Hana's POV:
Mataku celik tatkala sinar matahari menerpa pancainderaku. Di sebelahku ada Izdihar yang sedang nyenyak tidur.
Aku mengamati wajahnya dengan hati yang berdebar. Bibirnya yang merah mengingatkanku cerita semalam. Aku jadi malu dan wajahku terasa hangat. Aku menyentuh bibirku dan melarikan jariku di bibir bawahku.
Tiba- tiba mata Izdihar terbuka luas memandangku. Bahuku terhinjut dan mataku membulat apabila ketahuan merenung wajahnya.
"Gotcha!" ucapnya.
"Sorry," balasku lantas mengubah posisi tubuhku menghadap siling.
"Kenapa nak kena minta maaf?" ujarnya lalu memaut pinggangku dan menarikku mendekatinya. Dia membenamkan kepalanya di leherku lalu menciumnya.
"Morning, Hana," bisiknya lembut ke telingaku.
"Morning," balasku pendek. Aku kaku diperlakukan begitu. Tidak juga aku menolak, tidak juga aku menerimanya.
"Did you dream of me last night?" soalnya dengan mata yang masih tertutup.
"Mm no."
"But I did," balasnya lalu memusingkan tubuhku dan memelukku erat.
"Hei... Janganlah..." Aku menolaknya namun semakin kemas pelukan itu.
"Jangan apa? Jangan lepaskan?"
"Kenapa tak senonoh ni... Kau ada kelas pukul 10 kan? Nanti lewat lagi macam hari tu."
"Tak pelah. Bukan selalu." Aku berusaha melepaskan diri dari pelukannya namun semakin kuat aku dipeluk.
Memori semalam menggamit lagi. Dihar seakan memaksaku untuk membalas ciumannya. Berkali- kali aku meronta menolaknya namun semakin dia berusaha untuk mendapatkannya.
Hatiku masih belum tenang tentang apa yang belaku di pasar Bath. Bagaimana mungkin aku menyerahkan hatiku padanya kalau dia masih lagi bersama Emma. Ya, beberapa kali aku alpa dengan kemesraan yang ditonjolkan. Aku kalah dalam menghakis kasihku akan dirinya. Sakit dan bahagia, kedua- dua itu aku rasakan.
Sekali lagi, tanganku diambil lalu diletakkan di atas tangannya. Bahagia ini cuma sementara. Sakit yang terdalam pula hakiki.
"Aku nak buatkan air untuk ibu dengan ayah." Aku melarikan tanganku dan berkira- kira ingin bangun tetapi dihalang untuk kesekian kalinya.
"I want you here with me all day," bisiknya lalu mulai mencium leherku.
"But I don't." Aku mengalihkan leherku dari terus menjadi mangsanya.
"Hari ni kan hari terakhir kita jadi roommates. I'm gonna miss sleeping next to you. Bagi aku lima belas minit untuk cuddle dengan kau, boleh?"
Aku mengeluh panjang sebelum menjawap, "baiklah. Jangan lebih lima belas minit. Aku ada banyak kerja lagi nak kena siapkan."
"Okay, okay. Kenapa dingin sangat ni? Semalam kita seronok je, sweet- sweet sebelum tidur," tanyanya dengan sebuah gelak kecil di hujung ayat.
"Kau je yang perasan. Syok sendiri," balasku tanpa memandangnya.
Dihar berpindah posisi ke sebelah kanan agar berhadapan denganku. Kami bertentang mata.
"Really? So, why did you kiss me back?" soalnya dengan lembut dan penuh keyakinan.
"I did not. Jangan perasanlah," balasku lalu menjelingnya tajam.
"Ohh you did not? Yang ni apa sampai sakit kau hisap? Takkanlah aku hisap bibir sendiri?" Bibirnya yang masih merah ditunjuk.
"Mana aku tahu macam mana boleh macam tu. Bukan aku buatlah. Mungkin kau tak sedar kau hisap bibir sendiri kot. Dahlah! Aku nak keluar."
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...