Aku celaru dengan kemahuanku sendiri. Aku membencinya dan pada masa yang sama aku ingin melindunginya.
Ya, aku sudah mulai berbaik dan berusaha untuk berdamai. Tiada lagi bahasa kasar dan tengking- menengking. Namun jauh di sudut hati ini masih bersarang sebuah kebencian. Aku tidak ingin melihatnya bahagia. Bahkan aku ingin melihatnya menderita tanpa kasih sayang seorang lelaki.
Sering saja perasaanku bercampur aduk. Kadang aku benci dan kadang aku peduli dengan dirinya. Mampukah aku memilih satu sahaja perasaan ini nanti?
Tiba- tiba telefonku berbunyi. Nama ibu tertera di skrin telefon. Tanpa berlengah, aku menjawap panggilannya.
"ibu..." sapaku lembut.
"Dihar... Apa khabar?" balas ibu lembut.
"Baik, bu. Ibu apa khabar?"
"Sihat. Ni ibu nak bagitahu yang lagi dua hari ibu nak datang ke UK lawat korang."
"Wah! Baguslah. Dihar rindu dengan ibu... Ibu dengan ayah?" balasku teruja. Dalam fikiranku sudah merancang untuk membawa mereka bersiar- siar di sini.
"Ye. Tapi tak lama. Sepuluh hari je. Dihar tak sibuk dengan assignment ke?"
"Tak. Sekarang dah tak banyak kelas. Nanti Dihar bawa ibu jalan- jalan, ye? Tak sabar nak jumpa ibu."
Seperti aku, ibu juga teruja untuk berjumpa denganku. Lagi dua hari jadi aku kena kemas sikit- sikit rumah dan bilik tidur untuk mereka. Tapi... Bilik tidur yang mana mereka akan guna nanti?
Aku menepuk dahi. Takkanlah aku dan Hana tidur asing- asing? Bukankah bermaksud ibu dan ayah tidur satu bilik dan aku dengan Hana satu bilik lagi? Aku jadi panik. Bagaimana sekarang?
Aku bingkas bangun lalu bergegas keluar mencari Hana.
"Hana!" Laungku apabila terlihat kelibatnya di dapur. Hana berhenti membasuh cawan dan menoleh ke arahku.
"Ibu dan ayah nak datang sini. Lagi dua hari," ucapku pantas.
"Oh! Yeke? Baguslah... Terubat juga rasa rindu dekat keluarga." Wajahnya bersinar- sinar memancarkan kegembiraan yang sebentar lagi akan berubah.
"Diorang tidur kat bilik siapa nanti?" Soalku memberi petunjuk tentang apa yang menjadi dilema sekarang ini.
"Siapa- siapa pun boleh. Bilik aku pun okei. Aku takde masalah," balasnya dengan menjongket bahu kanan. Aku mengeluh pendek.
"Tak. Bukan tu. Aku nak tidur kat mana nanti kalau diorang di sini?" Aku menggaru kepalaku sedikit. Segan pula rasanya.
"Aik! Tupun nak tanya aku? Terserah kaulah."
Aduh! Macam mana hendak buat dia faham tanpa aku rasa segan?
"What? Parents kau tak tahu korang tidur asing- asing ke?" Celah Faiq yang sedang duduk di meja makan. Hana terkedu. Mulutnya melopong. Agaknya dia sudah berjaya menangkap petunjuk tadi.
"Alamak! Habis macam mana sekarang?" Soal Hana cemas.
"Kita kena tidur satu bilik. Tak ada cara lain. Tak ada bilik lain lagi dah," balasku.
"Tak boleh. Cakap jelah susah belajar kongsi satu meja. Tak selesa. Hmm... Dihar, kau tumpang bilik aku. Aku boleh tumpang tidur rumah kawan aku tak jauh dari sini," cadang Faiq.
"Okei juga tu. Bagitahu diorang kita tidur satu bilik kalau kita free macam tu. Mesti diorang faham situasi student life, kan," sokong Hana. Aku mendiamkan diri sejenak. Bagus juga kalau Faiq tidak ada dalam rumah ini.
"Okei. Thanks! Esok kau boleh pindah ke rumah kawan kau. Nanti aku pindahkan semua barang aku ke dalam bilik kau." Aku melayangkan senyum sebaris.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...