pintu.
"Huh? Kau ingat aku nak kahwin dengan kau?" Balasnya menandingi nadaku.
Aku mendengus kasar dan membuang pandangan ke tepi. Aku memandangnya kembali dan berkata, "memang ni yang kau nak, kan? Kau dah hancurkan masa depan aku. Puas hati kau sekarang?"
"Kau gila ke apa? Buat apa aku nak kahwin dengan lelaki kurang ajar macam kau? Kalau kau satu- satunya lelaki yang tinggal di dunia ini sekalipun, aku takkan pilih kau jadi pasangan hidup aku."
"Hei, perempuan! Dengar sini. Aku dari dulu lagi memang syak kau ada muslihat jahat nak hancurkan hidup aku. Kau nak main kasar dengan aku. Baik. Kau tengok macam mana seksa hidup kau lepas ni. Ni balasan untuk manusia bertopengkan setan macam kau!" Tegasku sambil menudingnya di hujung ayat.
"Aku kalau nak hancurkan hidup kau sekalipun, aku takkan libatkan hidup aku! Siapa yang terhegeh- hegeh datang kat sini malam tu? Aku perangkap kau ke macam tu? Fikir guna otak! Aku tak nak bazirkan hidup aku walau sesaat dengan lelaki macam kau!" Balasnya sambil bangkit berdiri dan mula menuding jari.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...