15: Amuk

250 15 2
                                    

Aku menarik nafas lega setelah melihat tiada kelibat Dihar. Aku menapak dengan perlahan, takut kalau- kalau Dihar sedar akan kedatangan kami.

"Tak perlu takut. Faiq ada. Buat macam biasa jelah," ujar Faiq apabila menyedari tingkah lakuku.

"Mana ada takut. Thank you for today, Faiq. Saya masuk bilik dulu, ye."

"My great pleasure, Hana. Faiq yang sepatutnya berterima kasih sebab temankan Faiq hari ni. Thank you for today." Faiq memberi sebuah senyuman dan anggukan kecil tanda penghargaan.

"Sama- sama. Goodnight," balasku sebelum aku meloloskan diri ke dalam bilik.

Setelah selesai mandi dan berpakaian, aku merebahkan tubuhku yang kelelahan di katilku. Sungguh lega dan selesa. Segala penat dan stress hilang hari ini. Aku menguntumkan senyuman apabila terkenang kembali aktivitiku bersama Faiq hari ini. Tak sangka dia seorang yang ceria dan pandai menghiburkan hatiku. Dari segi tutur katanya, dia seorang yang menjaga santun kata dan berhati- hati dalam percakapannya agar orang tidak tersinggung. Aku mengeluh dengan nasib badan. Lelaki mana yang hendakkan seorang perempuan yang berstatus isteri orang? Aku pula, bujang di sebalik status isteri. Aku mengeluh sekali lagi. Bilakah agaknya Dihar akan ceraikan aku?

Tok! Tok!

Aku mendengar seperti bunyi ketukan pintu. Tak patut Faiq. Atau Dihar? Apa dia nak?

Tok! Tok!

Kali ini bunyinya sedikit kuat. Aku jadi takut. Macam mana kalau Dihar? Apa dia nak?

Tok! Tok! Tok! Tok!

Bahuku terhinjut. Aku takut. Namun kakiku tetap melangkah menuju pintu lalu memulas tombol pintu.

Dihar.

Reaksi wajahnya dingin, matanya tajam menerpaku dan deru nafasnya keras. Aku tidak mampu berkata apa- apa. Dengan pantas, Dihar masuk ke dalam dan mengunci pintu. Mulutku ditekupnya dan tubuhku ditolak kasar ke dinding. Aku mengaduh kesakitan akibat hentakan kepalaku ke dinding.

"Berani kau cabar aku," bisik suaranya dalam nada marah.

"Tak!" Teriakku namun ia sia- sia kerana tangannya mengunci mulutku.

"Kalau suara kau lepas, siap kau aku kerjakan sampai separuh mati!" Matanya berurat merah melihat tajam ke dalam mataku dengan kebencian.

Aku jadi takut. Mana Faiq? Tolong!

"Kau tahu tak? Tanganku sekarang tengah menggigil nak cekik kau sampai kau hilang nafas." Dan kini tangannya yang satu lagi menekan leherku kuat.

Aku sukar bernafas apabila leherku ditekan, dan mulut dan hidungku ditekup. Aku menggeleng lemah. Aku ingin bersuara meminta tolong namun aku rasa lemah. Aku cuma mampu berkata- kata dalam hati. Aku takkan maafkan kau, Dihar. Aku benci kau selama- lamanya.

Apabila aku sudah putus asa untuk berjuang untuk melepaskan diri, mataku terpejam dan tubuhku tidak lagi melawan. Badanku lemah dan aku pasrah kalau aku mati dengan cara begini.

"Tak payah nak berlakon sangat. Kau belum mati!" Aku terkejut apabila tubuhku ditolak kasar ke katil.

Cengkaman di leher dan mulut sudah lepas. Aku bernafas sepuas- puasnya bagai mengisi kembali oksigen yang telah hilang tadi. Aku mengurut- ngurut leherku yang sakit.

"Kenapa kau suka cabar aku?" Dihar meluru ke arahku dan mencengkam pipiku kuat.

"Sial!" Marahnya sambil wajahku ditolak ke tepi.

Aku cuba untuk bangun namun tubuhku ditolak dengan kasar hingga aku terbaring.

"Keluar sebelum aku teriak." Aku memberi amaran dengan nada yang sederhana. Aku bangun sedikit sambil kedua- dua sikuku bertumpu di katil.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now