32: Pujuk

262 24 11
                                    

"Emma kawan Dihar dari Madang lagi, bu."

"Yeke? Sampai Hana merajuk?"

"Hana okei, bu. Mana ada merajuk. Lagipun memang diorang kenal." Aku melihat ayah yang sedang menggeleng.

"Ibu ni perempuan. Ibu tahu apa yang Hana rasa. Ibu tak suka Dihar berkawan rapat dengan budak tu. Hati isteri tu jaga."

"Baik, bu. Jom cari Hana," ajakku.

"Eh! Eh! Diharlah yang pergi cari. Semua ni Dihar punya pasal."

"Aik! Macam tu pula nak hukum Dihar? Takpelah. Dihar pergi cari. Nanti jumpa tempat restoran tadi."

"Ye. Pujuk Hana. Ibu tak nak tengok Hana bermasam muka nanti."

Aku segera mengeluarkan telefon bimbit dan membuat panggilan keluar. Panggilan sekali lagi tidak dijawap. Aku memesan teksi dan pergi ke tempat kali terakhir kami berpisah hala.

Lima minit kemudian, aku pun tiba. Panggilanku tidak dijawap. Mesej- mesejku semua tidak dibaca langsung. Di sebuah bangku berdekatan dengan kedai souvenir, aku melihat Hana duduk termenung.

Apabila aku mendekatinya, Hana menyedarinya lantas mengesat hujung matanya.

"Kenapa tak jawap call? Aku risau tau," ucapku.

"Sorry, Emma cek handphone aku tadi." Aku tertunduk malu. Hana tidak memandangku langsung, apatah lagi membalas kata- kataku.

"Jom. Balik. Ibu ayah tunggu." Hana lantas berdiri namun masih enggan memandangku.

Aku menghulurkan tangan sebagai tanda damai antara kami buat kesekian kalinya. Namun ia hanya sia- sia. Tanganku tidak dipandang. Aku menarik semula tanganku.

Sepanjang perjalanan menemui ibu dan ayah, kami hanya membisu. Aku pula rasa serba salah kerana akulah punca Hana bersikap begini.

"Hana okei?" sapa ibu setelah melihat Hana.

Dengan wajah yang ceria seolah- olah tiada apa yang telah berlaku, Hana menyahut, "okei bu. Hana dah jumpa oleh- oleh untuk mama."

"Baguslah macam tu. Ibu dengan ayah risau tadi Hana seorang- seorang," balas ibu sambil mengusap lengan Hana.

"Ler... Tak payah risaulah, bu. Hana dah biasa jalan seorang- seorang. Senang fokus nak beli apa. Lagipun Hana ni lambat sangat kalau nak beli sesuatu barang. Tak selesa pula rasanya kalau ibu tertunggu- tunggu Hana," katanya lagi lalu ktawa kecil.

"Ish! Hana ni. Macamlah ibu tak kenal Hana. Ibu pun sama juga macam Hana. Lain kali jangan jalan seorang-seorang. Minta Dihar temankan, ye?"

"Baik, bu."

Aku mengangguk tanda setuju dengan nasihat ibu. Berharap agar Hana memandang aku sekejap, namun hampa.

-----

Apabila malam menjelang, kami sudahpun masuk ke dalam bilik. Sepatah perkataan pun tidak diucapkan sejak pagi tadi lagi. Mesti Hana marah sangat dengan Emma.

Aku melihat Hana yang sedang sibuk dengan komputer ribanya. Sudah satu jam setengah dia bermain dengan komputernya. Aku berbaring di katil sambil memandangnya. Bosan pula tidak ada teman bicara.

"Belum habis lagi ke?" soalku.

Tiada balasan.

"Kenapa marah sangat sampai tak nak cakap dengan aku?"

"Jawaplah. Rasanya belum bisu lagi, kan?"

"Hana..."

Seperti aku tidak wujud dalam bilik ini, Hana tidak memberi sebarang reaksi. Memandang aku pun tidak.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now