"Yay! Happynya dapat jumpa kau!" Deeja melompat dan memelukku sebaik saja melihat aku.
"Macamlah kita ni dah sebulan tak berjumpa. Ngada betul!" Aku berseloroh sambil membalas pelukan Deeja.
"Yelah. Aku ni kan single lagi. Takde siapa yang aku nak rindu. Bukan macam kau, berkepit setiap hari."
"Takde maknanyalah. Berkepit kepala hotak. Sebab dialah aku kat sini. Dah macam pelarian dah aku ni." Aku melabuhkan punggungku di katil single Deeja. Dalam rumah sewa ini, ada beberapa penuntut yang tinggal di sini. Deeja tidak suka bergaul dengan penyewa yang lain, jadi dia lebih banyak menghabiskan waktu di dalam bilik tidurnya sahaja.
"Korang gaduh ke?" Teka Deeja sambil membuka keropok dari atas mejanya.
"Bukan gaduh. Entahlah. Tiba- tiba mengamuk macam setan. Nasib Faiq selamatkan aku semalam," ujarku dengan penuh emosi.
"Sebab apa dia mengamuk? Mesti ada sebab. Kau ada buat silap kot?"
"Aku keluar dengan Faiq dari tengah hari sampai malam. Sebab tu kot," keluhku di hujung ayat.
"Haih... patutlah. Dia cemburu tu bini dia keluar dengan jantan lain." Sebaik saja habis ayat diutarakan, aku memukul lengan Deeja dengan bantal.
"Cemburu kepala otak kau! Hah! Padan muka! Nak lagi?" Aku menaikkan bantal di udara. Deeja hanya ketawa melihat reaksiku.
"Betullah tu. Dia dah tangkap cinta dengan kau. Woot! Woot!" Dan sekali lagi aku memukul Deeja dengan bantal.
"Kau ni tak menolong langsung. Aku tengah panas ni, kau sempat lagi nak buat lawak." Aku duduk bersandar di dinding dan memeluk bantal.
"Kau tak percaya ke dia dah mula cintakan kau?" Tanya Deeja dengan wajah yang serius.
"Tak. Mustahil. Tak akan terjadi," balasku dengan tegas.
"Cinta itukan buta, sayang. Cinta tu hadir tanpa kita sedari dan tanpa kerelaan kita," tutur Deeja dengan penuh penghayatan.
"Tu aku tahu tapi dalam senario ni, mustahil. It will never happen. Aku berani bersumpah." Aku menaikkan satu tangan separas kepala tanda mengangkat sumpah.
"Jangan main sumpah- sumpah, cik adik oi. Nanti kena makan dengan sumpah. Kalau dia tak ada rasa cinta, kenapa dia mengamuk bila kau keluar dengan Faiq?"
"Memang betul pun. Dia tak ada perasaan macam tu dekat aku. Aku tahu dia benci sangat dengan aku dan dia memang tak suka tengok aku bahagia. Entah. Susah nak terangkan, Dee. Aku faham apa yang dia rasa kat aku. Full of hatred. Macam nak aku mati pun ada juga," terangku.
"Nope. Aku tak rasa dia benci kau. Kau tahu aku dari dulu lagi cakap dengan kau yang Dihar tu sebenarnya taksub dengan kau, kan? Cumanya dia tak nak tunjuk. Lagipun kau bukan nak dengan Dihar, sebab tu dia marah dan suka buli kau tahap maksima. Because he can't have you, so he tortures you like how you torture him emotionally. Faham, tak? Sampai aku kena cakap orang putih nak explain dengan kau."
"Nonsense!" Jawapku pendek. Deeja ketawa mendengar jawapanku.
"Tapi sebenarnya kau tahu apa perasaan dia kat kau, kan? Kau saja je buat- buat bodoh. Entah- entah Dihar tak bertepuk sebelah tangan." Deeja menaikkan sebelah keningnya sambil memandangku.
"Mengarut, cik adik oi! Aku tak nak lelaki spesis macam tu. Agresif dengan perempuan. Panas baran. So out of my league. Excuse me!"
"Agresif? Wooo... menarik..." kata Deeja dengan mata yang membulat.
"Otak kau tu jangan sampai ke sana. Aku ketuk nanti kepala kau tu, baru tahu." Aku menayangkan telefon bimbitku sebagai senjata.
"Yelah. Yelah. Susah juga kan hubungan korang ni. Sorang single, sorang couple. Macam mana nak bersatu," ucapnya sambil menguis- nguis dagu.
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomansaSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...